Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast dan merupakan hotel yang strategik untuk pilihan kami sekeluarga.

Kalau ikutkan umi nak terus ke Desaru Coast pada jumaat hari tu tetapi memandangkan ada rakan-rakan umi yang dari jauh tu nak jugak ke sini dan mereka menginap di Amansari Hotel Desaru, maka umi pun plan nak join jugak penginapan di Amansari Hotel Desaru tu untuk 2 hari 1 malam.Oh ya, kat Mana hotel Amansari Desaru ni? Of courselah di Desaru Kota Tinggi.Ini adalah antara Desaru Hotel yang terkenal.Dari highway ke sini dah nampak bangunan tinggi ni tau

Yelah, lama jugak kan tak bawa anak-anak untuk berjalan-jalan dan menginap di hotel.Jadi umi kasi chance lah mereka untuk bersuka ria memandangkan minggu hadapan sekolah dah bermula.Jadi hotel pilihan kami adalah di Amansari Hotel Desaru harga istimewa yang mereka tawarkan pun berpatutan.

Lagi satu sebab umi memilih untuk menginap di hotel Amansari Desaru ni sebab pakej yang disediakan adalah termasuk 2 tiket untuk masuk ke Desaru Waterpark.Yang ni umi nak highlight dalam entry ni.

Ni untuk korang yang plan nak bawak family bercuti ke Desaru la kan, boleh la ambil pakej ni sebab bagi umi berbaloi.Bukan dapat penginapan sahaja malah 2 tiket masuk ke Desaru Coast.Kalau korang ada additional, tak cukup lagi tiket tu, boleh la direct beli masa korang buat tempahan bilik di Amansari tu.Nak tau tak berapa harga untuk additional tiket tu?.Hanya RM45 sahaja ye korang.

Jimatlah RM5 untuk setiap tiket.Kalau korang beli dekat kaunter atau online Desaru Coast, harga promosi sehingga hujung tahun ni RM50 ye.

Jimat dah tu weh!! Boleh tengok brochure yang umi share di bawah ni,

 

Kot korang nak tukar kepada family suite pun boleh tapi lain harga lah kan.

Menginap 2H1M di Amansari Hotel Desaru

So, masa umi menginap di sini, umi dapat tingkat 12 bilik no 2 iaitu bilik untuk family.Umi berlima masa tu.Jadi muat lah untuk kami.

Jom kita tengok bilik yang kami menginap untuk hari tu.Dapat lihat pemandangan pokok-pokok menghijau best gak..

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Sebelum tu wajib bergambar depan receptionist menandakan kami dah selamat sampai kesini.Lobby di Amansari Hotel Desaru ni kira luas jugak dan selesa.

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Ada beberapa kerusi dan sofa di ruangan menunggu.Jadi takdelah korang boring kan.Sesambil tu boleh menonton tv di lobby mereka sebelum urusan check in atau check out selesai.

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Gambar di atas ni adalah ruang tamu untuk bilik Family suite ni.Lengkap dengan heater, meja makan dan juga minuman 2 in 1 ye kat sini.Dan dalam bilik family suite ni terdapat 2 tv iaitu tv di ruang tamu dan juga di dalam bilik.

Di ruang tamu ni ditempatkan satu sofa bed dan juga kerusi.Jadi kalau korang ada anak-anak yang tak muat nak tido katil, boleh la tido dekat sofa bed ni.

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Belum apa-apa lagi budak berdua ni dah landing dekat sofa bed ni.Dia kata selesa lah umi.Malam ni boleh la tido kat sini.Umi ye kan jelah sebab umi tau nak tidur nanti dia dah mengempet kat umi.

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Inilah ruangan bilik tidur yang menempatkan satu katil king.Dan dihujung sana almari berwarna coklat tu lengkap dengan hair dryer, iron/iron board, peti berkunci, hanger dan juga sejadah.Jadi tak risau kalau korang tertinggal tuala ye.Dan pintu warna hitam tu adalah pintu bilik air.

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Kemas dan bersih masa umi masuk hari tu.Oh ya, ada dibekalkan 3 helai tuala dan juga toiletres.Cuma takde berus gigi jelah.Sebab sebelum-sebelum ni pergi hotel ada disediakan berus gigi kan.Jadi bawa ye.Kalau tak bawa pun takpe, korang boleh pi beli kejap di SKS Mall yang tak sampai 5 minit untuk ke sana.Umi pergi ke SKS Mall jalan kaki je wak.Oh ya,dalam SKS Mall tu ada Bowling tau.Kotlah korang rasa bosan memerap kat hotel, boleh la bermain bowling.

Amansari Hotel Desaru Penginapan 2H1M Sebelum ke Desaru Coast

Tu hah tv sebesar-besar tidak.Sebelum lelap mata boleh la layan tv ni.

Actually masa check in tu awal sikitlah sebab petang tu kami dah ke Desaru Waterpark.Tunggu entry umi masa ke Desaru Waterpark tu ye.

