Bank Perkataan cara umi ajar anak pandai membaca

Bank Perkataan cara umi ajar anak pandai membaca | Nak ajar anak membaca ni macam-macam cara yang kita boleh buat.Tak boleh cara ni, kita tukar cara lain.Yang penting anak happy untuk belajar membaca

Actually umi dapat ilham ni pun dari Cikgu Azleen iaitu seorang guru literasi yang mengajar anak-anak murid dengan kaedah Fonik.Umi pernah sertai seminar Kaedah Mengajar anak membaca dan kaedah fonik gabung bunyi.Start dari situ umi suka sangat dengan kaedah ni dan berharap anak-anak umi bakal memasuki kelas fonik ni.

Alhamdulillah, masa nak masukkan Naura Auni ke sekolah, umi dapat tau yang tadika tu juga mengajar kaedah fonik ni.Jadi senanglah sikit umi nak ajar bila di rumah.

Cedok sikit ilmu-ilmu yang boleh umi ajar dari cikgu-cikgu yang berada di dalam kalangan ejen Mommyhappy.Dapatlah kan idea-idea nak buat aktiviti bersama anak-anak bila di rumah.Impian umi besar sangat nak tengok anak-anak pandai.Yelah kan, ibubapa mana yang taknak anak dia jadi pandai.Tapi usaha tu kenalah seiring dengan impian.Kalau mengharapkan impian, tapi takde usaha memang takkan jalan jugak.

Boleh juga baca entry berkaitan dengan fonik di sini – Aktiviti fonik kenal dan sebut

Banyak lagi aktiviti yang umi buat dengan diorang ni, so korang boleh search Homeschooling di butang search tu ye.

Oh ya.Disebabkan kakak dan Auni pun beza umur setahun je, jadi bolehlah umi ajar sekali dengan kakak.Kakak pun sekarang ni dalam proses membaca kaedah fonik ni di kelas Cikgu Azleen.Nak tau pasal kelas ni korang boleh klik sini

Berbalik semula pada cerita Bank Perkataan cara umi ajar anak pandai membaca ni, umi ikut jugaklah tips dari Cikgu Azleen.Cuma mungkin cara umi lain sikit dari kaedah yang cikgu ajar 🙂

Jom tengok macam mana cara umi buat Bank Perkataan ni bagi memantapkan lagi pembacaan mereka.

BANK PERKATAAN CARA UMI AJAR ANAK PANDAI MEMBACA

Umi bukanlah tahap ibu yang hebat, tetapi umi suka untuk berkongsi apa yang umi buat dengan anak-anak ni.So mana korang boleh ikut, korang ikutlah ye.Yang penting bagi manfaat untuk anak-anak korang.

Bank Perkataan ni lebih kepada kita mengulangkaji apa yang anak-anak dah pernah baca di dalam buku 1-8 Kaedah Bacalah Anakku ye.Ikutkan anak-anak masih lemah lagi membaca, sebab tu umi buat bank perkataan untuk mereka.

Adik dah pun masuk buku ke-8 sedangkan kakak baru je nak masuk buku 4.Kesian kat kakak sebab lambat ikut kelas.Tapi takpe, usaha tangga kejayaan.Demi nak tengok kakak pandai membaca sebelum dia masuk ke sekolah Tahun 1 tahun depan, sedikit struggle lah untuk umi hantar dia ke tuisyen dan ajar di rumah.

CARA BUAT BANK PERKATAAN

Pertama 

Umi ambil kertas berwarna warni dan umi tulis perkataan-perkataan yang ada di dalam buku Bacalah anakku dari buku 1 hinggalah buku 8.Setelah itu, boleh rujuk gambar di bawah ye.Setelah itu umi gulung-gulung kesemuanya dan masukkan ke dalam 1 bekas.

Bank Perkataan cara umi ajar anak pandai membaca

Ada masa sikit kat opis, umi buat banyak-banyak.Macam kat bawah ni.Jenuh umi nak menulis walaupun tulisan kurang cantik 🙂

Dah siap menulis tu, umi gulung satu persatu dan barulah umi masukkan ke dalam bekas.

KEDUA

Sediakan bank perkataan.Cara nak buat bank tu, korang gunalah kotak-kotak kecil macam umi ni hah.Tak pun guna kotak kasut.Lepas tu hias cantik-cantik.Macam umi buat takdelah cantik mana pun sebab tak sempat nak berhias bagai, bebudak ni dah sibuk nak buat.Jadi bila tengok diorang excited macam tu bestlah.

Simple je kotak bank perkataan umi.Korang boleh buat lebih cantik dari ni tau.Hah..Settle cara penyediaan Bank Perkataan dan macam mana pula cara nak buat bank perkataan ni?

CARA BERMAIN BANK PERKATAAN

Sekali permainan umi akan mintak diorang ambil paper yang bergulung tu sebanyak 5 kali sahaja.Tak boleh lebih dan tak boleh kurang.Selalunya mereka ni nak lebih.Tapi umi saja nak biarkan mereka excited nak menunggu aktiviti bank perkataan untuk keesokkan harinya.

Umi pernah dengar kata-kata dari mereka yang berpengalaman, jangan biarkan anak boring dalam setiap permainan.Sebelum mereka boring, stop dahulu dan main di lain hari.

Hah gitulah.Yelah, kalau mereka ni dah boring, jadi esoknya mesti dah taknak main lagi kan? Sebab tu umi suruh ambil 5 kali sahaja setiap permainan.

Lepas dah ambil mengikut giliran, mereka kena buka dan baca apa perkataan yang ditulis di kertas yang umi dah gulungkan tu.Suruh mereka repeat beberapa kali.Selepas tu, barulah masukkan dalam kotak yang dinamakan bank perkataan.

Kemahin excited budak-budak ni nak memilih.Tapi umi bagitau kat diorang tak boleh pilih warna apa.Kena pejam mata dan ambil random.

Bank Perkataan cara umi ajar anak pandai membaca

Lepas dah baca beberapa kali baru masukkan ke dalam bank ye anak-anak.Moga apa yang diorang buat tu akan ingat la sampai bila-bila..

Bank Perkataan cara umi ajar anak pandai membaca

Settle masukkan ke dalam bank mengikut giliran masing-masing.Lepas dah 5 kali umi stop bermain walaupun diorang request nak buat lagi..NO. nanti diorang akan cepat bosan.So, kita buat pulak untuk keesokkan harinya.

Ni hari-hari dah request nak buat.Di samping tu adalah jugak adegan kena denda sebab tak tau apa yang umi tulis kat dalam kertas tu.Banyak lagilah denda yang umi buat.saja nak suruh diorang happy buat ni.

Hah.Itulah cerita pasal bank perkataan cara umi yang umi buat kat anak-anak umi.Memang meriah bila buat aktiviti ni tau.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *