Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Bagi Golongan B40 & M40 |Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan tentang bantuan prihatin Nasional ini
Perkhabaran tentang bantuan prihatin Nasional 2.0 bagi golongan B40 dan M40 sedikit sebanyak melegakan rakyat.Bantuan ini adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan bagi golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban akibat kesan Pandemik Covid-19
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
Untuk mereka yang sebelum ini pernah membuat permohonan, tidak perlu lagi membuat permohonan baru.
Permohohan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0
Berikut adalah senarai bantuan prihatin Nasional 2.0
TARIKH BAYARAN BPN 2.0
Pembayaran BPN 2.0 akan dibuat pada :-
- Fasa pertama – Penghujung Oktober 2020
- Fasa Kedua – Januari 2021
SEMAKAN STATUS PENERIMA BPN 2.0
Pernerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my
Pemohon yang terlupa kata laluan perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.
Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line(HCL) di talian 03-89111000