Bacaan Gula darah normal adalah satu daripada faktor utama yang memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang.Tahap gula darah yang stabil adalah kunci untuk mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan diabetes dan komplikasinya.
Di bawah ini, kita akan meneroka apakah yang dimaksudkan dengan gula darah normal, apa yang boleh mempengaruhi tahap gula darah, dan bagaimana menjaga gula dalam darah dalam keadaan normal.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GULA DARAH NORMAL
Gula darah normal merujuk kepada tahap gula(atau glukosa) dalam darah yang berada dalam julat yang dianggap selamat oleh profesional kesihatan.Tahap gula dalam darah normal boleh berbeza bergantung kepada masa pengukuran, tetapi dalam amalan, ia sering diukur pada waktu perut kosong, biasanya pada pagi hari sebelum makan.
Paras gula dalam darah boleh berada pada tahap yang normal, tinggi atau rendah, bergantung pada jumlah glukosa seseorang dalam aliran darah mereka.
Glukosa ialah gula ringkas yang terdapat dalam aliran darah pada setiap masa. Tahap glukosa darah anda boleh diukur pada bila-bila masa.
Contohnya, apabila seseorang individu berpuasa (pada waktu pagi selepas bangun tidur), sebelum makan, atau selepas makan.
Untuk paras glukosa darah normal orang dewasa yang tidak menghidap diabetes dan tidak makan selama sekurang-kurangnya lapan jam, bacaan yang sepatutnya adalah kurang daripada 100 mg/dL.
Paras glukosa darah normal untuk orang dewasa tanpa diabetes, dua jam selepas makan pula ialah antara 90 hingga 110 mg/dL.
Namun, anda juga perlu memahami bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi paras gula darah sepanjang hari walaupun anda mengikuti jadual bacaan gula dalam darah KKM.Antaranya ialah :
- Jenis, kuantiti dan waktu sesuatu makanan itu diambil
- Aktiviti fizikal
- ubat-ubatan
- Keadaan perubatan
- umur
- Tekanan
- Dehidrasi
- Penyakit
- Senggugut
- Alkohol
Paras gula darah yang ideal untuk sesiapa sahaja tanpa diabetes atau pradiabetes, dan tanpa mengira umur (pada waktu pagi) hendaklah kurang daripada 100 mg/dL.
Ingat, paras gula dalam darah masih boleh berubah-ubah sepanjang hari akibat daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan seperti di atas.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GULA DARAH NORMAL
Tahap gula darah normal seseorang boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti dibawah.
1.Makanan
Diet yang seimbang dan pemakanan yang sihat dapat membantu menjaga tahap gula darah dalam julat normal.Ini termauk mengelakkan pengambilan terlalu banyak gula dan karbohidrat yang mudah dicerna
2.Senaman
Aktiviti fizikal yang berkala dapat membantu mengekalkan tahap gula darah yang normal.Senaman membantu sel-sel menggunakan glukosa lebih efisien.
3.Genetik
Faktor genetik juga memainkan peranan dalam tahap gula dalam darah seseorang.Jika ada sejarah keluarga yang mempunyai diabetes, risiko juga ada pada anda untuk mengalami masalah gula dalam darah mungkin lebih tinggi.
MENGAPA GULA DALAM DARAH NORMAL PENTING?
Menjaga tahap gula dalam darah dalam julat yang normal adalah penting kerana ianya dapat
1.Mengelakkan Diabetes
Tahap gula darah yang terlalu tinggi boleh meneybabkan diabetes.Diabetes adalah penyakit kronik yang boleh menyebabkan komplikasi serius seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan masalah mata.
2.Mengelakkan Komplikasi
Walaupun anda tidak menghadapi diabetes, tahap gula dalam darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti peningkatan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan masalah neurologi.
BAGAIMANA MENJAGA GULA DARAH NORMAL
Untuk menjaga tahap gula darah normal. anda boleh mengambil tindakan seperti
1.Makan dengan bijak
Mengamalkan pemakanan yang seimbang yang mengandungi karbohidrat kompleks.,serat sayur-sayuran, buah-buahan, protein rendah lemak, dan lemak yang sihat
2.Senaman Berkala
Sertakan senaman dalam rutin harian anda.Aktiviti fizikal membantu mengawal tahap gula dalam darah dan meningkatkan keupayaan badan untuk menggunakan glukosa.
3.Pantau Gula Dalam Darah
Jika anda mempunyai risiko diabetes atau masalah gula dalam darah, anda mungkin perlu mengukur gula dalam darah secara berkala dan berunding dengan doktor.
4.Kurangkan stress
Stress juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah anda.Amalkan teknik pengurangan stress seperti meditasi dan senamana yoga.
Tahap gula dalam darah normal adalah kunci untuk menjaga kesihatan yang baik.Ia adalah tanggungjawan kita untuk menjaga bacaan gula dalam darah supaya tidak melebihi dari angka yang sepatutnya.Barulah kita dapat menikmati hidup yang sihat dan bertenaga.
BACAAN GULA DALAM DARAH MENGIKUT UMUR
Bagi mereka yang menghidap diabetes, paras gula darah normal akan berbeza-beza bergantung kepada umur dan masa dalam sehari.
Contohnya jika anda berpuasa, paras gula dalam darah selalunya berada dalam julat sasaran.
Jenis makanan yang dimakan juga akan memberi kesan kepada paras gula dalam darah dengan cara yang berbeza.Makanan yang tinggi dengan kandungan karbohidarat( seperti mee, bijiran dan nasi) akan meningkatkan paras gula darah dengan lebih cepat berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
Tahap gula dalam darah semestinya akan meningkat selepas waktu makan, tetapi akan mula kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa jam..
Dibawah ini disertakan jadual bacaan gula dalam darah KKM yang boleh anda lihat
1.Kanak-kanak kurang daripada 6 tahun dengan diabetes
- Puasa: 80-180mg/dL
- Sebelum makan: 100-180 mg/dL
- 1 hingga 2 jam selepas makan: ~180 mg/dL
- Waktu tidur: 110-200 mg/dL
2.Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun dengan diabetes
- Puasa: 80-180 mg/dL
- Sebelum makan: 90-180 mg/dL
- 1 hingga 2 jam selepas makan: Sehingga 140 mg/dL
- Waktu tidur: 100-180 mg/dL
3.Remaja 13 hingga 19 tahun dengan Diabetes
- Puasa: 70-150 mg/dL
- Sebelum makan: 90-130 mg/dL
- 1 hingga 2 jam selepas makan: Sehingga 140 mg/dL
- Waktu tidur: 90-150 mg/dL
4.Dewasa 20 tahun keatas denan diabetes
- Puasa: Kurang 100 mg/dL
- Sebelum makan: 70-130 mg/dL
- 1 hingga 2 jam selepas makan: Kurang 180 mg/dL
- Waktu tidur: 100-140 mg/dL
Tahap gula darah normal adalah sesuatu yang perlu dijaga bagi memastikan kesihatan yang baik dan kualiti hidup yang optimum. Ia adalah panduan penting untuk mengelakkan komplikasi yang berkaitan dengan diabetes dan penyakit lain.
Dengan pemakanan yang seimbang, senaman yang berkala, dan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi gula darah, kita dapat menjaga tahap gula darah dalam julat yang dianggap normal. Teruskan usaha untuk merawat dan menjaga gula darah anda dengan teliti, kerana kesihatan adalah kekayaan sejati yang kita miliki.