Amalan Untuk Wanita Ketika Datang Haid

Amalan Untuk Wanita Ketika Datang Haid.Kadangkala bila kita sebagai wanita ni, terbiasa untuk membaca al-quran, membaca surah dan sebagainya, bila datang haid rasa kosong tak tau nak buat apa kan.

Ada sesetengah surah yang kita boleh baca dalam harian kita seperti bacaan Innalillahi wainna ilaihi rajiun pada Surah al-Baqarah, ayat 156, membaca tiga qul sebelum tidur dan selainnya selagi mana ia merupakan zikir ataupun doa, maka ia diharuskan.

Pandangan yang mengharuskan itu merupakan pendapat Imam al-Baghawi dan al-Rafie seperti dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk.

Jadi bila haid banyak benda yang kita terbatas untuk melakukannya sedangkan pada hari tiada haid, kita sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti solat 5 waktu, solat sunat dan sebagainya.Sebab tu bila datang haid kita rasa kosong. Nak buat ibadah lain pun kita rasa was-waskan.

Jadi dibawah ini, umi senaraikan zikir ketika haid yang boleh kita amalkan bagi mengisi kekosongan dalam diri kita tu.

10 AMALAN KETIKA HAID YANG BOLEH KITA LAKUKAN

Untuk mendapatkan hati yang tenang, kita lazimi dengan amalan ketika haid yang dibolehkan seperti di bawah.

#1 Mendengar Bacaan Ayat Al-Quran

Ia dianjurkan untuk kita mendengar al-quran melalui CD, Youtube, atau tafsir al-quran tanpa menyentuh mashafnya.Kita juga boleh mendengar ayat-al-quran sambil membuat kerja-kerja rumah.

2# Membaca Tafsir Al-Quran

Ketika kita datang haid, mari kita ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet dan bahan bacaan rujukan.

Ia bukan saja dapat memberi perspekstif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

3# Ucapkan Zikir

Terdapat banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid iaitu dengan bertasbih, tahmid, takbir, tahlil dan sebagainya.

Paling mudah kita biasakan diri dengan Zikir Fatimah, iaitu Subhanallah(33 kali), Alhamdulillah(33 kali), dan Allahuakbar(34 kali) yang biasnya dibaca selepas solat.

4# Bacaan Al-Mathurat

Al-Mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Al-mathurat di baca pada setiap pagi dan petang.Ada beberapa ayat a-quran yang terkandung di dalam Al-mathurat tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.

5#Berselawat

Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW.Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap baginda.

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas berdasarkan dalil sahih adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)

6# Istighfar

Ambil sedikit masa kita untuk mengingati semua kekurangan diri serta ibadah kita selama ini.Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ ).

Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi setiap hambanya.Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW Bersabda,

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7# Berdoa

Doa adalah antara amalan ketika haid yang mudah untuk kita lakukan.Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.

Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

8# Mengulang Surah yang lazim dibaca/Hafalan

Surah yang lazim dibaca tu bermaksud surah yang menjadi amalan harian.

Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-quran, wanita juga boleh menggunakan masa ini untuk mengulang fahalan tersebut terutamanya bagi pelajar atau mengajar.

Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan, sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan.

Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.

9# Membaca bahan bacaan Agama

Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.

10# Mendengar kuliah

Zaman teknologi sekarang ni semuanya dihujung jari.Banyak je kita boleh search di internet untuk mendapatkan kuliah-kuliah agama.

Namun begitu, usahalah juga untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu kerana ia diibaratkan seabgai taman-taman syurga.Jika ada peluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.

Jadi tiada alasan lagi untuk kita terputus hubungan dengan Allah saat kita datang haid.

Semoga bermanfaat untuk kalian semua

sumber: siraplimau, sinarharian

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *