MENGINAP DI AMBER COVE PREMIER SUITES MELAKA

MENGINAP DI AMBER COVE PREMIER SUITES MELAKA | Amber Cove ni terletak di berdekatan dengan Encore Melaka Opera dan Klebang.

Ceritanya, menyambut hari raya hari tu kami decide untuk berhari raya di Melaka.Macam biasalah kan, bila balik Melaka dengan jangka hari yang panjang, memang kami akan menginap di homestay atau hotel budget di Melaka.Antara Hotel dan Homestay yang umi pernah menginap ada di bawah ni.Mana tau korang mencari hotel bajet, atau homestay di Melaka, bolehlah rujuk pengalaman menginap di Melaka ni.

Hah, setakat ini itulah jelah homestay dan hotel budget yang kami pernah menginap di Melaka.Dan masa hari raya hari tu memang kami memilih homestay juga tetapi kali ni homestay yang kami duduk tu ada kolam renang dan perkhidmatan lain.Sangat-sangat selesa dan of course hari raya hari tu tak ramai yang menginap di sini.Jadi anak-anak nak berenang pun tak risau.

PENGINAPAN 4 HARI 3 MALAM DI AMBER COVE PREMIUM SUITES MELAKA

Kami menginap di Amber Cove Premium Suites Melaka ni selama 4 hari 3 malam.Cukuplah untuk kami 2 keluarga bermalam disini.Cuma kami tak dapatlah dapur dan mesin basuh kat sini.Tapi takpelah, itu tak menjadi masalah bagi kami.Sebab nak cari makan area tempat kami menginap tu memang mudah.Tapi hari raya kan, Mcd jelah yang bukak di malam hari raya.

MENGINAP DI AMBER COVE PREMIER SUITES MELAKA

Masuk je pintu tu, korang akan nampak peti ais dan dapur di sebelah kanan.Di dapur ini disediakan:-

  • microwave
  • Kettle
  • Air Fryer
  • pinggan mangkuk,sudu dan cawan

Di bahagian luar tu takde pape pun.Ikut dalam gambar dan facilities yang disertakan di page memang ada washing machine tu.Tapi tulah kan, takde pulak dalam tu rupanya.

Selepas tu disediakan dining table dan juga iron table.Cuma berbahaya je iron jenis macam tu.Boleh murung kalau tak reti guna.Memang habis baju dikerjakannya kang.

Di ruang tamu tu jugak disediakan sofa L shape, meja bulat dan juga tv.Bestnya rumah ni memang fully aircond.

Ada dua bilik dan 2 bilik air.Untuk kali ni umi bagilah abang ipar umi menggunakan bilik utama.Bilik utama ni best sebab boleh lihat pemandangan diluar.

MENGINAP DI AMBER COVE PREMIER SUITES MELAKAAbaikanlah segala yang ada di atas katil tu.Tak sempat umi nak snap gambar diorang dah letak barang-barang atas katil.Toto tu semestinya kami bawak jika kami menginap di homestay.Kadang-kadang orang lebih selesa tidur di toto berbanding tidur di katil.Bilik ni sekali dengan bilik air di dalamnya.

Yang ni pulak bilik kedua dalam apartment ni.Luar bilik ni ada satu bilik air.Jadi tak payah berebut guna bilik air.

Ini ruang tamu dia.Nampak kecik je ruang tamu, tapi depan tu boleh la bentang toto dan tidur disini.Memang cukup selesa bagi kami.Cuma tak disediakan penyapu atau mop.Biasalah kan bila dah duduk berhari-hari mestilah kotor.Nak-nak bebudak ni jenis makan tak hengat dunia.Jadi belilah kami penyapu di kedai RM2 eco yang berdekatan dengan Amber Cove ni.

Itu cerita pasal bilik kami.Ni umi nak cerita pulak pasal tempat-tempat yang ada di Amber Cove ni.Memang family friendly sebab di bahagian bawah di tingkat berapa umi dah lupa ada juga taman permainan dan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.Luas dan selesa sangat.Kemain lah budak berdua tu berendam.

Apa lagi yang ada dekat Amber Cove ni? Of course ada tempat gym.Walaupun peralatan tak banyak tapi memang cukup untuk mereka yang suka work out.Cuma umi tak sempatlah nak berwork out sebab dok perhatikan bebudak ni mandi.

MENGINAP DI AMBER COVE PREMIER SUITES MELAKA

Tengoklah budak berdua tu, pantang umi nak cuba, dia pun nak mencuba jugak.Sudahnya umi tukang amik gambo jelah budak berdua ni.

Berhadapan dengan gym tu pulak ada satu lagi ruang membaca, library.Jadi korang boleh lepak-lepak situ.Kalau korang nak buat makan-makan, berbabeque pun korang boleh buat kat sini sebab di floor yang sama, ada tempat untuk barbeque.

MENGINAP DI AMBER COVE PREMIER SUITES MELAKA

Selesa sangatlah kalau korang nak lepak-lepak kat bawah ni.Banyak lagi peralatan dan perkhidmatan lain yang mereka nak sediakan memandangkan tempat ni baru je naik.Memang jauh sikit dari bandar, tapi serius selesa.

Depan Amber Cove ni kalau dari bilik kami memang nampak Encore Melaka tu.

Hah itu jelah cerita menginap di Amber Cove Premium suites Melaka.Ikut hati lepas ni kalau balik Melaka nak je stay sini lagi.Tapi memandangkan banyak tempat belum kami cuba, jadi mestilah pilih tempat lain pulak kan.Itu jelah cerita kami menginap di Amber Cove Premier Suites Melaka.

 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *