Antara Manusia,Malaikat Dan Syaitan

Assalamualaikum

Jom baca kisahnya dibawah ni


Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat…..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?


Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. …. (kalau sempatla)


Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ….
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?


Manusia – Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1  Anda – Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan – Tak payahlah sebuk² biar je disini..kalau boleh delete je.

syaitan
sumber : http://www.sinarraudah.com/

Loading

27 Comments

  1. mesti la no 2 🙂

  2. kuatkan hati, tetapkan iman, pasti syaitan laknatullah ini akan tewas….
    salam jumaat kak.. 🙂

  3. syaitan ni memang tak habes2 nak menyesat kan manusia. semoga kita dapat menjauhkan diri dari godaan syaitan

  4. Semoga diri ini dijauhkan dari godaan syaitan..

  5. inilah kojo si syaitan laknatulllah. Ya Allah lindungilah hambaMu selalu ini, kuatkanlah imanku..ameen.

  6. Thanks sharing. salam jumaat akak 🙂

  7. salam jumaat kak.. pilihan terletak pada diri kita untuk memilih ikut kata hati, malaikat atau syaitan..

  8. hehehe nice sharing kak.

  9. nice,
    dh lama x tgk kartun syaitan tu.
    dulu skolah rendah slalu gak jumpa.

  10. Kuatkan iman, ingatkan Allah. Zikirlah sepanjang masa agar di jauhkan dari bisikan syaitan..

  11. nice sharing!!
    hidup kena selalu mengingatkan..inshaAllah..=)

  12. Moga kita terpelihara dari godaan syaitan…amiiin..

  13. betul2 bermakna 🙂
    insyaALLAH akan didiey share di blog dan fb. semoga bermanfaat utk semua

  14. Smoga kita sama2 dapt kuatkan iman utk menepis godaan syaiton ni.

  15. setiap hari kita berdoa agar tidak dibelenggu oleh bisikan syaitan yang menyesatkn. Thanks for sharing kak (^_^)

  16. Kuatkan iman utk jadi benteng dari hasutan syaitan dalam kehidupan kita..

  17. banyak betul yg kena dengan saya nie. hehehe.. ..
    nak-nak yang solat subuh tu. em

  18. sampai kiamat syaitan xkan berhenti sesatkan kita.kuatkanlah iman dalam diri.

  19. kita manusia mempunyai akal..buatlah pilihan yg bijak malaikat atau syaitan..

  20. Assalamualaikum kak. terima kasih untuk peringatan berguna ni. sheila mohon share di fanpage ye. semoga kita tak terus lalai, insyallah 🙂

  21. SEBENARNYA KITA MEMANG TERASA BISIKAN-BISIKAN ITU.. LEBIH-LEBIH LAGI BISIKAN SYAITAN..

  22. Assalamualaikum . akak . terima kasih untuk peringatannya 😀

  23. Semoga kita semua terlindung dari bisikan syaitan yg direjam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *