Bayaran Zakat Fitrah Secara Dalam Talian Bagi Daerah Johor Bahru |Bayaran zakat Fitrah secara talian susulan Tempoh PKP sepanjang bulan Puasa.
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibawah Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1986 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis Agama Islam Johor dengan ini memaklumkan bahawa urusan berkaitan PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH di NEGERI JOHOR dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:
1. Johor Online Payment
2. Zakat Johor Online Payment
3. Fastpay
4. Aplikasi Snap N Pay QRCODE
5. Muat turun Aplikasi Snap n Pay.
Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, demi untuk menjaga maslahah dan keselamatan amil fitrah daripada risiko penularan dan jangkitan wabak COVID-19, MAINJ memutuskan bagi tahun 1441H bersamaan 2020M ini, “amil fitrah tidak ditugaskan membuat pungutan zakat fitrah”. Segala pembayaran boleh dibuat melalui medium pembayaran secara dalam talian di atas.
Kenyataan Sidang media dan FAQ berkenaan bayaran zakat fitrah secara dalam talian boleh dilayari di pautan berikut:
https://www.johor.gov.my/archives/6863
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”
Kita mudahkan kerja orang lain, orang lain memudahkan kerja kita kan.Moga semuanya dipermudahkan dan wabak covid 19 segera berlalu..
Jangan lupa untuk membayar zakat