Beli Tudung Budak 4 Helai RM49 | Lama bebeno umi tak membeli tudung bebudak ni.Kalau dulu memang rajin umi membeli tudung.
Yelah sejak jarang dah nak berjalan, raya ala kadar ni, diorang pakai je tudung yang ada.Tapi bila nampak dekat timeline facebook harga tudung RM49 dapat 4 helai.
Alang-alang umi pun dah lama tak membeli untuk budak ni, jadi belilah sesekali kan untuk diorang.Lagipun jenis hat ni lain sikit.Ni macam shawl la.Yang lain tu tudung sarung biasa je.Sesekali kan, anak dara pun dah besar, dah pandai nak melaram, jadi belilah untuk diorang.
Beli Tudung Budak 4 Helai RM49 di Caitlyn’d
Walaupun tudung ni shawl, tapi dia dah siap-siap jahit, jadi anak-anak ni tinggal sarung je dah cantik..gitu!!
Puas hati beli 4 helai.Sorang 2 je untuk bebudak tu.Kalau bergaduh jugak umi tak taulah sebab warna semua lain-lain.Nanti boleh tambah koleksi tudung bebudak tu lagi,
Jenis kain Mose crepe ni memang senang nak pakai.Yang paling selesa di bawah dagu tu bergetah.Jadi tak perlu pakai pin dibahagian dagu tu.Risau lah kan kalau pakai pin, buatnya pin tu tercabut, tak ke naya kena leher bebudak ni.
Jadi bila dah bergetah, senang memakai.
Diorang ni kalau dapat yang benda baru kemain sukalah.Masa tulah rajin nak bertudung walaupun nak pergi main je.Walhal punyalah banyak tudung basahan yang ada kat rumah tu.
Baca juga : Puas hati buat extender mask sendiri
Yang paling suka melaram tu kakak lah.Dia kalau benda baru ni fanatik sikit.Itu tak taulah bila dapat berebut nak warna masing-masing.
4 helai RM49 tu belum masuk postage.Postage untuk 4 helai ni RM10 sahaja.Umi rasa berbaloilah kan dari umi nak kena keluar mencari tudung macam ni.Dah alang-alang lalu kat timeline berpuluh kali, ter jugaklahÂ
Banyak jugak pilihan warna, tapi umi pilih yang ni jelah.Next nak beli warna lain pulak.
Kot korang berkenan dan nak Beli Tudung Budak 4 Helai RM49 di Caitlyn’d ni jugak bolehla ke page Caitlyn,d By renda ni.Dia bukan jual tudung je,malah baju kurung budak-budak pun ada.Nanti umi nak survey baju budak-budak ni pulak.Dah nak raya ni kan, bagus buat persiapan awal.
https://www.facebook.com/SueAdiera/
Murahhh dah tuuu Rm49 boleh dapat 4 helai. Biasa sehelai punnn boleh cecah RM30. Nanti boleh survey survey untuk anak sedara jugaklah hehehe.
murah kak rm49 dapat 4 helai. jenis sarung macam ni mudah untuk anak pakai kan. tapi teringat pula dulu2 ada juga keluar trend tudung macam ni, jenis getah di bawah dagu.