BELI RED VELVET COOKIES SAMBIL MENDERMA

BELI RED VELVET COOKIES SAMBIL MENDERMA | Sekadar perkongsian umi terhadap anak kecil yang bernama Dahlia Medina

Seperti yang korang lihat di post facebook umi semalam, umi ada kongsikan pembelian cookies red velvet tu bukan sekadar membeli malah bantu meringankan beban anak syurga sepasang suami isteri yang sangat tabah bila anak mereka yang sulung telahpun menghidap kanser darah baru-baru ni.

Hati ibu mana kan yang tak sedih bila anak yang baru berumur 1 tahun 10 bulan telah menghidap penyakit kanser darah.Umi mengikuti perkembangan adik Medina di ig beliau dan merupakan anak saudara rakan blogger umi iaitu Uyul Rosli.Bila tengok ig story adik Medina ni memang berkaca je mata umi nak-nak bila dia meronta-ronta menangis.

Apalah tau si kecil tu bila dia kesakitan, hanya mampu menangis tanpa dapat meluahkan apa yang ada di dalam hatinya.Kita sendiri tak tau macam mana rasa sakit yang ditanggung oleh dia.Umi bersyukur kerana anak-anak umi alhamdulillah sihat semuanya.

Sungguh Allah swt sangat menyayangi ibu dan ayah adik Medina.Dia beri ujian sebegini kerana mereka insan terpilih.Bukan mudah nak menjaga anak yang menghidap penyakit kanser.Kesabaran bukan seperti anak-anak kita buat sepah di rumah, tetapi lebih dari tu.Bila berhadapan seperti ni, emosi sangat berkait rapat.Umi tau mak ayah adik Medina tak pernah penat( Tipulah tak penat, tapi berhadapan dengan situasi ni, takkan pernah rasa penat untuk melihat anak mereka sihat kan?).Sebab apa yang mereka nak adalah adik Medina sihat.

Terpaksa pulak berpisah dengan adik yang baru beberapa bulan dilahirkan, Allahuakbar, umi rasa tak kuat.Bersyukur sebab adik tak banyak ragam bila melihat posting daripada makcik mereka.Syukur juga dikurniakan seorang makcik yang sanggup buat apa sahaja demi melihat anak saudaranya sihat.

Uyul 

Akak tahu awak kuat.Walau uyul sendiri ada sakit, Allah beri uyul sihat demi dia kan? Uyul mampu menyiapkan cookies Red Velvet demi memberi sumbangan kepada adik Medina.Mungkin kita tak boleh membantu untuk menjaga atau menggalas tanggungjawab ibubapa adik Medina, Tetapi sumbangan dari kita semua, mampu meringankan beban dari segi kos yang lain-lain.

Yelah, ibu adik Medina hanyalah seorang suri rumah dan bapanya hanya seorang pemandu lori.Dan sekarang terpaksa bercuti demi anaknya.Mata yang memandang takkan sama dengan jiwa yang memikul.

Memang umi tak dapat menolong banyak, tetapi dengan sumbangan membeli Red Velvet cookies dari Maklong uyul mungkin dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga.

Ada inisiatif lain untuk mereka mendapatkan kos perubatan dan sebagainya.

BELI RED VELVET COOKIES SAMBIL MENDERMA

Jom korang membeli sambil menyumbang.Korang boleh dapatkan Red Velvet dari Uyul Rosli.Niat untuk kita sedekah untuk si kecil ni.

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji”.  

(Surah Al-Baqarah ayat 267)

Di samping tu ada juga saham akhirat untuk kita sendiri kan? Tak miskin untuk kita bantu mereka yang memerlukan.Lagi banyak kita sedekah, lagi banyak rezeki yang masuk.Insyallah.

Alhamdulillah sedap..Nasib baik umi beli 3 bekas, 1 bekas memang sekejapan jelah habis.

Minah seketul ni yang dok perabih kan sebalang.Lagi-lagi kalau duduk depan tv, memang cepatlah habis kan?

Oklah, untuk korang yang nak tau tentang adik Dahlia Medina ni boleh lihat details di bawah.Umi tunjukkan bukti yang pembelian korang akan disalurkan kepada adik Medina.Tengok logo yang dekat telap tu pun korang akan nampak cookies red velvet ni dihasilkan untuk membantu beliau.

IG : Dahlia Medina

FB : Dahlia Medina

Korang juga boleh terus whatssap uyul untuk pembelian.Harga sebalang adalah RM15 sahaja ye.

Whattsap : Red Velvet Cookies 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *