July 6, 2020

Bawa Nur Awifyah Ke Klinik

Assalamualaikum
Cerita semalam yang baru sempat untuk aku update petang nie..Semalam aku ada bagitahu yang aku halfday kan…Seronok rasa dapat halfday..Ikut hati nak je cuti satu hari,tapi sayang pulak..Kot lah ada emergency nanti,nak bercuti lagi.
Simpan cuti sikit..Annual Leave memang harem Non Hado!!Apa taknya sebulan masuk sekali untuk AL..Tu pun dah aku perabihkan..Setiap bulan mesti aku cuti satu hari..Itu..korang jangan tanya aku kenapa!
Oklah..Berbalik kepada Puteri omel aku yang sorang nie.Semalam lepas balik keje,terus melepak rumah kakak ipar aku,menghabiskan waktu sebelum keluar ke klinik kul 2 petang tu.Aku halfday pukul 12 tengahari,so ada masa nak luruskan pinggang..
Dalam perjalanan,Nur Awfiyah da start menyanyi lagu hindustan,marah sebab aku kejutkan dia tidur..Actually,bukan aku kejut,dia je tersedar masa aku dokong dia..Sampai aku rasa nak berpatah balik rumah..Last-last dia senyap.Tiba kat klinik da dekat kul 3 jugak la..Memang appointment kul 3 kot..
Tengok,punyalah ramai orang,cepat-cepat aku ambil no..Pada tengah menunggu no dipanggil tu,blackout On/Off kat klinik menyebabkan Nur awfiyah kepanasan..Lagi panas la Omel aku tu.Dengan perasaan yang membuak-buak untuk tidur tu,dia dah mula menyanyi lagu rock tak hengat..Puas dah aku sumbat susu,semua..Last-last ada kakak sorang tu cakap kat aku,”dia tidur pakai buai ea dik” aku jawab ha’ah kak..
Last2 dia sruh aku tepuk omel aku macam berbuai..Laju je aku buat..Huh!! Saja Omel aku tu menguji tahap kesabaran umienya yang tengah panik..Tidur sampai nama Omel kena panggil,Lepas dah check kat dalam tu pun nangis lagi.Huh!!Risau jugak lepas tu kena Inject untuk 2 bulan..Tapi aku bersyukur bila timbang berat badan Omel aku tu Normal..4 Kilo Ko!!...oklah tu kan…Dia pun jenis kecik je..
Masuk bilik Injection,rasa berderau darah aku..Apa taknya,jap lagi risau menangis tak hengat….
Memang confirm…Tapi alhamdulillah…Kejap je..Terus fikir nak balik lepas ambil ubat..
Balik kat rumah,lepas bersihkan badan Omel,bagi ubat siap-siap takut demam…Pastu Tidoo!!!
Pengalaman mengajar aku tentang semua tu lah…huhuhu…
Muka bambam Omel setelah 2 bulan

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

21 thoughts on “Bawa Nur Awifyah Ke Klinik

  1. dah bias buai kak memang meragam la dier tak dapat..
    plus cuaca pon panas skarang ni..kena stanby kipas tangan lenkali..

  2. Alahai, seronoknya tengok baby comel tengah tidur. Anak saya pun dulunya berbuai. Kalau masuk kereta, tak cukup aircond kena siap kipas tangan lagi, kena letak bantal atas riba lagi bila time dia nak tidur. Pastu kena goyang-goyang kaki macam buai je kekdahnya. Barulah nyenyak tidur. Keras ler kaki ni kekejungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *