Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat.Hanya Guna dua bahan sahaja iaitu Coklat dan badam sahaja

Benda dah ada yang senang, buat apa yang susah dan kalau benda tu buat anak-anak suka.Tak perlu guna oven, tak perlu menguli atau membuat doh, hanya bancuh-bancuh dah siap.

Hah. itulah kejadian bila umi buat badam coklat krup krap masa puasa hari tu.Sampai sekarang anak-anak dok repeat suruh buat lagi.Resepi biskut coklat badam rangup ni dah lama dok viral, tapi baru umi buat disebabkan bahan yang digunakan tu pun mudah.

Nasib baik umi ada dua assistant yang memang bersedia nak membantu umi bila didapur.Jadi takdelah umi penat nak buat sorang-sorang.Cuma penat mulut jelah nak bagi arahan.Biasalah bebudak ni, kalau benda yang dia suka, nak bagi arahan pun diorang buat dono je kan.

[ Baca Juga : Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping Cream ]

So, tanpa membuang masa korang yang membaca, apa kata umi tepek kat sini resepi coklat badam viral guna dua bahan yang umi dah pun berjaya buat dan habiskan dengan anak-anak.Alahai, Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat ye korang

RESEPI COKLAT BADAM VIRAL

Bahan-Bahannya

  • Badam ( umi guna badam yang dah dihiris halus)
  • Coklat Masakan Beryl’s ( beli yang 500 gm)

Cara membuatnya

  1. Bakar badam untuk lebih crunchy.Umi just goreng dalam grill pan tanpa minyak.Kalau korang ada air fryer bolehlah masukkan ke dalam air fryer atau oven dengan suhu 150 selama 20 minit.Tapi ia bergantung kepada air fryer atau oven korang ye.Jenguk-jenguklah selalu kalau taknak dia terlebih crunchy
  2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil
  3. Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak BuatMacam umi ni letak je coklat tu atas pengukus.Settle..Biarkan sekejap lama-lama dia cair lah.Lepas tu biarkan coklat tu cair sekejep
  4. Barulah masukkan badam tu ke dalam coklat yang kita dah cairkanAlmond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat
  5. Kemudian kacau rata sehingga badam tu semua kena coklat tu.Masa ni si Auni dan Awfiyah dah sibuk ambil sudu memasing nak kacau masuk mulut..hahah
  6. Jadilah rata macam gambar kat bawah ni.Lepas tu bolehlah masukkan ke dalam paper cup macam kat bawah ni.Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat
  7. Asisstant umi dok sibuk bantu umi masukkan ke dalam paper cup.Satu sudu masuk dalam paper cup, satu sudu lagi masuk ke mulut.Umi tak kisah pun sebab tau raya kami tahun ni tak didatangi oleh sesiapa pun
  8. Kalau korang takde  paper cup, korang sudukan je bulat-bulat letak dalam dulangAlmond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

Lepas dah settle semua tu, masukkan dalam peti ais dan sejukkan seketika.Barulah masuk dalam bekas.

 

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup

 

Loading

2 Comments

  1. laaa 2 tu jer rupanya yer … senang jugak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *