BATUK KOKOL PUNCA DAN RAWATANNYA

BATUK KOKOL, PUNCA DAN RAWATANNYA | Ramai sekarang ni yang mengalami batuk berpanjangan yang menjangkiti bayi dan kanak-kanak.

Sebelum kita ketahui punca dan cara rawatan bagi batuk kokol ni, meh umi share dulu apa itu batuk kokol.

APA ITU BATUK KOKOL

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Dalam kebanyakkan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak tetapi vaksin sepeti Dtap ddan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

APAKAH KEBARANGKALIAN BATUK INI?

Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.

Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya.Jadi kita kenalah berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

SIMPTOM BATUK KOKOL YANG PERLU KITA KETAHUI

Tanda-tanda dan simptom lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selsema.

Anda boleh mendapat :-

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • demam
  • batuk

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk.Batuk yang teruk dan berpanjangan akan 

  • Merangsang untuk muntah
  • Menyebabkan muka menjadi merah atau biru
  • Menyebabkan kepenatan melampau
  • Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

Bayi berkemungkinan tidak batuk.Mereka ini mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.

BILAKAH HARUS BERJUMPA DOKTOR?

Jika kita ada tanda-tanda di bawah, perlu untuk terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

  • Muntah
  • Bertukar menjadi merah atau biru
  • sukar bernafas atau korang sedar pernafasan terhenti seketika
  • menarik nafas dengan bunyi woop

PUNCA BATUK KOKOL

Batuk kokol ini berpunca disebabkan oleh bakteria.Apabila kita menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, kita bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru kita

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Apakah yang meningkatkan risiko kepada Pertussis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol dan antaranya ialah:-

  • Vaksin batuk ini yang kita terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan
  • Anak kita ketika tempoh menerima vaksin.Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan

DIAGNOSIS DAN RAWATAN

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan.Perlu untuk kita berunding dengan doktor yang merawat untuk maklumat lanjut.

BAGAIMANA PESAKIT BATUK KOKOK DIDIAGNOSIS?

Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk ini tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.

Jika doktor korang hendak memastikan diagnosis itu betul, korang boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.

Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.

X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.

BAGAIMANA PEAKIT BATUK KOKOL DIRAWAT

Untuk merawat batuk pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebabpertussis, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.

Tetapi jika batuk anda didiagnosis lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.

Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.

Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.

Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.

Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan di rumah.

PERUBAHAN GAYA HIDUP  AN RAWATAN SAMPINGAN

Apakah perubahan gya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani batuk ini?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani pertussis ini:

  • Minum air secukupnya. air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda;
  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk;
  • Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  • Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Itulah info tentang batuk kokol yang perlu kita ketahui.Apa pun jaga kebersihan diri dan kesihatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *