Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai memang berbaloi sangat memborong untuk keluarga.Barang-barangnya pun cantik-cantik lagi tau.

Kalau dulu umi mampu tengok je kawan-kawan dari Negeri lain dok shopping barangan terpakai jepun ni.Tapi bila cawangan Jalan Jalan Japan dah dibuka di Kipmall Masai, umi lah paling excited nak menerjah kedai ni.

Sebenarnya dah lama dah dibuka kedai preloved jepun ni di Kipmall Masai, tetapi memandangkan PKP, jadi mereka tak beroperasi lebih 2 bulan tak silap umi.Tempat besar dan sangat selesa untuk mencari barangan yang korang nak.Bayangkanlah keluasan kedai ni je dah 20,000 sq. ft. Besar kan?

Sebelum ni memang nampak banner dah naik dekat Kipmall masai tu pun dah tak sabar nak terjah.Jadi hari minggu hari tu, umi dan kawan umi si Suzie tu ke sini.Umi tak bawa anak-anak lah sebab nak mencari dekat barangan preloved ni memerlukan masa yang banyak.Kang kalau bawak budak berdua tu, confirm kemana gaknya diorang pegi.Rambang biji mata tengok mainan dan sebagainya.

Umi yang pergi sorang hari tu pun dok rambang mata uii tengok baju-baju, kasut dan juga aksesori kat situ.Ni kira pertama kali umi masuk di barangan preloved dari jalan jalan japan Kipmall Masai.Jadi teruja la sikit kan

Sebelum korang masuk premis Jalan Jalan Japan ni pastikan korang dah cukup vaksin ye.Di kaunter masuk tu sorang staff akan check samada korang dah lengkap atau belum dos vaksin.Dan kena ambil nombor di kaunter itu.

 Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

So, korang wajib patuhi SOP supaya kita dapat terus mengurangkan angka yang terkena Covid-19 ni ye.

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

So, lets Shopping

Permulaan tu umi terus terjah dekat Aksesori memandangkan mata ni dah berkenan betul dengan lip lap lip lap kat situ.Jadi banyak masa umi dihabiskan kat situ je.Tak tau dah nak pilih yang mana satu.

Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Bila nampak aksesori ni teringat zaman muda remaja yang suka dengan aksesori gelang dan cincin.Banyak sangat pilihan dan semua cantik dan elok sangat oi.

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Tengok la tu sampai si Suzie pun tak tau nak buat pilihan mana satu.Range harga untuk aksesori ni pulak dari RM3 sehinggalah Rm150 seingat umi.Barangan yang agak mahal atau senang hilang akan diletakkan di almari kaca berdepan dengan section tersebut.Sebab ada kes sebelum ni lah tu yang diorang lebih berhati-hati.

Jadi korang yang nak tengok barangan yang di dalam almari kaca tu boleh mintak tolong staff kat situ ye.

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Cakap je nak cincin batu macam mana, semua ada tau.begitu juga dengan rantai dan lain-lain.

jalan jalan japan kipmall masai

Gigih memilih tau sampai tak sedar duduk dalam tu dah dekat sejam.

So, kita terus ke tempat lain pulak.Yang paling orang ramai cari selain di aksesori ni adalah tempat baju dan kasut ye.Tak terkecuali jugak tempat mainan.

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Tengok tu kasut elok-elok lagi uii.korang yang nak cari kasut office, kasut jalan-jalan atau apa jenis kasut boleh cari kat sini.Tengok kasut yang umi ambil tu harga baru RM20.Nampak cantik dan sesuai lah nak bawa ke pejabat atau jalan-jalan.

Jom kita tengok yang baju-baju pulak.Eh!! kimono pun ada di jual di sini tau.Kalau korang nak bergambo guna kimono bolehlah beli kat sini.

Jomlah kita cari baju-baju basahan kat sini.Bukan takat baju basahan, malah baju jalan punyalah banyak.Kalau korang yang kreatif bolehlah mix and match baju-baju kat sini.Umi tengok analk-anak dara bukan main lagi bermatchy- matchy baju baju kat sini.Cantik pulak umi tengok tau.

Hoodie dan juga sweatshirt kat sini semua cecantik lagi dan murah.Harga pun tak ler mahal sangat ui.Sambarlah umi sehelai dengan harga RM15 sahaja.

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Nak cari jeans dan knitwear pun banyak.Jadi korang kena rajinlah memilih.Sebab baju kat situ banyak gila oi.Samapi naik lenguh umi nak membelek satu-satu.

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

Baru 2 jam dah penuh bakul tu, kalau tambah lagi sejam mau berbakul-bakul umi cari .Dan pada korang yang nak cari stroller, yang nak cari car seat, umi syorkan korang pegi ke sini dulu sebab banyak pilihan dan cantik-cantik lagi.

Baju-baju kat situ korang boleh try ye.Don’t worry sebab kat situ ada bilik persalinan yang banyak.

So, settle je semua boleh terus ke kaunter pembayaran disitu.Kaunter pembayaran banyak dan tak perlu tunggu lama.

2 bungkus plastik jalan jalan japan yang umi dsh grab hari tu.Total tak sampai RM150 pun.

Not bad kan.Banyak tu, termasuk baju anak-anak.

Kasilah up OOTD satu dengan baju knitwear dari Jalan Jalan Japan.Memang pebret kaler umi selain warna pink gitu.

Oh ya..Korang yang berdekatan Kipmall Masai ni boleh la terjah dan selain itu cawangan mereka umi listkan di bawah

CAWANGAN JALAN-JALAN JAPAN SELURUH MALAYSIA

1.) JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm
2.) JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm
3.) JJJ CennterPoint, Seremban 10am-10pm
4.) JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm
5.) JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm
6.) JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm
7.) JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-10pm
8.) JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pm

Barangan Preloved Dari Jalan Jalan Japan Kipmall Masai

KIP Mall, Masai
A011, Kipmall Masai,
2, Persiaran Dahlia 2,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Masai, Johor Bahru

Open daily including Public Holidays.
Hours: 10.00 am – 10.00 pm

2 Comments

  1. Seronok masuk jalan jalan japan ni. Macam macam dibelek dan banyak pilihan barang. Yang penting semuanya murah murah je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *