AMALAN ZIKIR DAN DOA KETIKA MEMASAK|Nak menjaga anak dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar.
Sebagai ibu,tak terkecuali umi,sering dan sangat perlu untuk belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
walau kadang kala kita merasa letih dengan tugas seharian,sedikit sebanyak ilmu keibu bapaan itu perlu untuk kita membesarkan anak-anak kita.Umi tak naklah komen kepada anak orang kerana apa,kerana takut yang diri kita sendiri belum tentu cukup untuk memberi pandangan kepada anak orang lain.Mungkin tidak terlepas seketika untuk memberikan pandangan melalui logik akal kan.Tapi itulah.yang berlaku di zaman sekarang.
Nak membesarkan anak bukan sahaja cara pembesaran dan aktiviti yang dilakukan,malah sebagai ibu,doa adalah yang terbaik dilakukan setiap hari bagi mendoakan kesejahteraan dan kelembutan hati anak-anak.
Mari kita sama-sama buat amalan zikir dan doa ketika memasak ni
AMALAN ZIKIR DAN DOA KETIKA MEMASAK
Doa masuk dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]
Doa Waktu Sukat Beras
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
Doa Buka Periuk
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.
Zikir Waktu Masak
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)
Doa Potong Sayur & Buah
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]
Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]
Doa Simpan Beras
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x
Bukan doa ketika di tikar sejadah sahaja,malah apabila kita memasak pun kita boleh lagi berdoa kerana doa ibu adalah doa yang paling baik untuk anak-anak kan.Dari pembacaaan aku di majalan PAMA,kita harus amalkan 11 doa sewaktu kita memasak supaya anak kita lembut hati,mendengar kata,terang hati dan baik tingkah lakunya.
Moga kita sama-sama amalkan zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh kaum ibu.
“Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Banyak perkara yang kita kena belajar dan salah satu darinya adalah Doa dan zikir semasa memasak.
semoga bermanfaat dan menjadi amalan seharian..insyallah
Memanh selalu zikir je kalau memasak, tapi tu le kekadang setan masuk, 4 dara perginya oii, haaa masukkkkk
Terima kasih atas perkongsian ni kak 🙂