BBQ BUFFET DINNER DI CAFE PARA-PARA GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU | Sesekali kan menjamu selera di luar apa salahnya dan kali ni umi memilih untuk dinner di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
Kalau dulu umi pernah ceritakan di blog buffet Ramadhan Grand Paragon hotel, kali ni umi nak cerita tentang menu-menu BBQ buffet Dinner di cafe para-para Grand paragon Hotel yang sudah bermula pada bulan ogos sehinggalah tarikh akhir yang akan mereka beritahu kelak.
Yang specialnya adalah, pada bulan September bila korang datang untuk menjamu selera untuk BBQ Buffet dinner ni, harga special juga menanti korang.Tapi sekarang ni umi nak cerita pasal menu-menu yang mereka sediakan pada setiap hari sabtu ni.
Kalau datang sini pastikan perut korang kosong ye sebab korang akan menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap yang disediakan oleh chef-chef hebat di Cafe Para-para Grand Paragon Hotel Johor Bahru ni.Sampai umi ualng-alik nak ambil menu-menu yang disediakan.
Paling umi tak boleh lupa adalah Nyonya laksa dan juga sotong percik.Uih! Rasa nak tapau bawak balik je sotong percik tu.
Tengoklah tu punyalah besar sotong tu, kalau ambil sekor pun tak boleh nak habiskan.Tu belum cerita pasal nyonya laksa yang disediakan panas-panas kat situ.Habis semangkuk umi bedal tau.
Lepas ni boleh la repeat bawak babah sekali.Mesti dia suka dengan menu-menu buffet bbq dinner ni.
Bukan itu sahaja korang,Menu untuk Buffet BBQ Dinner antaranya, ayam kalio minang, stir fried black pepper beef,sotong sumbat percik,butter prawn,Lasagna, soup clamp chowder dan double boiled chicken herba soup.Dan ada juga live station untuk bbq, laksa nyonya shell out dan banyak lagi.
Bila dah habis makan, jangan cuba-cuba untuk balik sebelum korang try dulu segala jenis dessert dan buah-buahan kat sini ya.Umi pulak suka la bila nampak buah-buahan dengan coklat mountain tu.
Ataupun kalau korang nak sejukkan tekak sebelum balik, boleh la try abc dan juga ice cream yang ada disediakan untuk bbq buffet dinner ni.
Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi gambar menu-menu, boleh tengok kat page umi dibawah ni.Kang kalau umi letak semua dalam blog ni mau berat korang nak bukak kang..hahaha
Oh ya, umi ada cakapkan ada yang special untuk september ni.Apa dia?
Haruslah pakej harga yang ditawarkan.Meh sini umi share sikit dengan korang tentang promosi harga sepanjang bulan september ni.
SPECIAL PRICE PROMOTION FOR SEPTEMBER BBQ BUFFET DINNER GRAND PARAGON HOTEL JOHOR
Adult at RM 98.00 per person Child at RM 49.00 per person (6-12 y/old)
NORMAL PRICE:
Adult at RM 108.00 per person Child at RM 54.00 per person (6-12 y/old)
untuk tempahan korang boleh buat melalui :-
call 07-268 5255/5222 atau 016-7337363
atau layari social media mereka
Memang nampak menarik betul sotong sumbat tu.. boleh laa nanti datang sini makan dating gan Laki…
Menarik! Rasa nak cuba juga nanti sotong percik jika ada rezeki ke sini 🙂