Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.
2. Sentiasa bersama anak
Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.
3. Bersihkan peralatan , rumah dan juga pakaian.
Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.
4. Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.
5. Tepuk Percussion
Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)
6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:
- 2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen
- Tambahkan sedikit minyak zaitun
- Tambahkan air panas
- Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.
7. Penjagaan makanan Ibu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.
8. Kunyit
Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.
9.Bunga belimbing dan air beras
Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.
10. Daun basil, oregano dan daun sireh
Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.
11. Lemon, halia, madu
Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.
12. Garlic Socks
Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.
13. Mandian lemon
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.
14. Minyak bawang putih
Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.
15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.
Dari banyak-banyak tu yg pernah kakak buat kunyit dan minyak zaitun lain-lain tak tahu dulu masa anak kakak baby tak banyak pencerahan.
Saya pun dah mula bersihkan pakaian cadar, spray dalam kereta, mandi selepas keluar ke tempat awam untuk elak dan kurangkan. Thanks for info
aida..jgn lupa emailkan sis JM alamat
terima kasih kerana berkongsi…ada anak nanti ada ilmu jgk