PARENTING

Apa itu Tempoh Nifas Puerperium yang perlu korang tahu

Apa itu Tempoh Nifas Puerperium yang perlu korang tahu

Apa itu Tempoh Nifas Puerperium yang perlu korang tau | Especially untuk ibu yang baru melahirkan anak dan apa risikonya jika kita mengambil tahu tentang perkara ini.

Kita sebagai orang perempuan ni mesti dah tau kan tentang Nifas ni.Tapi ada lagi yang perlu korang tahu pasal Nifas ni dan cara penjagaan yang betul untuk kita jaga selepas bersalin.Sebelum tu kita kena faham apa yang dikatakan dengan tempoh nifas

MEMAHAMI TEMPOH NIFAS

Nifas dalam istilah perubatan adalah Puerperium.Ia adalah tempoh daripada tahap akhir bersalin sehingga sebahagian besar organ ibu kembali ke keadaan prakehamilan

Tempoh ini bermula apabila plasenta dikeluarkan daripada rahim dan berlangsung selama 6 minggu (42 hari)

Walau bagaimanapun, beberapa organ mengambil masa lebih dari 6 minggu, bahkan beberapa bulan untuk kembali kepada keadaan prakehamilan seperti sistem urin(ureter).Ada juga organ yang tidak akan kembali kepada keadaan prakehamilan seperti perineum.

SELEPAS BERSALIN, INI TEMPOH NIFAS SEGERA

Untuk pengetahuan korang 24 jam pertama bersalin dikenali sebagai immediate puerperium dan ia adalah tahap kritikal.

Ini adalah masa di aman rahim anda harus berkontraksi dengan baik.Ia perlu untuk menghentikan pendarahan daripada tapak pelekatan plasenta.Selain itu  tempoh ini juga merupakan permulaan penyusuan dan ikatan.

Pun begitu dalam jangka masa ini juga boleh berlaku banyak komplikas yang boleh mengancam nyawa.

Ini termasuk pendarahan berlebihan yang dialami ibu melahirkan anak, kegagalan jantung dan lain-lain masalah kesihatan. 

Keadan ini umumnya jarang untuk berlaku. Tetapi walaupun dengan kelahiran faraj normal, masih wujud risiko kematian kepada 1 dalam 10,000 wanita.

Risiko ini mungkin lebih tinggi kepada wanita dengan masalah kesihatan sedia ada seperti anemia, darah tinggi atau penyakit jantung. 

Jika kaedah melahirkan anak adalah melalui pembedahan atau bersalin caesarean, risikonya juga semakin tinggi.

Disebabkan itu, kebanyakan ibu yang telah selamat melahirkan anak akan disaran dan dinasihatkan untuk tinggal di hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.

Tempoh puerperium awal

Tempoh nifas ini merujuk kepada hari ke-2 hingga 7, di mana perubahan besar berlaku bermula pada saluran faraj. 

Ini mungkin juga merupakan masa penyesuaian maksimum untuk anda memahami peranan baru bergelar ‘ibu’.

Terdapat banyak perubahan kecil pada tubuh, namun perkara penting yang harus anda ketahui, seperti:

  • Cecair faraj

Berlaku disebabkan penyingkiran lapisan dalam rahim. Selama 4 hari pertama, terdapat pendarahan segar, seperti aliran haid yang berat.

Korang mungkin perlu menggunakan 2 tuala wanita pada satu masa, menukar 3 – 4 kali sehari.

Walau bagaimanapun, jika  berasa sangat berat, atau terdapat gumpalan darah besar terus keluar, maklumkan segera kepada doktor.

Menjelang hari ke-5, biasanya aliran darah akan berkurangan dan mungkin lebih banyak darah berwarna coklat kekuningan. Teruskan memakai tuala wanita.

Pendarahan ini biasanya akan berhenti pada akhir minggu kedua. 

Dalam masa yang sama, penjagaan kebersihan episiotomi penting bagi mengelakkan jangkitan. 

Jika muncul sebarang bau busuk, maklumkan kepada doktor. 

  • Urin

Hari pertama anda mesti kencing sekurang-kurangnya 2 – 3 jam sekali, walaupun sakit pada bahagian jahitan. 

