Berbaloi Makan Lobster Fresh di Renaissance Hotel Johor Bahru

Berbaloi Makan Lobster Fresh di Renaissance Hotel Johor Bahru

Berbaloi Makan Lobster Fresh di Renaissance Hotel Johor Bahru | Kalau dah lobster depan mata, menu lain yang datang pun tak layan kan.

Hah, itulah menu tengahari kami dak-dak JDT Blogger  di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru.Kali ni kami datang lagi untuk menikmati SEASONAL LOBSTERISH di sini.

Berbaloi Makan Lobster Fresh di Renaissance Hotel Johor Bahru

Dah jumpa ramai-ramai ni wajiblah ber group foto kan?

Kalau kat JB ni payah sikit kan nak cari lobster yang fresh macam ni.Apa yang chef di Renaissance ni bagitahu umi, Lobster ni fresh dari Sabah.Hah! Bukan dari luar negara ye.Dalam Negara kita jugak.Jadi dah tentunya ianya tak mengambil masa yang lama untuk sampai ke sini.Dan tentulah lobster yang dibekalkan tu adalah lobster yang segar dari laut.gituuuu

Bila makan kat sini korang boleh pilih jenis lobster yang korang nak makan mengikut harga yang dah ditetapkan.Antara Lobster yang ada dalam SEASONAL LOBSTERISH  ni ialah :-

  • SEASONAL GREEN LOBSTER
  • SLIPPER LOBSTER
  • BABY LOBSTER

Untuk cara masakkan korang boleh pilih salah satu cara masakkan di bawah ni.Nanti umi kongsikan cara masakkan yang kami pilih untuk lobster-lobster yang kami makan tu ye.

Cara Masakkan yang korang boleh pilih ialah :-

  • Golden salted egg
  • Fragrant Buttermilk with curry leave
  • Goh Pong Sauce
  • Kam Heong sauce
  • Ginger Sauce
  • Black pepper sauce
  • Szechuan “Ma La” pepper
  • Spicy sweet chili garlic with egg dropped

Berbaloi Makan Lobster Fresh di Renaissance Hotel Johor Bahru

Nak tau tak menu pilihan kami untuk ketiga-tiga jenis lobster tu?

Ok jom kita mulakan dengan Seasonal Green Lobster dulu.Kami memilih untuk masak spicy sweet chili garlic with egg dropped.Punyalah nikmat menikmati lobster dengan masakkan ni, rasa nak menambah je.Tapi faham-fahamlah kan dengan harga lobster sebegini.Kang mau nipis poket..hahahah.

Taklah terlalu pedas sampai licin pinggan kami 5 orang tu.

????????? ?????????? di Renaissance Johor Bahru Hotel♥️

Untuk menu kedua pulak, Slipper Lobster kami pilih untuk masak Szechuan “Ma La” pepper. Yang ni umi memang recommended sangat dekat korang.Sedap pulak masaknya ui.Sampai cili tu pun korang boleh ratah sekali.Kalau korang jenis tahan pedas la kan.

 

Dan untuk menu yang terakhir pula adalah Baby Lobster.Untuk Baby Lobster ni kami memilih Fragrant buttermilk with curry leave.Umi suka sangat cara masakkan yang ni.Memang ngamlah semua.

 

Kenyang betul dapat makan 3 menu lobster ni ui.Korang boleh je kalau nak add on menu lain.Boleh tambah nasi atau menu-menu lain yang korang boleh tengok kat sini.Lagi berselera kang korang makan.Penuh perut ui.Memang berbaloilah makan walau harga lobster ni mahal.

Ala..sekali sekala kan menjamu menu lobster ni.Apa salahnya belanja sesekali sekala untuk perut kita.hahaha

Oklah korang, umi memang tak boleh nak move on lagi dengan kesedapan menu lobster yang dihidangkan oleh Chef-chef handal dari dapur Wan Li Chinese Restaurant ni.Kalau korang nak jugak merasai kenikmatan menu-menu lobster yang umi sebutkan ni, boleh la buat tempahan sekarang.Details umi letakkan dibawah ni ye

???????? ?????????? | ??????? ????
? Lunch from 11:30am to 3:00pm
? Dinner from 6:30pm to 10:00pm
Untuk tempahan
? https://wa.me/60127719056
?
? www.wanlichineserestaurant.com
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #marriottbonvoydining #fromthetable #foodie #lobsterjohor #kisahsidairydotcom

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *