BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR UNTUK ANAK-ANAK DI MUSIM PDPR

BenQ eye care stylish monitor GW2780T ni memang dihasilkan khas untuk kegunaan anak-anak di musim PDPR ni.Bukan sahaja pelajar malah mereka yang bekerja dari rumah ni pun memang sesuai menggunakannya.

Amat risau ye sebagai ibu membiarkan anak terlalu terdedah kepada gadget.Biarpun umi banyak menghadkan penggunaan mereka terhadap gadget, sejak PDPR ni terpaksalah memberikan juga mereka kelonggaran untuk menggunakannya untuk belajar.

Tapi bila melihat si kakak tu terpaksa melihat screen terlalu lama, dan dia pun umi tengok selalu gosok mata bila nak tengok screen tu, umi cubalah juga cari inisiatif lain untuk kakak dan adik.

Cadangnya nak belikan satu lagi laptop, tetapi di musim pendemik macam ni agak besar budget yang umi kena keluarkan.And masa tu umi ada ternampak satu produk iaitu BenQ Eye Care Stylish Monitor GW2780T dari BenQ Malaysia.

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR

Bila dah ada kata sepakat dengan babah, barulah umi ON je untuk membeli BenQ Stylish Eye Care Monitor ni.Ni kira antara keluaran dari BenQ yang di reka khas untuk E-learning anak-anak di rumah.Jadi bila tengok segala jenis kesesuaian yang ada pada monitor ni, umi terus dapatkan satu.

Bila sampai ke rumah, punyalah besar, sebab BenQ GW2780T 27 inchi.Haishh..Bukan je boleh untuk anak-anak belajar, nak tengok tv ke Netflix atau Youtube pun boleh.Kebetulan kat rumah tu umi guna Android box, jadi bolehlah sambungkan kepada BenQ Monitor tu.

BenQ Eye Care Stylish Monitor ni dapat melindungi mata anak-anak kita daripada blue light yang ada pada Screen.Sebab tu dia di design khas untuk student.Kesan Blue light pada pada deria penglihatan sangat bahaya ye.

KESAN BLUE LIGHT PADA MATA

Kajian menunjukkan bahawa , dari masa ke semasa pendedahan kepada cahaya biru, samaada secara semulajadi dari matahari atau tiruan iaitu dari dari skrin peranti digital, boleh menyebabkan kerosakan retina dan buta. Ini lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mata mereka lebih menyerap lebih banyak cahaya biru dari skrin peranti berbanding orang dewasa.

Sumber Cahaya Biru 

  • Matahari 
  • Lampu pendarfluor
  • Lampu LED
  • Menthol CFL ( lampu pendaflour padat )
  • Monitor komputer, telefon pintar, skrin tablet, peranti elektronik dan lain-lain
  • Televisyen LED
  • Menthol lampu pijar
 

Kesan Dan Bahaya Kepada Pendedahan Berlebihan Kepada Cahaya Biru

  • Tanda-tanda tekanan mata digital termasuk gejala sakit mata dan iritasi, penglihatan kabur, sakit kepala, leher, sakit belakang dan bahu
  • Kerosakan retina dan kemerosotan makula yang berkaitan dengan usia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan
  • Penyelidik Harvard telah mengaitkan pendedahan kepada cahaya biru pada malam hari untuk beberapa jenis kanser ( payudara dan prostat ) , diabetes, penyakit jantung, obesiti dan peningkatan risiko kemurungan. 

Dah baca kan betapa bahayanya blue light ni pada anak-anak kita.Jadi meh umi cerita sedikit tentang BenQ Eye Care Stylish Monitor yang dapat melindungi mata anak-anak kita dari cahaya biru ini.

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR 

BenQ eye care stylish monitor GW2780T memang design untuk anak-anak kerana ia mempunyai perlindungan mata dari sinaran cahaya biru yang selalunya terdapat pada gadget dan monitor lain.Terdapat sensor cahaya yang ada pada BenQ eye care monitor yang dapat mengesan cahaya persekitaran dan kecerahan pada kandungan skrin.

KELEBIHAN BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR 

BenQ eye care stylish Monitor GW2780T adalah monitor 27 inchi IPS  dengan eye care technologies mempunyai resolusi 1920×1080 dan aspet ratio 16.9.

Mudah untuk kita sambungkan pada laptop, tablet mahupun smartphone.Tapi macam umi ni, hanya gunakan monitor sahaja.Sebab cikgu-cikgu kebiasaannya memberikan video untuk anak-anak umi.Just umi sambungkan kepada Android box sahaja.

Antara kelebihan yang umi suka pada BenQ eye care monitor ni adalah:-

HEIGHT ADJUSTMENT STAND(HAS) – KETINGGIAN BOLEH LARAS

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR

Seriuslah boleh? Ye korang, pasti korang tak pernah lagi kan jumpa monitor yang boleh adjust ketinggiannya? BenQ eye care monitor ni boleh adjust penggunaannya samada korang nak rendahkan atau tinggikan.Jadi bila anak-anak guna, mereka akan rendahkan, dan kalau umi yang guna boleh laraskan ketinggian mengikut ketinggian umi pulak.Jadi takdelah nanti dok nak usung sana-sini nak rendahkan monitor ni kan?Kalau korang tengok kat gambar tu, macam tulah cara nak laraskan ketinggian monitor ni.