Ini kerana pundi kencing boleh menjadi penuh tanpa anda sedari dan boleh menyebabkan jangkitan.

Pada minggu pertama bersalin, ibu melahirkan anak akan menyedari bahawa kekerapan kencing lebih tinggi. 

Ini kerana tubuh sedang membuang lebihan air dan garam yang tersimpan sepanjang tempoh kehamilan.

  • Najis 

2 hari pertama selepas melahirkan anak, anda mungkin tidak mempunyai pergerakan usus yang baik.

Ia dipengaruhi pelbagai faktor, antaranya anda mungkin tidak makan banyak sebelum bersalin, keletihan dan mengantuk.

Selain itu, kesakitan pada bahagian episiotomi juga boleh menjadi punca yang menyebabkannya.

Sepanjang tempoh nifas, penting untuk anda mengambil makanan tinggi serat bagi mengelakkan sembelit atau najis keras. 

  • Payudara 

Pada hari pertama, anda akan mengeluarkan susu kolostrum – cecair kekuningan daripada payudara.

Menjelang hari ke-3, aliran susu akan semakin meningkat. Ia disebabkan perubahan hormon.

Jadi, pastikan proses penyusuan badan dilakukan secara berkala bagi mengelakkan payudara menjadi bengkak. 

Tempoh nifas tidak normal bagi ibu melahirkan anak

Seorang ibu melahirkan anak berisiko mengalami abnormal puerperium. Ia melibatkan keadaan kesihatan seperti:

1. Hemorrhage

Ditakrifkan sebagai kehilangan darah yang berlebihan semasa atau selepas tahap ketiga bersalin.

Pendarahan awal selepas bersalin digambarkan berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran. 

Pendarahan lewat pula kerap berlaku 1 – 2 minggu selepas melahirkan anak tetapi mungkin juga terjadi selepas minggu ke-6 bersalin. 

2. Jangkitan

  • Endometritis

Pembengkakan pada dinding rahim. Punca keadaan ini biasanya disebabkan oleh bakteria normal faraj atau bakteria enterik (enteric bacteria).

  • Jangkitan saluran kencing

Urinary tract infection (UTI) ditakrifkan sebagai keradangan bakteria pada pundi kencing atau salurannya. 

Patogen paling biasa adalah E coli. Semasa hamil, UTI boleh berlaku berpunca daripada kumpulan B Streptococcus.

  • Mastitis

Dalam tempoh nifas ini, masalah mastitis juga boleh berlaku. Ia didefinisikan sebagai keradangan kelenjar susu.

Simptom yang boleh dialami ibu adalah demam, tubuh menggigil dan bengkak pada payudara. 

  • Jangkitan luka

Jangkitan luka selepas bersalin merangkumi jangkitan pada perineum yang berkembang di tempat episiotomi serta jangkitan pada luka di perut selepas pembedahan C-Sec.

3. Septic Pelvic Thrombophlebitis

Merujuk kepada keradangan vena dengan pembentukan trombus bersama dengan demam yang tidak responsif terhadap terapi antibiotik.

4. Gangguan endokrin

Disfungsi tiroid selepas melahirkan anak boleh berlaku bila-bila masa pada tahun pertama selepas bersalin.

5. Gangguan psikiatrik 

Tiga gangguan psikiatri mungkin timbul dalam tempoh nifas adalah kemurungan selepas bersalin, blues selepas bersalin dan psikosis selepas bersalin. 

Kesimpulan

Selepas bersalin dan sepanjang tempoh nifas, khasnya, adalah waktu sangat ‘rapuh’ kepada ibu melahirkan anak. Disebabkan itu, penjagaan yang rapi diperlukan merangkumi aspek fizikal, mental serta emosi.

Jika terdapat sebarang kebimbangan, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera

Info : Hellodoktor

Alhamdulillah, masa umi hari tu takde banyak masalah dalam proses bersalin dan tempoh berpantang semuanya ok.Cuma tulah, masa melahirkan Auni umi terpaksa ceaserean.So, kena jaga luka tu lebih teliti.

So, korang dah clear kan pasal Apa itu Tempoh Nifas Puerperium yang perlu korang tahu

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *