Anak aktif? Apa perlu kita buat? Bila anak dah semakin meningkat usianya, perangainya juga semakin meningkat.Kekadang tu boleh buat kita sakit kepala.
Nak-nak bila mereka berada di dalam kereta, buasnya macam kat rumah, ke depan, ke belakang.Sampai rasa nak jadi hijau dibuatnya.Sebab tu pentingnya untuk kita ajar anak kita duduk di car seat sedari mereka masih baby lagi.Jadi bila masuk kereta, mereka dah terdidik untuk dalam car seat.
Â
Lagi satu bahayalah kan bila anak berkeliaran dalam kereta.Buatnya ada perkara yang tak diingini berlaku, bahaya juga pada anak-anak.
Begitu juga di rumah ligatnya, aktif semacam je.Kalau diberi main 24 jam pun mereka masih boleh bertahan kan.
Â
Adakalanya bila anak ni terlalu aktif kita kena juga tegur dan nasihat dengan baik.Bukan apa, kalau ke rumah orang, boleh la jugak diorang ni beradab kan.
Â
Anak kecil ni kita kena didik supaya anak kita tak terlalu aktif kan.Masa nilah masa yang  paling tepat untuk kita ajar anak-anak kita.Sebagai ibu bapa,kita selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak.Sebolehnya,kita cuba untuk mencari gali ilmu bagaimana menangani anak-anak yang tentrum ni kan.Nak-nak bila pergi rumah orang.
Tapi itu semua cycle bagi kehidupan seorang kanak-kanak.Mereka membesar dengan meneroka pembelajaran kehidupan.So,kalau kita nak tegah,tak boleh jugak.Letih jugaklah kan melayan keletah anak-anak macam ni..
Â
Apa nak buat ek bila anak-anak kita ni terlalu aktif.Dari pembacaan umi di majalah PAMA,ada diberikan beberapa Tips untuk menangani anak yang aktif ni.
TIPS MENANGANI ANAK YANG AKTIF
#1 Pembesaran dan perkembangan anak-anak juga bergantung kepada ‘Temperament’ mereka.Ia juga dikenali sebagai personaliti.Jadi,tukarlah rasa terbeban dengan keletah anak-anak yang sangat aktif dengan keseronokkan agar kita tida berasa susahnya jaga anak yang sorang ni.
Â
#2 Jangan dimarahi atau dipukuli(kecuali memang anak melakukan kesalahan yang nyata) hanya kerana terlalu riuh rendah bermain atau tidak mahu duduk diam.
Â
#3 Belai anak dengan kasih sayang dan berikan sesuatu yang boleh membuatnya tertumpu kepada satu-satu perkara atau ajaklah dia bermain bersama hingga penat.
Â
#4 Kadangkala oleh kerana kita terlalu menyekat pergerakkannya,itu tak boleh ini tak boleh,menyebabkan mereka tidak puas bermain sehingga mereka tidak mahu berhenti bermain(kerana permainan mereka asyik terganggu dengan kata-kata jangan dan tidak boleh).
Â
#5 Elakkan daripada memukul atau menengkingnya.Jika kita kerap memukul dan memarahinya tanpa sebab,ia hanya akan membuatkannya semakin memberontak dan membuat ragam.
Â
Â
Gambar ni saja je untuk menghiasi entry ini..hahaha…jangan marah
Â
Itu sahaja serba sedikit tips untuk anak kita yang aktif.Kekadang manusia ni diuji dengan bermacam-macam.Ada anak yang elok je nampak, ada anak yang kita tak boleh nak control keaktifannya.
Apa pun jadi ibu bapa ni kita kenalah ada sedikit sebanyak ilmu.Kalau tak tau kita belajar.Kalau tak tau macam mana, kita google je.Sebab kalau di internet tu bersepah pengetahuan yang free yang kita boleh ambil.
Yang penting niat kita untuk jadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.Bukan mudah nak besarkan seorang anak.Inikan pulak yang ada anak lebih dari seorang.
Hanya kita sahaja yang memahami anak kita.Jadi cakna apa sahaja kelakuan anak-anak supaya kita dapat mendidik dan mengajar mereka sedari mereka kecil lagi.
Â
5 thoughts on “Anak aktif? Apa perlu kita buat?”
anak tak aktif saya susah hati.. tapi kalau aktif sangat pening kepala pula.. haha
Satu yg pasti kakak kurang suka ibu-bapa yg suka marah pada anak-anak yg masih mentah tidak tahu lagi. Sebab budak kecik ni kalau kita cakap baik-baik dan puji (kena cari idealah) biasa dia akan dengar. Dah kata pun budak kan..
anak-anak saya memang aktif ..asal mata celik je memang tak reti duk diam! haha
anak tak aktif saya susah hati.. tapi kalau aktif sangat pening kepala pula.. haha
Satu yg pasti kakak kurang suka ibu-bapa yg suka marah pada anak-anak yg masih mentah tidak tahu lagi. Sebab budak kecik ni kalau kita cakap baik-baik dan puji (kena cari idealah) biasa dia akan dengar. Dah kata pun budak kan..
anak-anak saya memang aktif ..asal mata celik je memang tak reti duk diam! haha
Good tips 🙂
Tips yang membantu..