Bahaya pengambilan Vitamin C berlebihan ni, jadi perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu atau ahli farmasi yang lain untuk pengambilan vitamin C terutamanya dalam pengambilan dos yang tinggi.
Lagi pula dimusim wabak sekarang ni, ramai yang berlumba-lumba mengambil vitamin C dan tanpa sedar mereka telah mengambil vitamin C secara berlebihan.Ia boleh membahayakan kesihatan dan pengambilannya perlu dipantau supaya dapat mengelak kejadian yang tidak diingini.
Semua sedia maklum akan kepentingan vitamin C ni kan.Vitamin C ni sangat terkenal dengan kebaikannya membantu kita meningkatkan sistem imunisasi badan, mempercepat penyembuhan luka dan memelihara tulang dan gigi.
Vitamin C merupakan antioksida semula jadi yang dapat melindungi sel badan dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan serta menyebabkan penyakit-penyakit berbahaya.Selain itu, vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membentuk struktur rawan, tulang , saluran darah dan otot.
Baca Juga : 10 jenis sayur dan buah sumber vitamin C
Namun begitu, pengambilan vitamin C pelu mengikut had yang ditetapkan untuk mengelakkan komplikasi.Bahaya pengambilan vitamin c berlebihan,Jadi apakah kesan sampingan pengambilan vitamin c secara berlebihan ni?
KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C SECARA BERLEBIHAN
Umi kongsikan beberapa kesan sampingan pengambilan Vitamin C secara berlebihan atau dalam dos yang tinggi.
1.MENYEBABKAN MASALAH PENCERNAAN
Masalah pencerrnaan seperti cirit birit adalah kesan sampingan paling biasa terutamanya jika seseorang itu mengambil vitamin C dalam bentuk tablet.
Gangguan itu boleh berlaku jika kita mengambil vitamin C lebih daripada 2,000 miligram(mg) sekaligus.
2.ZAT BESI BERLEBIHAN
Vitamin C ini berperanan untuk menyerap zat besi daripada sayur-sayuran dan kajian mendapati, penyerapan zat besi meingkat sehingga 67 peratus ketika seorang dewasa mengambil 100mg vitamin c
Bagi individu yang mempunyai masalah seperti hemochromatosis iaitu kadar zat besi dalam tubuh berlebihan dan akan melekat pada organ seperti jantung, pankreas dan sendi.Jadi kita perlu berhati-hati dengan suplemen vitamin c ini.
3.MENINGKATKAN RISIKO BATU KARANG
Lebihan kanungan vitamin C yang dikeluarkan daripada tubuh sebagai oksalat iaitu garam asid oksalik yang terbentuk sebagai hasil sampingan dalam berbagai-bagai tisu tumbuhan dalam air kencing.
Namun dalam beberapa situasi, oksalat ini akan membentuk sebagai kristal yang pada akhirnya menjadi batu karang.Pengambilan vitamin C yang berlebihan berpotensi meningkatkan jumlah oksalah dalam urin sekaligus menyebabkan pembentukan batu karang.
Kajian juga mendapati, pengambilan vitamin C sebanyak 1,000mg oleh orang dewasa dua kali sehari selama enam hari akan meningkatkan peratusan oksalat sebanyak 20%.
Medical News Today pula melaporkan, orang dewasa dinasihatkan untuk mengambil 90mg vitamin C sahaja bagi kaum lelaki manakala 75mg (perempuan) setiap hari.
Berikut adalah tahap pengambilan vitamin C berdasarkan usia seseorang
1. 400mg : 1-3 tahun
2. 650mg : 4-8 tahun
3. 1,200mg : 9-13 tahun
4. 1,800mg : 14-18 tahun
5. 2,000mg : 19 tahun dan ke atas
Sumber : Mstar
CARA PENGAMBILAN VITAMIN C DENGAN BETUL
Cara pengambilan vitamin c berbeza megikut jenis vitamin tersebut.Sebab tu kita kena tahu cara makan vitamin c dengan betul supaya tidak ada masalah yang tidak diingin berlaku pada masa hadapan.Perlu diingatkan lagi bahaya pengambilan vitamin c berlebihan ni.
Selalunya waktu yang sesuai untuk makan vitamin C adalah sebelum atau selepas makan.
Apa pun mintalah nasihat mereka yang pakar dari saluran yang betul.Macam umi ambil pengambilan Vitamin Shaklee sahaja.Ada banyak lagi jenis vitamin C yang sesuai tapi perlu ikut arahan.Jaga kesihatan kita dan jangan telebih pengambilannya ye.