RESEPI

Ayam Bakar Air Fryer Guna bahan dapur yang ada

Ayam Bakar Air Fryer Guna bahan dapur yang ada

Ayam Bakar Air Fryer Guna bahan dapur yang ada | Gitulah kalau malas nak keluar, guna je apa yang ada kat dapur.Hari tu umi beli extra bahagian paha ayam dua kerat.Saja nak buat bakar-bakar nanti.

Kebetulan si kakak dok sibuk suruh umi buat lagi Ayam Bakar Madu yang selalu umi buatkan dia.Bebudak ni, kalau dapat ayam gitu je pun dah puas.Tak payah makan nasi dah.Dok meratah ayam tu jelah sampai ke sudah.Puas dah umi suruh makan nasi, memang taklah dia nak makan.Makan ayam pun jadiklah kakak.

Bila 1st kejadian dah berjaya buat ayam bakar ala kenny rogers, terus rasa nak buat menu tu sebab anak-anak suka.

Cuma kalau nak sedap ayam bakar ni kena kerap lama sikit.Tapi hari ni, memang tak sampai 15 minit pun umi perap dah terus masuk dalam Air Fryer.Banyak keje lagi umi nak buat,lagipun dok jaga nenek hari tu rasa kelam kabut sikit.Tapi ni alhamdulillah dah ok.

Plan umi sebenarnya nak masak lain, tapi tiba-tiba babah dan nenek request nak makan bubur je, huiii..Senang koje den.Nasi tetap dimasak memandangkan umi masih berselera lagi nak makan..hahaha

Tak berapa nak ngam ler rempah dengan ayam tu.Tapi oklah kan, berasa jugaklah kan.

Nak buat ni mudah je.Lagi mudah kalau guna Air Fryer.Tak payah tunggu lama kat situ.Sambil buat kerja lain, sambil tunggu ayam siap.

Meh follow cara umi buat ayam bakar Madu ni.

RESEPI AYAM BAKAR MADU GUNA AIR FRYER

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inchi halia
  • 2  kerat paha ayam

 

Bahan di atas ni tumbuk sampai halus.Jom tengok bahan perapan lain.

  • 3 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit kunyit
  • 2 sudu madu
  • Sedikit garam

Boleh jugak kalau korang nak letak blackpaper atau apa pun..Semua sedap.Nak letak cili flakes pun ok jugak.Ikutlah nak tambah apa..Jangan yang pelik-pelik dah ler.Resepi ni bagi korang yang nak cepat dan yang sedap kelaparan..hahahah…

Masukkan bahan perap di dalam bekas yang korang letak ayam tu.Gaul sehingga sebati.Kemudian masukkan serai, halia dan bawang putih yang ditumbuk halus.

Gaul sebati dan kemudian korang biarkan dalam 15 minit.Nak sedap kenalah perap lama.

Kemudian masukkan je dalam air fyer dan set suhu 180 selama 20 minit.

Tunggu je bunyi keting….. Maka siaplah ia..

Dah boleh makan macam tu je dengan sos yang sedap tu.Sos apa? ikut suka korang lah nak guna sos ape pun.

So, Ayam Bakar Air Fryer Guna bahan dapur yang ada dah pun siap..Fikir pulak malam nak makan apa..Haishh!!

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(3) Comments

  1. Nampak sedap kejadiannya ayam tu 😘

  2. Sedapnyaaaa.. sedapnyaaaaa!
    Saya dah buat harini guna fryer..cuma perapan beli dah siap perap..hahahaha.. tapi guna suhu 180 untuk 10 minit… then ada sikit part kat dalamtu x berapa masak plak… kena pisahkan dedua bahagian ayam tu…bako semula.. so pasni try ikut setting akak punya lah.. 20, minit… akak kelar kelar sikit tak ayamnya before dibakor tuh?

  3. Bestnye ada air fryer. Kita nak beli pikir x muat dah dapur. Hahahahah. Mampu tengok jela

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *