Berbuka Puasa di Buffet Dinner Kuroma Buffet & Dining dan Kali pertama rasanya Umi dengar tentang Kuroma Buffet & dinner the first premium Buffet Japanese di Johor yang menyediakan Buffet dinner.
Sesekali kan nak ubah selera juadah berbuka puasa.Kali ni umi nak cuba pulak berbuka puasa dengan menu Japanese.So,jangan lupa untuk masukkan Kuroma dalam SENARAI BUFFET RAMADHAN SEKITAR JOHOR BAHRU ye.
Bila pertama kali masuk di dalam Restoran Kuroma Buffet & Dinner yang terletak di Taman Daya Johor Bahru ni, terfikir nak makan apalah ye.Tapi bila dah masuk dan lihat sendiri menu yang dihidangkan rasa menarik pulak untuk di cuba.
Bagi yang meminati hidangan seafood yang segar seperti ikan salmon, udang, sushi dan pelbagai lagi menu Japanese korang wajib berbuka puasa disini nanti tau.
Bukan sahaja korang boleh dapati hidangan Japanese, malah untuk berbuka puasa itu nanti, mereka juga menyediakan hidangan melayu seperti nasi beriani, rendang, dan pelbagai menu lagi untuk korang cuba.
Susun atur meja dan suasana di dalam restoran ni juga buat umi rasa selesa untuk makan-makan.Bawa 2 orang anak dara yang juga penggemar sushi Tu makin sukalah dia.
Tapi yang Umi tak sabar sangat nam cuba ialah oyster Mereka. Ikut hati makan lagi empat lima keping.Tapi apakan daya, risau mabuk seafood pulak kalau makan banyak-banyak.
Tengoklah korang, terliur pulak umi tengok oyster tu.Tu baru umi tunjuk oyster, belum lagi menu seafood yang lain.
Sushi yang dibuat pula fresh from oven tau.Chef buat live potong salmon depan mata korang lagi ye.
Nak lagi menu gambar-gambar menu korang Kena tengok dekat page umi
Kalau korang berbuka puasa disini, korang hangman risau sebab surau disediakan ye.
Jadi tak perlulah korang risau tenting kat mana nak solat.Dah tengok menu jom kita tengok harga pula ye.
HARGA BUFFET DINNER DI KUROMA BUFFET & DINNER













