Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Johor 2021

Kasar Bayaran zakat Fitrah Negeri Johor 2021| Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki Ramadhan

Antara perkara yang wajib kita lakukan adalah dengan membayar zakat.

 

APA ITU ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

?Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin? (HR ?Bukhari)

Ucapan Rasulullah SAW ?kanak-kanak dan orang dewasa??menunjukkan bahawa Zakat Fitrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memliki harta, maka zakat fitrahnya wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Ulama.

Sekarang ni sangat mudah untuk kita membayar zakat.Zaman serba canggih ni kita boleh membayar zakat secara online jika kita benar-benar takde masa untuk membayarnya di tempat-tempat bayaran yang telah ditetapkan.

Bayaran Zakat Fitrah Johor 2021

Majlis Agama Islam negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanti, berkata kadar zakat fitrah RM7 bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

Kadar pembayaran zakat boleh dibuat menerusi tiga cara, iaitu dalam talian, amil zakat fitrah dan kaunter zakat MAINJ setiap daerah.

 

Bayaran melalui atas talian boleh dibuat di Zakat Johor Online Payment di http://www.epayment.maij.gov.my.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *