Awas! Penyegar Udara Berbahaya

Assalamualaikum
Siapa kat sini yang suka wangian dalam kereta..Angkat tangan ye..
Of course la sukakan..Siapa tak suka kereta bau wangi..Daripada baru doyan atau bau kasut hapak..oh tidak lah..
Tapi….Korang tau tak..Enam penyegar udara yang ditemui di pasaraya-pasaraya dan kedai diseluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.
Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.
“Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi,” katanya.
Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.
Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.
Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.
Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.
“Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan,” katanya.
Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.
Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.
Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.
sumber ini aku ambil dari mstar online
So sekarang nie terlalu banyak kita terdedah dari pencemaran..untuk elakkan demikian,Apa kata kita letak daun pandan dalam kereta..Mestilah wangi kan…kalau dalam rumah kita buat bunga rampai..wangi kan…

Loading

16 Comments

  1. what are the brands yg berbahaya to health tu? fae suka jenama Glade.

  2. tak sangka pula kan…bahaya wangian tu

  3. oh!! takutnya, mama guna ambi pur tu pun kalau habis mama biarr je.. hihi..

  4. yumida pakai ambi pur
    x sangka ade kesannya
    aah better pakai pandan la..klo nak elak berbau..letak arang sikit
    org tua2 cakap..arang berfungsi meresap bau

    yumida isi tabung Nuffnang sini…selamat menabung 🙂

  5. Ya…saya lebih selesa menggunakan daun pandan sebagai pewangi kereta, potong kecil2…masuk dalam bekas pewangi tin terpakai. Harummmm…

  6. bahaya dan taka bagus untuk kesihatan

    Hishop satu

  7. Tapi kalau tak letak pula krang busuk plak kereta…suka pewangi dari pioorr

  8. Hmm..kita guna kat kereta…bahaya ni..thanks for info aida..

  9. Lepas ni letak potpuri jer.. Jimat2 pun njimat boleh buat sendiri.. Nak lagi jimat, letak bunga tanjung.. Kompem wangi..

  10. bahaya…

  11. Vee tak pernah suka penyegar udara ;D Vee tak tahan dengan wangi yang kuat, lgpun Vee mmg bukan peminat benda wangi2 nii. Perfume pun takda.. Hihihi.

  12. baru tahu … buat sendiri jer . pas tu pi sembur kat kereta … jgn tanya camna nak buat yer … heheheeee

  13. erkk bahaya ni..dah boleh saman kalau mcm ni..contoh xde kak?? boleh juga alert lepas ni

  14. aiza guna glade.. kena guna yang original la lepas ni.. terima kasih kak bagitahu.. aiza isi tabung kak juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *