Appointment lagi dengan Doktor

Appointment lagi dengan Doktor | Selagi ada nyawa kan, akan repeat macam nilah selalu.Nak kata bosan, jangan cakaplah.

Tapi demi nak sihat, demi anak-anak umi gagahkan jugaklah ke sini.Kalau tak fikirkan  pasal mereka, memang malas nak pegi.

Dari zaman kecik lagi, umi dan hospital tak dapat dipisahkan.Ingatkan lepas buat operation, akan sembuh sepenuhnya.Tapi siapalah kita untuk melawan takdir kan?

Redha dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.Allah bagi ujian kat kita sesuai dengan diri kita.Sajalah umi nak cerita pasal Penyakit umi ni.

Yelah, penyakit jantung ni adalah penyakit senyap dalam kalangan kita.Bila-bila masa je boleh berhenti bila Allah nak. Kun Fa yakun.

Actually dari umi lahir lagi, doc dah detect ada yang tak kena pada umi.Menurut kata mak, Panjang umur ko! Masa baby kerap sangat demam, pucat, masuk keluar hospital.Sampailah bawa ke doctor, doctor sahkan umi ada sakit jantung berlubang.Masa tu berlubangnya takde lah besar pun.Tapi bila doc suggest operation, atuk pulak tak kasi sebab dia kata kecil lagi.

Itu semua maklah yang cerita pada umi.Umi manalah tau ape-apekan?Sampailah umi sekolah, asyik keluar masuk hospital jelah kerjanya.Nak bersukan tak boleh, nak berlari lagilah tak boleh.Nak aktif macam orang lain tu memang taklah.

Keadaan kuku umi pun sangat berbeza dengan orang lain.Keadaan kuku umi dipanggil Fingger clubbing.Korang google la macam mana gambaran kuku umi tu.Kuku pun sentiasa pucat kebiruan,tak sama dengan orang normal.

Sampailah umi masuk Tingkatan 3, tengah orang sibuk nak exam ko kena masuk hospital.Dan masa tu doktor kata tak boleh nak tangguh sebab takut lagi teruk.

Jadi umi dihantar ke IJN, seminggu umi kat sana, balik semula ke JB.Itu pun naik bas dengan mak je.Sedara mara kat KL memang takde.Yelah, kami dulu susah,Kalau korang yang duduk felda tahun 80 an memang taulah strugglenya hidup kami dulu.

And sebulan lepas tu barulah operation di jalankan.Naik sekolah terus jawab exam je.Takde prepare ape-ape pun.Masa tu memang jujur cakap banyak E jelah.

Sampailah dah habis sekolah,masa tu pun beberapa kali jugak masuk hospital sebab kena gastrik memanjang.Dah naik 20 an tu alhamdulillah, sihat walafiat walau tak boleh lari kijang..hahaha..Takat main badminton, jogging biase-biase tu ok je.Tu yang terus lupa diri takmo dah pi hospital untuk rutin check up.

Berlagak tak ingat yang pernah sakit dan akan sakit semula.Haish!! Sampailah umi kawen and pregnant.HAH!! masa nilah doc ada diagnose ada something wrong somewhere  dekat jantung umi.

 

kecewa!!

 

 

 

tapi tetap kena pasrah bila kena ulang alik klinik dan hospital.Banyak cuti, banyak jugak ponteng sebab penat keje.Nak berhenti sayang.Komitmen pun ada masa tu.Jadi teruskan jugak.Nasib baiklah boss memahami.Appointmnet jangan cakaplah tiap minggu, bulan semua ada..

Sepanjang mengandung, rasa diri ni semua ok, Auni pun duduk dalam perut umi dia sangat baik.Takde meragam apa pun dok dalam perut.Sampailah dia keluar, sangat-sangat mudah nak jaga.Allahuakbar…

Cuma tulah, tak dapat nak susukan dia sampai 2 tahun, badan penat sampai kadang susu pun tak rajin nak keluar.Tapi tetap bersyukur dapat susukan dia sampai 8 bulan.

And lepas dia keluar tu yang umi rasa lain sikit pada jantung ni.Tu yang doc tak suggestkan umi untuk mengandung lagi.And ada beberapa perkara yang umi buat keputusan untuk tak mengandung lagi.

Alhamdulillah, cukuplah menumpang kasih dengan dua puteri umi tu.Tiada lagi kecamanan dan umpatan umi tak boleh beranak.Kalau tak, ada je yang tak kena dengan orang sekeliling.3 tahun kawen tak beranak-ranak lagi.Ingat ni mesin ke, cop ke terus jadi.Apolah.Tapi umi ni malas nak layan sangat dengan jiran-jiran kaki mengumpat MIL ni, kalau dilayan memang ada je yang tak kena.Dia punya cerita tu boleh retak rumahtangga weh!! 

Dah takmolah cerita pasal bab jiran ni,Itu memang lumrah manusia, bila tak mengandung cerita lain, mengandung cerita lain pulak, sampai dah beranak pun dok bercerita.Kan dah terpanjang entry ni.Sebelum korang kebosanan dan terus pangkah blog ni, baik umi stop..hahaha

Nantilah  umi sambung lagi kesinambungan cerita tentang sakit umi ni.Cuma doakan umi diberikan kesihatan yang baik untuk puteri-puteri umi tu.

Terima kasih kerana membaca entry appointment lagi dengan doktor

 

 

Related Posts

2 thoughts on “Appointment lagi dengan Doktor

  1. Ya Allah, dari kecik lagilah umi dah sakit. Tapi Allah tak akan uji hambaNya kalau Dia tahu hambaNya tak mampu hadapinya. Semoga umi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik baik selalu. Semoga Allah permudahkan segala urusan umi. Dan semoga umi sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *