Bahaya Bila Duduk Rumah Sepanjang PKP Ni

Bahaya Bila Duduk Rumah Sepanjang PKP Ni | Mau tak bahaya kalau kerjanya asyik makan dan makan.Ada je nak makan tu ini.

Apa lagi kalau bukan kerjanya makan dan makan lagi? Ni untuk hari ni umi bekerja.Anak-anak kat umah tu tak boleh la nak mintak apa-apa.Babah pun kerja separuh hari hari ni, jadi takdelah adegan usap-usap tangan umi mintak itu dan ini.Haishh..memang bahaya bila duduk rumah sepanjang pkp ni.

Kesian sungguh kan bebudak ni.Nak keluar tak boleh, nak berjalan pergi mall atau kedai makan pun tak boleh.Yang boleh kat umah tu makan tido jelah kerjanya.Kadang-kadang umi lepaskan jugak bebudak ni main kat tepi rumah ni.Tak pun umi keluarkan dua-dua kereta, biarkan diorang main kat situ.Takdelah sibuk nak keluar.Tapi tulah, berkecahnya bukan main lagi.Tu belum umi bukak pool.Kalau tak, dua tiga kali jugaklah dia nak mandi.

Sudahnya umilah yang banyak membasuh baju-baju budak ni.Tu belum cerita pasal berkecah dalam bilik.Baru beberapa minit umi mengemas bila diorang, berkecah semula.Sampai tahap lantak ko lah nak oiii..

Bab makan jangan cerita, asyik sibuk nak ke kedai beli jajan.Walaupun kat rumah tu kekadang umi dah banyak stock diorang punya makanan tetap nak juga pi kedai.Ataupun bila babah ke kedai, memang panjang lah list yang dia suruh babah beli.

Bab makan ni kan, memang tak berkesudahan tau.Pagi dah breakfast, ke hulu ke hilir tanya makan lagi.Macam tak kesudahan umi korang ni kat dapur.Dan-dan la teringin nak makan donut la, cheese cake la, cheese tart la.

Nasib baiklah ada yang boleh delivery makanan kat rumah.Tapi yang bahayanya tulah, asyik nak mengorder je.Bebudak ni kalau kat rumah, ada je yang teringinnya,Ada satu hari tu, tengahari orang hantar cheese tart.Itu moksu dia yang belikan cheese tart dia.Moksu dia tau kesukaan budak berdua tu.Sekejap je licin

Dalam ada 12 pcs memang sekejap je diorang makan.Petang sikit pulak umi order donut dari seller area pasir gudang.Masyallah memang sedap donut dia.Lembut dan gebu macam dunkin donut weh.Ni umi dah order awal lagi dah.

Masa 1st umi order donut sebab budak-budak ni memang suka makan donut.Korang tengok donut dia kat bawah ni.Memang sedap

Ni untuk 1st order and 2nd order umi order donut sambal dengan bombolini.Umi pernah order bombolini dengan si Suzie dulu.Dia buat pun sedap tau.

Kali ni umi order pulak donut sambal dengan bombolini dia.Bombolini dia tu sedap.Donut sambal pun not bad.Bagi umi sambal dia tu memang sedap.Tapi umi suka donut kampung yang sambal tu dari donut yang gebu macam tu.

 

Kalau donut yang ada topping tu oklah lembut macam tu.Kalau kat kampung umi tu ada seller ni buat sedap betul donut dia.Memang kenalah dengan citarasa umi.Haihh..Tetiba rindu pulak nak balik ke kampung

Rindu dengan mak ayah.Alhamdulillah semalam mak dengan ayah dah selamat mendapat vaksin dos pertama.Happy diorang dah dapat dos tu.Tunggu dos kedua pulak la nampaknya.

Semoga wabak covid-19 ni cepatlah terhapus dari dunia ni.Rindu nak bergathering, rindu nak bercuti.Anak-anak pun dah sibuk dah tanya bila nak bercuti..Eh..kemain bebudak ni nak tido hotel ek..

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *