Beli Stokin Comel di Shopee dengan harga Murah

Beli Stokin Comel di Shopee dengan Harga Murah

Beli Stokin Comel di Shopee dengan Harga Murah | Umi kalau bab membeli ni memang suka sangat tau.Bab membeli online ni perempuan pakar sikit kan?ahaks

Kalau dulu umi suka sangat shopping di Lazada.Tapi sejak 2-3 tahun ni, lebih suka shopping di Shopee pulak.Yelah, korang pun tau kan, kalau masuk je website ni, ada je yang nak dibeleknya.Dalam bakul tu, punya banyak barang yang nak dibeli.

Nasib baik tau bukan shopping kat pasaraya biasa.Kalau pasaraya biasa memang bankrup la nampaknya.Lagi satu, kalau shopping kat luar dengan bakul penuh tu, agak-agak korang, bila dekat kaunter tu korang akan sorting tak barang-barang yang sangat diperlukan..ahahah.

So, bila online shopping ni, mana-mana berkenan, add to cart dulu.Lepas tu cari lagi yang menarik dengan harga yang murah.Add to cart jelah kerjanya.

Bila betul-betul diperlukan, barulah terus proceed dengan bayaran.Hah..macam tulah umi..Dok belek-belek harga, kualiti dan gambar-gambar yang customer dah beli.Itu wajib bagi umi.

Nak shopping secara online ni ada jugak tips-tipsnya ye.Bukan main beli je.Umi pernah kongsikan di blog tentang TIPS BELI BARANG DI SHOPEE SUPAYA TAK TERTIPU.

Yelah, banyak desas desus mengatakan, ramai je seller yang menjual di Shopee tu tak jujur.Dari mengelakkan diri tertipu dengan online seller macam ni, kita pengguna kenalah bijak jugak ye.

[Baca tips di sini : TIPS BELI BARANG DI SHOPEE SUPAYA TAK TERTIPU ]

Dah banyak item umi beli di Shopee ni..Memang berguna sangat apabila diperlukan.Baru-baru ni umi ada beli stokin comel dengan harga murah di shopee.Alhamdulillah..dah selamat terima hari tu.

 

stokin murah

Bila tengok harga pun not bad, plus tengok kualiti gambar customer yang dah membeli memang puas hati sangat-sangat.Saja nak beli stokin sekarang ni, nak lebih memakai.Nak lebih menutup aurat.gitu ler kekdahnya.Cuma umi tak berapa minat dengan stokin muslimah yang nipis macam kebanyakkan orang pakai tu.Lebih suka pakai stokin kerana tak terlalu licin.Dan umi memang suka yang comel-comel.

stokin comel murah

Ada gambar lobak, kaktus, unicorn, kucing dan lain-lain lagi..ikut hati umi nak grab lagi.Tapi memandangkan stokin pun banyak lagi..kita keep dalam add to cart dulu..hahaha..benda tak urgent, buat apa beli.

stokin comel

Kucing comel pun ada jugak.

Ada je koleksi umi kat rumah tu, cuma umi sekarang ni lebih selesa tidur pakai stokin.Bukan sebab angin masuk ye.Sebab umi selesa menggunakan stokin.Taknak kaki tu sejuk.Lagi satu sebabnya umi tak pandai tidur pakai selimut.So, taknak diri kesejukkan dalam aircond, umi pakailah stokin.

[ Baca sini : Kenapa perlu tidur pakai stokin

Bukan sebab takut angin masuk tau..hahaha…Dah la, habis cerita pasal tu.So, umi beli 8 jenis stokin dengan harga RM15 sahaja.Stokinnya panjang dan tebal.Memang mengikut apa yang umi nak semua tu.

stokin comel murah

Tengok tahap ketebalannya pun dah ok kan bagi umi.Korang pulak?

Bahaya masuk Shopee ni..sedar-sedar je dah terus ke proceed..hahaha…

Tengah aim nak beli sesuatu..Sedang kumpul hasil ni sikit lagi..Insyallah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *