Bawa Nur Awfiyah Ke Klinik Lagi

Assalamualaikum
Baru  je masuk kerja ni..Pepagi tadi,bila dengar nafas Nur awfiyah berbunyi terlalu kerap,rasa tak sampai hati pulak tengok..MIL dah sibuk suruh bawak pi klinik.Yelah takut melarat.
Memang dah lama nak bawa gi klinik,tapi masa tu belum la tahap macam tu sekali.Jadi aku halfday hari ni untuk awfiyah..Untuk anak,kita sanggup berkorban apa sahaja..Harap satu hari nanti,dia akan menghargai pengorbanan ummi ngan babah dia.Insyallah…Bukan nak balas dengan wang ringgit.Cukuplah sekadar jadi orang yang berguna dan boleh dibanggakan dengan pencapaian pelajaran dan kehidupan..Insyallah..amin..

Sempat lah snap gambar dia masa dia tidur tadi..Nak pi klinik pun masih terlalu awal.So,biarkan dia tidur,taklah nanti dok merengek bila kat klinik.

Keluar rumah tadi pun dah pukul 10.30 pagi,alhamdulillah klinik tak ramai orang.Selalu aku gi klinik Dr.Bakuni,tapi hari ni beralih arah sebab macam kurang serasi ubatnya tu.

Ni dengan Dr.Abdullah yang sukakan budak-budak..wah bukan main geletis awfiyah dok ketawa..amboi-amboi…hehehe

Tepek gambar Nur awfiyah sebijik..Sempat ambil gambar masa dia tidur tadi..Kain yang dia pegang tu,kalau nak tidur mesti nak kena ada..Kalau tak,tangan dia akan merayap kat puting tu.Lepas puting tu dia cabut,mulalah dia mengaruk..isk..isk..anak ummi nie..

Oklah,ada keje lagi nak buat nie..see u then..

Loading

16 Comments

  1. tak try bawak klinik yuslina seri alam…? bagus klinik tu.. mama kat situ je kak sakit pening..

  2. Moga cepat sembuh ye 😉

  3. klinik yuslina yg disuggest mamaniza tu ramai kata bagus tp tiap kali saya nak pegi ramainya orang..

  4. kain tu dah macam bantal bucuk dia laa kan… kalau takde, tak boleh tido… hehe

  5. comel betul fiyah la.. geram betul nengok..

  6. kesihatan anak lebih penting kak..demam skit pon dah naik risau..
    keje tu keje la jugak..

  7. Nak tanya… Apa makna Awfiyah ye? Nama saya Wafiyyah… Tak pernah dengar pulak Awfiyah ni… Huhu

  8. tenang je hati dapat tgk awfiyah tido.. semoga cepat sembuh sayang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *