APA ITU NPD DAN 7 TANDA GANGGUAN TERHADAP SESEORANG

APA ITU NPD DAN 7 TANDA GANGGUAN TERHADAP SESEORANG

APA ITU NPD DAN 7 TANDA GANGGUAN TERHADAP SESEORANG | Tak pernah sama sekali tahu tentang penyakit ni sampailah terlihat satu video tiktok ni yang menghuraikan apa itu NPD

Dan umi rasa ia ada terjadi dikalangan adik-beradik, saudara mara malah rakan-rakan disekelilingi kita.

Ini semua sebab cerita yang umi ada ceritakan di entry sebelum ni tentang ibu kepada seorang bayi yang umi jumpa baru-baru ni.

APA ITU NPD

NPD atau lebih dikenali sebagai Narcissistic Personality Disorder ni mengikut seorang pakar terapi, Rebecca Weiler mengatakan, seperti gangguan mental yang lain, narsistik bukan soal hitam atau putih, tetapi lebih kepada bacaan spektrum.Ia biasanya akan muncul lewat remaja atau awal alam dewasa.

Gangguan Personaliti Narsistik (NPD) ialah sejenis gangguan mental yang dikategorikan khusus dibawah masalah gangguan personaliti.

NPD selalu disalah anggap sebagai keyakinian diri yang tinggi dalam diri seseorang.Walau bagaimanapun, NPD ni sebenarnya lebih self-centered dan tidak mempedulikan orang lain selain dirinya.

Pendek kata ia memang sejenis yang ‘selfish’ tahap ekstremlah.

NPD ni sebenarnya bukan hanya sekadar “pentingkan diri”, malah lebih serius dari itu yang boleh memberi kesan yang negatif kepada keadaan sekeliling termasuk hubungan berpasangan, kekeluargaan, pekerjaan dan antara masyarakat keseluruhannya.

APA ITU NPD DAN 7 TANDA GANGGUAN TERHADAP SESEORANG

7 TANDA GANGGUAN PERSONALITI NARSISTIK(NPD)

#1 SEMUA TENTANG DIA

Pesakit NPD ni mempunyai rasa pentingkan diri yang melampau.Mereka bukan saja berlagak mementingkan diri, malah mereka menganggap mereka ada satu keistimewaan menandingi orang lain.

Mereka tidak suka bergaul dengan orang kebanyakan dan menganggap mereka layak menerima layanan istimewa dari semua orang.

Setiap kali ada peluang, mereka akan bercerita tentang diri dan pencapaian mereka bahkan pencapaian itu selalunya akan ditokok tambah dari perkara sebenar.

Mereka ni percaya semua orang memerlukan mereka dan tanpa mereka orang lain tidak mampu untuk berjaya.

#2 PERLU PADA PERHATIAN DAN PUJIAN

Seseorang yang menghidap penyakit ini selalunya akan buat perkara-perkara yang akan mnenarik perhatian orang.

Jika mereka tidak mendapat perhatian dan layanan yang diinginkan, mereka berkemampuan untuk membuat kecoh dan drama.Merekalah king/drama queen yang berjaya.

Jika mereka tidak mendapat perhatian dan layanan yang diinginkan, mereka berkemampuan untuk membuat kecoh dan drama – mereka ini drama king/drama queen yang berjaya, okay.

Di sini juga kita boleh nampak pesakit-pesakit NPD memuat naik gambar-gambar selfie mereka ke dalam laman sosial dengan sangat kerap kerana mereka inginkan perhatian dan pujian dari kenalannya.

Walau bagaimanapun, hati hati ya, jika ada kawan-kawan kita yang suka memuat naik gambar ke media sosial, janganlah pula kita kata mereka ada masalah NPD. Belum tentu ya.

#3 MENYUSAHKAN ORANG LAIN

Penghidap penyakit NPD juga suka mengambil kesempatan ke atas orang lain seperti menyuruh orang lain membuat kerja mereka tanpa rasa bersalah.

Selalunya, mereka tidak mahu membantu apa lagi membuat kerja-kerja yang mereka anggap tidak setaraf dengan ‘kelayakan’ mereka.

Kalau dalam group work assignment, biasanya merekalah akan menjadi free rider yang berjaya.

#4 MEMPERKECILKAN ORANG LAIN

Sering memalukan dan memperkecilkan orang lain juga merupakan salah satu tanda yang terdapat dalam pesakit NPD, terutamanya jika mereka tidak mendapat penghargaan yang mereka mahukan.

Selalunya mereka mampu untuk memalukan orang lain dalam keadaan terbuka. Dengan berbuat demikian, mereka boleh memperlihatkan kelebihan mereka kepada orang lain.

Perlakuan seperti ini juga boleh mendatangkan masalah untuk mereka mendapatkan kawan kerana kebanyakan orang tidak akan selesa bergaul dengan mereka.

#5 HIDUP DALAM FANTASI

Disebabkan keadaan selalunya tidaklah seindah yang mereka inginkan, mereka berkemampuan untuk mencipta realiti mereka sendiri yang boleh jadi jauh berbeza dari realiti sebenar.

Bukan itu saja, mereka bahkan boleh hidup dalam dunia mereka sendiri, yang kebiasaannya berpaksikan kuasa, kejayaan atau kecantikan mereka.

#6  CUKUP PANTANG MENERIMA KRITIKAN

Jika kita tinggal bersama pesakit NPD, susah untuk kita tegur sikap buruk mereka kerana mereka takkan terima sebarang kritikan atau teguran dari sesiapa sahaja. Mereka akan mengelak atau menyalahkan pihak lain jika suatu perkata buruk terjadi terhadap kerja yang mereka lakukan.

Mereka juga tidak suka mendengar pendapat orang lain, kerana mereka rasa mereka saja yang betul. Haaa! Memang susah untuk bekerja dengan seseorang yang menghidapi NPD kerana mereka mempunyai tahap toleransi yang sangat sangat rendah.

#7  TIADA SIMPATI DAN EMPATI

Selain itu, mereka juga mempunyai masalah untuk memahami kesusahan orang lain. Mereka kekurangan sifat simpati dan empati terhadap orang sekeliling dan kebiasaaannya mereka lebih memilih untuk tidak mengambil peduli tentang keperluan orang lain.

Jadi, ketika orang lain menghadapi kesusahan, jangan pelik jika mereka tidak tersentuh dan tidak ada rasa untuk membantu.

Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan individu yang memiliki NPD ni lebnih berisiko untuk mendapat masalah anxiety, mood dan salah guna dadah.

Tingkah laku individu yang memiliki sikap narsistik juga sering gagal dalam perhubungan intim, kekeluargaan dan profesyen.

Pakar Psikologi juga mengatakan bahawa gangguan personaliti narsistik merupakan antara isu mental yang sangat susah dirawat kerana pesakit kebiasaannya menganggap personaliti mereka bukan suatu masalah kerana ia tidak memberi kesan buruk kepada mereka secara langsung.

Mereka juga sukar menerima kenyataan kerana mereka menganggap gangguan itu merupakan personaliti mereka dan bukannya sesuatu yang perlu dirawat.

Jadi, jika kita atau pasangan kita mempunyai tanda-tanda tersebut, sangat digalakkan untuk kita cari bantuan dan nasihat yang sesuai dari pakar terapi atau psikologi yang berkelulusan.

sumber : sini 

Bila kita lihat tanda-tanda ini ada pada ahli keluarga kita, cepat-cepatlah kita hantar mereka buat rawatan.Pujuk mereka secara elok kerana mereka tidak akan menyerah diri ke hospital semata-mata untuk rawatan sebegini kerana bagi mereka, mereka normal dan tiada penyakit

Umi kongsikan entry ni sebab ia ada berkaitan juga dengan salah seorang ahli keluarga umi.Yang kesiannya bila anak-anak menjadi mangsa.Bukan mangsa dera tetapi mangsa kepada ketidakbertanggungjawab atas anak yang dilahirkan.

Sentiasa betul dalam setiap perkara.Tak boleh terima nasihat orang lain kerana dirinya sentiasa betul.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.