Dan satu lagi ia boleh dicondongkan ke atas dan kebawah.Dia pun boleh bersenam jugak..hahahah.Best tau monitor ni.Boleh adjust mengikut ke mana kita nak tengok monitor tu.

LOW BLUE LIGHT TECHNOLOGY -TEKNOLOGI CAHAYA BIRU YANG RENDAH

Antara fungsi istimewa yang ada pada monitor ni adalah ia dapat melindungi kesihatan mata kanak-kanak dan orang yang menggunakanannya.

Lampu biru yang dipancarkan dari peranti digital dapat menurunkan pengeluaran melatonin. Ini mempengaruhi kualiti tidur kita, yang berkait rapat dengan produktiviti di tempat kerja dan kecekapan belajar di sekolah pada keesokan harinya. GW2780T dengan Teknologi Cahaya Biru Rendah menyaring cahaya biru yang berbahaya untuk kualiti tidur yang baik dan kesihatan mata.Jadi tak perlu risau dengan mata yang penat bila menghadap skrin 

BRIGHTNESS INTELLIGENT TECHNOLOGY

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR

Yang best pada monitor ni ia dapat mengesan cahaya disekeliling kita dan menyesuaikannya sendiri secara automatik.Yelah, kita ni mana rajin nak adjust kecerahan cahaya pada monitor ni.Jadi penyelesainnya of courselah bila menggunakan BenQ eye care monitor ni.Dengan Sensor BI yang terletak pada bahagian depan monitor ni dia dapat mengesan cahaya sekeliling kita.Kita tak perlu risau untuk cahaya yang boleh merosakkan mata tu.

FLICKER-FREE TECHNOLOGY

Belajar atau bekerja sepanjang hari dapat benar-benar melelahkan mata kita, dan ketika kita harus menatap skrin, terutama komputer riba, dan melakukan tugas di rumah, kerlipan pada skrin dapat memberi tekanan tambahan pada mata kita, menyebabkan berkedip berlebihan dan sering menggosok mata. Teknologi GW2780T dengan Flicker-Free dapat mengurangkan keletihan dan kerengsaan mata dengan berkesan untuk keselesaan melihat dan kecekapan bekerja dengan lebih baik.

COLOR WEAKNESS MODE

Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa kekurangan penglihatan warna kongenital mempengaruhi 8% lelaki dan 0.5% wanita. Bagi kanak-kanak yang suka mencipta seni, kelemahan warna mungkin mempengaruhi pengecaman warna dan minat mereka dalam pembelajaran seni.Jadi dengan adanya BenQ eye care monitor ni mereka dapat melihat warna sebenar menggunakan monitor ini.

IPS PANEL / HDMI 1.4/ DISPLAY PORT 1.2 / D-SUB/ HEADPHONE JACK

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR

Ini adalah diantara perlu untuk korang mendapatkan BenQ Eyecare Monitor GW2780T.

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR

BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR

Korang boleh tonton video dari youtube umi untuk melihat sejauh mana penggunaan yang memudahkan kita

Bestkan? Serius sangat berbaloi untuk korang mendapatkan BenQ Eye Care Monitor ni dari BenQ Malaysia tau.

 

Kakak dah pun menggunakan BenQ eye care monitor ni untuk kelas dia.Dia pun happy sebab boleh nampak tulisan yang besar.Jadi takdelah terkial-kial tangan tu nak membesarkan tulisan.

REVIEW BENQ EYE CARE MONITOR GW2780T SELEPAS MENGGUNAKANNYA

Alhamdulilah, anak-anak tak perlu lagi memegang gadget untuk selesaikan kerja sekolah diorang.Dan tambahan pula diorang boleh menonton tv kegemaran mereka menggunakan monitor ni tanpa umi perlu risau lagi dengan cahaya biru tu.Umi sangat berpuas hati menggunakan Stylish Monitor Eye-care Technology GW2780T series dari BenQ Malaysia.

Ciri-ciri yang ada pada monitor ni memang dah cukup puas hati tau.

Dan apa lagi yang menarik bila korang dapatkan Stylish Monitor dari BenQ Malaysia ni?

  • Harga berpatutan
  • Jaminan selama 3 tahun
  • On-site pickup service
  • Speaker yang sudah sedia ada
  • Pemasangan yang sangat mudah
  • Screen yang besar

Oh ya, kalau korang pun nak dapatkan BenQ Eyecare Stylish Monitor ni boleh dapatkan di kedai Rasmi BenQ Malaysia di Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut di bawah

WEBSITE | FACEBOOK 

BenQ GW2780T- https://bit.ly/3iPns2M

Shopee  – https://cutt.ly/5QZa1Vy

Lazada – https://cutt.ly/zQZaBXR

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

3 thoughts on “BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR UNTUK ANAK-ANAK DI MUSIM PDPR

  • August 6, 2021 at 10:25 am
    Permalink

    Bagus ni sebab boleh berpusing 360 darjah, amazing hahahaha.. budak pdpr memang elok le untuk penjagaan mata mereka kan…

  • Pingback: BENQ SCREENBAR E-READING LAMP UNTUK MONITOR DAN BELAJAR

  • August 18, 2021 at 1:19 pm
    Permalink

    Waahhh, memang musim tengok skrin mcm ni, bagus je guna penchayaan macam ni. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *