Baby kuning

Assalamualaikum
Dah 3 kali rasanya dok ulang alik klinik minggu ni.baby  NUR AWFIYAH, kena kuning start dari hari jumaat tuari.Kuning yang agak tinggi menyebabkan aku mengambil inisiatif menggunakan cara tradisional untuk mengurangkan kuningnya tu.
Dengan bantuan mak dan MIL, alhamdulillah kuningnya berkurangan dari 13 ke 10 sahaja.Memang dah risau jugak, bila terpaksa ulang alik ke klinik.Doktor pun dah bagitahu, kalau kurangnya tak redha, kemungkinan baby Nur Awfiyah akan dirujuk ke Hospital.
Dengan menggunakan petua lama, alhamdulilla, berkurangan.Aku mengamalkan mandian air daun Belimbing Buluh.Selain dari menjemurkan baby ke matahari pagi, tu yang aku buat sekarang ni.Harap kuningya akan hilang, Kesian, bila setiap kali ke klinik, Pasti kena ambil darah.Walaupun Nur Awfiyah tak meragam, tapi sebagai ibu, aku sangat sangat kesian.
Harap kuningnya akan cepat redha…
Korang tau apa lagi petua petua yang korang amalkan untuk kuning ni…?
Kongsi sikit.

Loading

15 thoughts on “Baby kuning

  1. assalamualaikum kak eda, ada banyak petua. nanti sheila check balik dengan group ya.. semoga baby Fiyah cepat sembuh daripada jaundice… in shaa Allah.

  2. bby kita pun sama jugak…kita bg mndi dgn daun dukung anak…pastu bg susu kambing..dari kuning baby 247 trus turun p 70…tu pun lepas 5x kena cucuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *