Nasi Ambeng Sedap Tapi Tahu Tak Dari Mana Asal Usulnya

Nasi Ambeng Sedap Tapi Tahu Tak Dari Mana Asal Usulnya

Nasi Ambeng Sedap Tapi Tahu Tak Dari Mana Asal Usulnya | Kalau yang suka makan nasi ambeng ni mesti tau asal-usul nasi ni.

Actually umi memang suka nasi ambeng.Rasanya yang paling sedap umi pernah cuba di BBU.Berdepan dengan poslaju tak silap umi.Tak taulah kalau sekarang ni ada lagi ke tidak.

Kalau kat kampung, ada jugaklah pepagi jual nasi ambeng.Not bad jugak rasanya.Tapi tulah, macam dah lama tak makan nasi ambeng ni kan.Kalau zaman kecik-kecik dulu, bila yasinan, ada juga tuan rumah yang menyediakan nasi ambeng.Yang penting mestilah makan dalam dulang.

Baca juga: Sesekali Makan berdulang

Makan berdulang ni boleh hidupkan sunah tau.Especially kalau dapat makan berdulang dengan keluarga kita sendiri.Memang rasa nikmat berkongsi tu.Anak-anak pun suka.

Umi memang dah aim nak makan berdulang lagi sebab bebudak ni pun dah suka nak makan berdulang.

Kali ni umi order Nasi Ambeng dari kawan umi Ct Roha.Pernah beberapa kali juga order dengan dia.Memang tak menghampakanlah.Semua cukup.

Orang kata nasi ambeng ni orang jawa yang buat.Tapi kita tengok dulu betulkah ianya bermula asal usulnya dari orang jawa.Jangan tau makan je tapi tak tau asal usulnya kan.Nasi Ambeng Sedap Tapi Tahu Tak Dari Mana Asal Usulnya.Hah!! meh umi nak cerita.Sumber dari blog iamlejen.

ASAL USUL NASI AMBENG

Sekitar tahun 1890-1900, masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu.Mereka telah memperkenalkan salah satu juadah budaya masyarakat Jawa iaitu Nasi Ambeng ke Tanah Melayu.

Lauk pauk di dalam Menu Nasi Ambeng

Nasi Ambeng terdiri daripada Nasi puith yang dihidang di dalam dulang besar dan dilengkapi dengan lauk pauk seperti ayam ungkep, serunding kelapa, tempe goreng, mee goreng, sambal goreng jawa dan ulam.

Tetapi di zaman sekarang lauk ayam telah dipelbagaikan seperti ayam masak kicap atau ayam goreng.Hidangan ini biasanya di kongsi bersama 5-6 orang.

Hidangan nasi ambeng ini merupakan tradisi semasa mengadakan  kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya oleh masyarakat Jawa.

Ia biasanya dibagi sama rata untuk di bawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga apabila menghadiri sesuatu majlis kenduri.

Nasi Ambeng ini sebenarnya melambangkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat.Tiada perbezaan jenis makanan yang miskin dan yang kaya.

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *