Apa Itu Gerd dan 7 Gejala Yang Dihidapi Pesakit

Apa Itu Gerd dan 7 Gejala Yang Dihidapi Pesakit

Apa Itu Gerd dan 7 Gejala Yang Dihidapi Pesakit | Nampak macam biasa penyakit ni tetapi ia boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit.

Sebelum tu meh umi kongsikan apa itu gerd jika korang tidak mengetahui akan penyakit ini.Mana tau kan punca sakit yang ada pada korang antara 7 gejala Gerd di bawah ni?

APA ITU GERD

GERD ialah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.GERD atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.Dari kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa.Sebab tu kroang perlu tahu tanda-tanda atau simptom GERD ni.

GERD berlaku disebabkan ketidakupayaan injap pada hujung esofagus untuk tertutup dengan baik.Asid yang terkandung di dalam perut kemudiannya akan mengalir masuk ke dalam esofagus dan tekak lalu menyebabkan rasa masam pada mulut.

Gastroesophageal reflux disease anatomy illustration

Masalah asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Walau bagaimanapun, normal untuk kita mengalami masalah pedih ulu hati sekali sekala.Namun, jika kita terlalu kerap mengalami asid refluks atau pedih ulu hati, ini menandakan penyakit GERD.

GERD adalah sejenis penyakit yang serius dan perlu dirujuk oleh pakar.Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius pada masa hadapan.

Jika korang mengesyaki diri korang atau ahli keluarga menghidap GERD, terdapat beberapa tanda yang perlu korang perhatikan.

7 GEJALA GERD YANG PALING UMUM YANG PERLU KORANG TAHU

#1 Pedih ulu hati

Pedih ulu hati merupakan simptom GERD yang paling lazim.Pesakit akan rasa pedih dan sakit yang menusuk pada bahagian tengah dada.

Jika pesakit alami pedih ulu hati kurang dari 2 kali seminggu, ini dikategorikan sebagai GERD sederhana.Jika simptom berlarutan lebih daripada 2 kali seminggu ini merupakan tanda GERD yang serius.

Jadi perlulah dapatkan pemeriksaan doktor jika kita kerap mengalami pedih ulu hati.

Kadangkala, ada yang anbggap sakti dada yang mereka alami sebagai pedih ulu hati sedangkan mereka menghidap penyakit jantung.

#2 Sakit dada disebabkan GERD

Sakit dan pedih pada kawasan dada merupakan salah satu simptom lazim GERD.Selalunya, rasa sakit ini akan mejalar dari kawasan perut, dada dan leher.

Malah, sakit dada juga akan menjadi semakin teruk pada waktu malam.

#3 Rasa masam atau pahit dalam mulut.

Rasa masam atau pahit dalam mulut mungkin merupakan satu tindak balas terhadap sesuatu yang kita makan.

Malah, bukanlah sesuatu di luar kebiasaan untuk kita sendawa sehingga rasa masam atau pahit dalam mulut.

Walau bagaimanapun, jika perkara ini berlaku dengan kerap, ia mungkin petanda GERD.

#4 Makanan terkeluar semula

Pernahkah antara korang rasa ingin termuntah tetapi tak jadi? 

kondisi ini dikenali sebagai regurgitasi makanan.Ia menyebabkan sebarang sisa makanan yang masih belum tercerna naik kembali ke kerongkong.

Kondisi yang sama juga akan menyebabkan kita rasa masam atau pahit pada mulut. Malah, ada juga penghidap GERD yang akan rasa pedih ulu hati dan sakit dada ketika regurgitasi berlaku.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Gastroenterology & Hepatology, hampir 80% pesakit GERD mempunyai simptom ini. Malah, simptom ini juga merupakan salah satu ciri GERD selain pedih ulu hati.

#5 Sukar Menelan makanan

Anda rasa sukar menelan makanan? Jika ya, anda mungkin menghidap GERD.

Kesukaran menelan makanan atau disfagia menyebabkan seseorang itu mengambil masa yang lebih lama untuk menelan makanan.

Disfagia merupakan satu kondisi yang sangat menyakitkan. Malah, ada pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan disebabkan disfagia

#6 Sering sakit tekak atau batuk kering disebabkan GERD

elalu batuk dan sakit tekak walaupun tidak demam? GERD adalah salah satu penyebab sakit tekak dan batuk kering yang tidak diketahui puncanya. Kondisi ini juga merupakan antara simptom GERD yang ramai terlepas pandang.

Malah, mereka yang batuk disebabkan GERD tidak akan sembuh walaupun setelah mengambil ubat batuk atau lozenges. Selalunya, batuk ini akan menjadi semakin serius pada waktu malam.

#7 Simptonm semakin teruk ketika berbaring

Jika korang kerap mengalami pedih ulu hati, kita  pasti sudah tahu bahawa simptom akan menjadi semakin teruk ketika anda berbaring. Malah, tidur juga boleh terganggu disebabkan sakit dada dan heartburn.

Berbaring hanya akan menyebabkan simptom menjadi semakin teruk. Ketika badan kita berada dalam posisi terlentang, graviti tidak dapat membantu menggerakkan makanan dan asid perut melalui sistem pencernaan dengan lebih baik.

Jadi, asid perut akan berkumpul dan menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan perut dan dada. Sebab itulah, penghidap GERD akan kerap sakit dada dan pedih ulu hati ketika berbaring.

Begitulah antara simptom GERD yang perlu korang tahu.Umi ada juga simptom-simptom diatas, tunggu nanti keputusan doktor macam mana.

Lelah dah nak menghadap, tapi apakan daya kan, Allah sebaik-baik perancang.Semoga umi terus kuat insyallah.Nasib baik Thyroid umi masih terkawal.Kalau tak kang, bertambah pulak ubatnya

Harap korang faham Apa Itu Gerd dan 7 Gejala Yang Dihidapi Pesakit.Mana tau kan ada dikalangan ahli keluarga korang yang mengalami simptom di atas.Perit kalau terkena GERD ni.

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.