Ni kita cerita pasal penginapan umi dulu disini.Sebelum bergerak ke Desaru Coast, kami lunch dulu di Pine Restaurant di Amansari hotel ni.

Walaupun tak banyak pilihan yang ada, tapi umi puas hati sebab masakkan semua sedap-sedap.Memang kenalah dengan tekak umi

Untungnya masa umi masuk sini, tak ramai jadi bestlah dapat jamah semua lauk-lauk yang disediakan.Lepas lunch tu lah kami terus ke Desaru Waterpark.

Untuk sebelah malam pulak kami dinner di hotel sahaja memandangkan kami dah request untuk buat dinner buffet.Actually untuk malam, takde dinner  buffet cuma ada ala cart je.Tapi buat masa ni belum dibuka lagi.Jadi korang yang datang dengan keluarga besar dan ada budget tu boleh la buat buffet dinner kat situ.Nak makan kat luar tu pun takde masalah sebab banyak je kedai makan kat luar tu.

Ni antara buffet dinner yang disediakan oleh pihak hotel untuk kami.Haish!! semua sedaplah walaupun tak banyak menu.Bagi umi ok je.Yang penting sedap.

Geng mak jemah yang ada pada malam tu.Ada lagi yang lain yang dah masuk bilik masa ni.Yelah, memasing dengan anak-anak kecik kan.Jadi bagi chance lah diorang berehat setelah puas bermandi manda.

Borak-borak setelah lama tak jumpa dengan dak-dak JDT Blogger ni.Kemain riuh rendah lagi diorang ni.Ikutkan hati nak mengopi, tapi bila fikir kang malam tak boleh nak tidur, jadi kita minum air masak je..hahaha..

Berjumpa pulak keesokkan harinya untuk breakfast.

Sempat ambil gambar makanan kami je sebab pagi orang ramai.Jadi kita ambil gambar yang ada dekat atas meja tu je.Babah kata omellete dia sedap.Kalau korang lebih dari 2 pax breakfast boleh je tambah.Brekafast untuk dewasa Rm30 dan untuk kanak-kanak dari umur 4-12 tahun RM20.

Lepas mengopi, babah request nak balik bilik dengan anak-anak sementara umi sambung mengopi dengan kawan-kawan.

Penjarakkan sosial jangan dilupa ye.Alhamdulillah semua yang hadir dah cukup 2 vaksin.Jadi takdelah ragu-ragu nak berborak bagai.Berborak sedar-sedar dah pukul 10.Masa untuk packing dan check out pukul 11.30 pulak.

Masa check out tu berwefie kami sekali lagi sebelum masing-masing buat haluan masing-masing

Settle urusan check out dan masa untuk berpisah dengan kawan-kawan umi.Rasa tak puas berborak dengan diorang ni tau.Next time kita plan lagi ea.

Blogger juju, ain, ayesha, napisah,huda dan suzie.Macam tak ramai, sebab tak termasuk lagi dengan husband memasing dan anak-anak.

Bagi umi percutian dan penginapan di sini memang best.Yang penting keselesaan apabila berada di dalam bilik dan sekitarnya kan.

PAKEJ PENGINAPAN DI AMANSARI BESERTA TIKET MASUK DESARU COAST(2 PAX) HANYA RM230

Sekarang ni diorang sedang buat promosi penginapan dan juga tiket masuk waterpark untuk 2 orang hanya RM230 sahaja.Yang bestnya kalau nak tambah tiket hanya bayar RM45 untuk 1 tiket.

  • Superior Room termasuk Breakfast untuk 2 orang
  • 2 Tiket masuk ke Waterpark Desaru
  • Additional tiket RM45

 

PROMOSI SEHINGGA 5 DISEMBER 2021

Boleh tengok jelah youtube umi masa ke sana

antara rakan blogger yang turut serta hari tu..Happening betul

Parking pun senang tau. Habis dah cerita pasal Menginap 2H1M di Amansari Hotel Desaru.Satu pengalaman baru di hotel ni yang berdekatan juga dengan kampung umi.Memang umi recommended sangat untuk korang menginap di sini.

For Reservation

Phone:
+607-828 0200 , 8280200
Email:
Alamat : No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama,
81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, Malaysia.
 
 
Website | Instagram | Facebook 

Loading

5 Comments

  1. Nanti nak gak lerr try tido sini time Laki aku ada keje kat Penggerang, tak payah balik jejauh hehehehe.. Engko rasa tak kopi dia, sedap ke tak? Hahahaha

  2. jujur nya …makanan kat sini sedap sedap ! untuk yg nak cari pakej bajet dan sesuai dgn poket rakyat marhaen ..tapi stil nak bercuti di desaru.. pilih lah amansari !

  3. Yang penting katil beso, makanan sedap dengan view sunrise cantik. Kbai~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *