Ayuh Audit Diri #1 | Umi kongsikan Himpunan status facebook dari Prof Dr.Muhaya Muhammad dari buku Ayuh Audit Diri.
Nak berubah ke arah kebaikkan, bukanlah senang seperti yang di sangka.Ianya perlukan masa. Apa yang telah berlaku sebelum ni, tidak perlu di pandang kembali kerana ia boleh melemahkan kita.
Nak berubah kena disiplin.Istiqomah dalam perbuatan kita.Berubah bukan untuk dipuji.Berubah kerana Allah swt.Niat kita kenapa kita nak berubah.
Ada beberapa perkara yang kita perlu kita audit dalam diri kita dan salah satu darinya adalah.
Semoga kita mendidik anak-anak dengan akidah yang mantap kepada Allah dan hari kiamat.Sebelum menyuruh mereka melakukan amalan,AYUH, Audit keyakinan kita kepada Allah sebelum kita menyeru kebaikkan kepada anak-anak kita.Ramai dalam kalangan kita yang menyesal atas kecuaian dan kedegilan kita semasa masih muda yang menyebabkan hasilnya dapat dilihat dalam kehidupan kita kini.
Nak berubah kena ada azam untuk berubah.Kena cekalkan hati.Berubah sedikit demi sedikit.Dan audit diri kita sedikit demi sedikit.Lama-lama kita akan terbiasa dengan perubahan.Dan perubahan itu haruslah yang terbaik untuk diri kita.