Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansagee Nature

Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansagee Nature

Sekian lama umi tak bercerita pasal produk kecantikkan ni.Untuk entry ni umi bercadang nak bercerita sedikit tentang satu produk dari Korea yang menggunakan ekstrak dari Aloe Vera iaitu Pencuci Muka Aloe Ac Clean Bubble cleanser  dari Hansagee Nature ni lain dari yang lain.

Korang pun tau kan, banyak betul kegunaan dan khasiat dari Aloe Vera.Produk kali ni adalah dari Hansagee Nature iaitu Pencuci muka Aloe Ac Clean Bubble Cleanser.

Dulu pun umi pernah juga beli produk dari Hansagee Nature ni tau.Baca Sini

PENCUCI MUKA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER 

Pencuci muka Aloe Ac Bubble Cleanser ni lain dari yang lain yang pernah umi cuba tau.Seperti yang korang tahu, kalau produk dari Hansagee Nature ni, semuanya diperbuat dari bahan semulajadi tanpa sebarang Merkuri dan sebagainya yang boleh menyebabkan muka kita rosak.Sebab pencuci muka yang umi nak ceritakan ni sesuai untuk semua jenis kulit muka.Pencuci muka ni bebas paraben, bebas sulfat dan alkohol ye.So, sangat selamat digunakan.

Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansagee Nature

Bila kata sesuai untuk semua jenis kulit muka, maknanya ia sesuai sangat untuk korang yang ada masalah dan takde masalah kulit muka.

Dan yang penting Bubble Cleanser ni memang diperbuat dari bahan semulajadi.Di dalam pencuci muka ni terdapat 10 jenis bahan semulajadi didalamnya tau.Apa tu? Jom umi cerita

Didalam gambar ni terdapat 10 jenis bahan semulajadi dan ia adalah aloe barbadensis leaf jucie, tea tree leaf oil, anthemis nobilis flower extract, jasminum officinale extract, lavandula angustifolia extract, mentha arvensis leaf extract, rosmarinus officinalis(rosmery) extract, Salvia officinalis(Sage) leaf extract dan tymus vulgaris (thyme) extract.

hansagee bubble cleanserDan bahan utama dalam pencuci muka ini adalah :-

Aloe Barbadensis & Tree Tea Leaf Oil

Bahan ini adalah bahan utama yang mampu :-

 -Membuang/mengawal lebihan sebum dan minyak di kulit
– Membersih secara mendalam sehingga ke pori wajah
– Menyembuhkan dan mengurangkan masalah jerawat
– Melembapkan kulit
– Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori
 
 
Apa yang  paling penting, pencuci muka ni berbentuk bubble foam.Memang tak sama dengan pencuci muka yang lain yang ada dipasaran.
Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansagee Nature
 
Biasanya pencuci muka lain membersihkan kulit dengan baik, tetapi selepas mencuci muka, kulit akan menjadi sangat kering setelah dicuci.
 
Berbanding dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni yang memberikan kualiti kebersihan kulit yang tinggi, membersihkan liang-liang kulit dengan mendalam.
 
Kulit jadi lembap walaupun setelah dicuci.Menjadikan kulit korang lembut dan melembap.
 

APA YANG UNIK TENTANG ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER NI?

Seperti yang korang lihat dari gambar ni, korang akan nampak pencuci muka ni berbentuk bubble foam(berbuih) lembut dan ringan.Korang hanya perlu basahkan tangan dan pump sekali sahaja dan gosok ditapak tangan.
 
Korang akan nampak buih tu akan banyak dan berair.Tak perlu guna air banyak untuk menghasilkan buih-buih sebegitu ye.Ia menggunakan kaedah Water soft bubble texture tanpa menggunakan penggunaan air yang banyak untuk mewujudkan buih-buih yang lembut tu.
 
 

KENAPA KORANG PERLUKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER NI?

 
Mesti korang nak tau kan apa lebihnya menggunakan bubble cleanser ni dan kulit macam mana yang memerlukan korang menggunakan bubble cleanser ni.Meh umi cerita sikit.
 
Bubble cleanser ni sangat sesuai untuk korang yang mengalami kulit kering, kulit berminyak, berjerawat dan kulit mati.Cara bubble cleanser ni bertindak adalah
 
Kekuatan kulit bersih yang kuat
– Menghilangkan kotoran, sel kulit mati dan alat solek dari kulit korang dengan berkesan.Ia menjaga kulit supaya nampak lebih jelas dan cerah.
 
Kelembapan
-Mungkin korang akan terkejut kerana kulit korang dah takkan rasa kering lagi.Sebab bubble cleanser ni menjaga kulit korang sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak akan dibiarkan kering.Buih yang terdapat didalamnya kaya dengan kelembapan untuk menghalang kulit korang kering.
 
Buang kekotoran dan menutup pori
-Membersihkan jauh kedalam liang pori. Kesan yang sangat baik pada pembersihan solekan korang.Menguatkan liang pori, memberikan penampilan kulit yang lebih sihat.Menghilangkan kekotoran jauh di dalam liang pori kulit.
 
 

5 CARA AC BUBBLE CLEANSER NI BERTINDAK

 
Sebum & Oil Control – Membersihkan pori hingga ke dalam
Kelembapan – Menenangkan kulit sensitif
Gelembung – Kulit lebih menjadi lembut.
Pengelupasan – Membuang sel kulit mati
Pemakanan – Penyempurnaan Pori
Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansagee Nature
 
Gelembung aloe ac yang kaya dan lembap menghilangkan sebum / minyak berlebihan dan kotoran jauh di dalam liang pori, menjadikan kulit kelihatan bersih.Minyak Tea Tree dapat melindungi kulit, menjadikannya halus dan lembap dan segar.
 
 
 

CARA MENGGUNAKAN  MUKA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

 

1. Ambil jumlah buih gelembung yang betul pada tangan yang basah.

2. Urut wajah dengan lembut dengan gelembung ketika anda melakukan gerakan bulat.

3. Basuh muka dengan air suam.

APA PENDAPAT UMI SETELAH MENGGUNAKAN ALOE AC  CLEAN BUBBLE CLEANSER

1stly umi memang suka dengan tekstur bubble ni.Ia juga boleh dijadikan sebagai remover.

Nak travel ke mana-mana, tak perlu bawak banyak-banyak produk.Guna je pencuci muka dari Hansagee Nature ni.Senang kan?And yes, produk ni memang tak mengeringkan kulit muka umi.

Korang yang nak dapatkan produk ni boleh lihat details mereka di bawah

?Brand: Hansaegee Nature
?Website: www.hansaegee.com/shop
?IG page: https://www.instagram.com/HansaegeeNature/
?FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature/
?Youtubepage:https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Loading

1 Comment

  1. Suka pencuci muka jenis bubble ni. Lebih membersih secara mendalam kan. Suka jugak dengan produk yang berasaskan aloe vera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *