resepi bakwan tomyam sheila rusly

BAKWAN TOMYAM RANGUP UNTUK MINUM PETANG

BAKWAN TOMYAM RANGUP UNTUK MINUM PETANG ni umi ambil dari ig Sheila Rusly.Umi paling suka kalau tengok dia masak-masak.

Bila tengok dia sediakan Bakwan Tomyam tu uihh, memang menyelerakan tau.So, hari minggu hari tu umi pun cubalah buat bakwan tomyam ni.Bahan-bahan yang diperlukan semua ada, jadi senanglah nak buat.

Umi ni takdelah pandai memasak mana, tu yang bila ada resepi mudah nak buat ni, umi suka ikut.Boleh la buat makan untuk ahli keluarga.

Baca juga : Resepi kuey teow goreng sheila rusly

Jom tengok resepi bakwan tomyam by sheila rusly ni.Nanti bolehlah hidangkan untuk minum petang.Anak-anak korang mesti suka.Cuma resepi bakwan tomyam ni ada derhaka sikit sebab umi tak letak cili.Yelah, anak-anak nak makan kan.Korang nanti cubalah buat yang pedas.Sedap tau

resepi bakwan tomyam sheila rusly

RESEPI BAKWAN TOMYAM BY SHEILA RUSLY

Bahan-bahannya

  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Air
  • 2 kiub Tomyam Maggie
  • Kubis( sagat halus)
  • Lobak Merah(Sagat halus)
  • Sausage(hiris tak terlalu halus la)
  • Daun Ketumbar( hiris halus)
  • Daum limau purut(hiris halus)
  • Nampla( sos ikan)
  • Bawang Besar*
  • Bawang putih*
  • Cilipadi*( tambah kalau nak pedas ye)
  • 2 batan serai*
  • bahan perasa

* bahan kisar

  • Cara buatnya
    Masukkan tepung gandum dan tepung beras.Masukkan air sedikit demi sedikit) dan masukkan kiub tomyam.
  • Kemudian masukkan bahan kisar diikuti dengan sausage,sayur dan daun ketumbar serta daun limau purut tu tadi.
  • Kacau sehinga sebati.Masukkan sos ikan dan perasakan juga sehingga rasa sebati
  • Panskan kuali dan goreng macam kita goreng jemput-jemput tu ler.
  • Dan siap dihidangkan.


Untuk sos korang boleh guna sos thai dan masukkan sedikit daun ketumbar.

Hah mudah kan nak buat bakwan tomyam ni.Memang sedap bakwan tomyam rangup untuk minum petang bersama keluarga.Confirm anak-anak pun suka.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *