BERBALOI MENU LUNCH KAMI DENGAN RM68 UNTUK DUA ORANG | Yang paling best walaupun harga RM68 tu untuk 10 jenis lauk ya.
Sebelum hantar kakak ke hospital keesokkan harinya umi memang dah agak segala urusan kat hospital tu lambat.Walaupun appointment kakak pada pukul 10 malam, tapi pendaftaran je dah makan masa yang lama.
Belum lagi nak daftar dan x-ray tangan kakak tu.Siap settle semua sekali dalam pukul 12 jugak.Tak sempat lah umi nak balik memasak dan sebagainya kan.Jadi umi dah plan siap-siap untuk tapau je lunch kitorang di Renaissance Hotel JB.
Kalau hari tu umi dah rasa Menu Asian Hawker, kali ni umi nak cuba pulak Asian Barbeque.Untuk Set Asian barbeque ni cuma RM68 for 2 person.Jadi memang cukup untuk kami empat beranak makan.
Sebenarnya ada 4 set lagi untuk Menu Asian Temptation ni.So kalau korang nak tengok full menu boleh refer kat bawah ni.
Full menu Asian Temptation – bit.ly/RenJBTakeaway
Itu pun tak habis sampai ke petang.Jadi, umi siap-siap whatssap Renaissance Hotel Johor Bahru untuk order dan pick up untuk keessokkan harinya.
Lepas je balik, hospital terus drop kat Renaissance Hotel.Tak tunggu lama pun nak ambil makanan.
Jadi tak perlulah nak masuk hotel dengan bawak budak ni kan.Nak tengok apa menu-menu di dalam Asian Barbeque ni?
ASIAN BARBEQUE – ASIAN TEMPATION MENU RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU
Percik barbeque Chicken
Ini antara menu yang ada dalam Asian Barbeque.Rasa memang sedap dan lembut je ayamnya.Anak-anak pun boleh makan.
Baked Cheese Corn On The Cob With Vege
Yang ni memang cepat jelah habis.Belum sempat nak menghidang, anak-anak dah mula nak ambil jagung tu.Memang kesukaan diorang la.Yang sayur-sayur tu tinggal dekat umi habiskan.
Spicy Peppery Beef – Sauted Sausages
Umi suka betul dengan peppery beef.Lagi sedap bila cicah dengan sos tu.Memang sedap ui..Daging pun lembut je.Senang nak mengunyah.
Thai Mango Salad
Memang kena dengan tekak umi.Ni kalau makan mango salad ni saja je pun ok je bagi umi.Nasib baik anak-anak tak suka.Jadi boleh umi bedal banyak-banyak.
Malay-styled Spiced Clear Chicken Soup.
Not bad jugaklah sup ni.Mak Mentua umi kemain menghirup lagi dia dengan sup ni.
Sambal Squild
Sotong dia boleh tahan besar jugak.Tak lembik pun rasa.Tu maknanya Chef menggunakan sotong yang fresh dari laut gitu…
Sweet Chili Prawn
Ni pun not bad jugak.Yang bedal umi, babah dan kakak je makan.Adik nampak merah macam ni memang tak ler dia nak usik.
lauk-lauk je kan umi show off..Takde nasi ke?. Eh mestilah ada.Untuk nasi dalam set ni korang tengok gambar kat bawah ni.
Lemongrass Corn rice
Inilah nasi jagung serai.Cukup untuk 4 orang makan sikit sorang.Kalau dah satu sorang beli memang takkan habis punya sebab banyak menu lagi tu.
And last but not least adalah pencuci mulut.Kalau hari tu bubur durian, dan kali ni apa pula ye?
Bubur Cha Cha
Haduii..Sampai sekarang teringin nak merasa lagi bubur cha cha dari Renaissance JB ni.Nantilah kot babah nak suruh umi gantung periuk lagi.Bolehlah order lagi set ni.
Untuk korang yang nak order menu kat atas, boleh la cepat-cepat order.Pasti korang puas hati.
Macam mana nak order?
Kacang je tu
CARA DAPATKAN MENU ASIAN TEMPTATION RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU
Untuk Asian Temptation set menu ni Nak take away pun boleh, nak suruh diorang hantar ke rumah pun boleh.Korang boleh order dari jam 11 pagi hingga 8 malam dan set Asian Temptation ni sampai Disember tau.Cara nak order korang boleh tengok kat bawah ni :
Jadi korang rasa berbaloi ke dengan harga RM68 tu?
Berbaloi menu lunch kami dengan RM68 untuk dua orang.Untuk dua orang tau.Tapi kalau tak taulah kalau korang kuat makan..hahaha…Tapi tak cuba tak tau kan.Kotlah tak cukup esoknya boleh order lagi.Alah..sesekali apa salahnya nak makan sedap.Tepuk dada tanya selera ek.
Wow… nampak semua menyelerakan lah.. Berbaloi dengan harga kalau dah banyak gini… Huhu.. Boleh try..
Nak order jugalah, berbaloi kalau harga gitu tapi banyak menu dalam satu set kannn.. puas makan..