Ala Carte Menu di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru

Ala Carte Menu di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru

Ala Carte Menu di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru |Sebelum PKPB dilaksanakan hari tu sempatlah umi merasai menu ala carte yang semuanya boleh dikatakan sedap-sedap belaka.

 


Tapi untuk tempoh PKPB ni mereka masih lagi open untuk dinner dan lunch tetapi perlu patuhi SOP yang ditetapkan.Untuk 1 meja hanya boleh memuatkan 2-4 orang sahaja bergantung kepada meja di sana ye.

 

Kalau korang masih lagi takut-takut untuk keluar makan disini pun korang jangan risau sebab korang masih lagi boleh merasai kenikmatan menu-menu hidangan ala carte yang umi akan ceritakan di bawah ni.Jangan risau sebab korang masih boleh “TAKE AWAY” semua menu yang korang tu.Hanya datang dan ambil makanan sahaja.Hah..Itu lagi mudah dan juga selamat kan?

Untuk menu ala carte yang umi dah cuba malam tu, umi pasti korang takkan menyesal tau untuk order menu tu semua.Sebabnya boleh dikatakan yang dihidangkan di “Wan Li Chinese Restaurant” semuanya sedap-sedap belaka.Dan yang paling penting bagi orang islam adalah ianya “HALAL” ye.Dont worry.

Jom umi perkenalkan satu-satu New Ala Carte Menu di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru  yang umi dah cuba dan recommend korang juga cuba.

WAN LI CHINESE RESTAURANT NEW ALA CARTE MENU

Ni yang best umi nak ceritkan.Terdapat banyak lagi menu ala carte yang ada tetapi umi akan ceritakan 10 jenis menu yang umi dah cuba malam tu tau.Dan antaranya adalah :-

Free Range Chicken with Fried Shallot and Black Truffle

Ala Carte Menu di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru

Tengok pun dah sedap apatah merasai kenikmatan tu sendiri kan.Macam ulam la kalau kita orang melayu ni tapi yang menu ni lagi sedap :).Memang sedap tau.Serius korang kena cuba.Korang boleh dapatkan dengan harga RM33 untuk saiz kecil dan RM48 untuk saiz besar.

Glazed Air-dried Beef Fillet with Chilli Sauce

Korang pernah makan satay ikan yang budak-budak tu tak? Sedap kan.Kalau dah sekali masuk mulut mesti nak lagi kan? Hah..macam tulah dengan umi.Asyik la dok sedap meratah menu ni.Untuk Glazed Air-dried Beef Fillet with Chilli Sauce korang boleh dapatkan dengan harga RM38 untuk saiz kecil dan RM52 untuk saiz besar.

Wok-fried White Bait with Spicy Crispy Garlic.

Kalau nak sedap korang campur dalam nasi goreng kat bawah ni dan makan sekali.Serius sedap weh! Untuk menu ni korang boleh dapatkan dengan harga RM30 untuk saiz kecil dan RM40 untuk saiz besar.

Double-boiled Silky Fowl Soup with Dark Garlic King, Conpoy and Vegetables.

Kalau korang yang selalu pergi ke restoran cina akan jumpa kot menu ni.Kalau korang peminat Double-boiled Silky Fowl Soup with Dark Garlic King, Conpoy and Vegetables ni boleh la order.Untuk harga ni hanya RM28 sajo.

Stir Fried Prawns Fritter with Curry Butter Milk Sauce.

Paaling pebret antara semua menu yang ada..hahaha..Udang memang besau weh! Lagi satu Stir Fried Prawns Fritter with Curry Butter Milk Sauce ni pedas tau.Kalau korang yang jenis suka makan pedas bolehla order menu ni.Tapi sangat-sangat recommend.Untuk harga Rm58 untuk saiz kecil dan RM88 untuk saiz besar.

Wok-Fried Australian Wagyu Beef with Foie Gras and Asparagus

Siapa peminat Wagyu??? Hah.. boleh cuba menu ni.Tapi bukan setakat wagyu je tau.Korang yang tak pernah rasa Foie Gras pun boleh cuba menu ni.Jarang menu yang ada Foie Grass dekat Malaysia ni.

Umi pernah nampak Foie Grass ni masa tonton cerita Korean PASTA je dulu.Foie Grass ni mahal tau.Umi cuba jugaklah Foie Grass ni rasa macam mana kan? Rupanya foie gras ni dari hati itik.Uih tak pernah rasa sebelum ni.hahaha..jakun sekejap.

Untuk harganya pula saiz kecil berharga RM178/100 gram dan saiz besar RM288/200gram.

Grilled Lamb Rack with Homemade Pineaple Barbecue Sauce

Kalau menu ni babah mesti suka ni.Tapi apa kan daya dia tak ikut..hahaha…Habis sepinggan untuk meja umi.Grilled Lamb Rack with Homemade Pineaple Barbecue Sauce berharga RM65 sahaja ye.

Fragrant Fried Chicken with Dried Chili, Garlic and ‘Szechuan’ pepper.

Sedap ni.Umi dok meratah je menu ni tau.Untuk harga pula korang boleh dapatkan dengan RM26 untuk saiz kecil dan RM44 untuk saiz besar.

Fragrant Fried Rice with Conpoy, egg white, garlic crisps and Beet Root Joice.

Tak pernah sangka kan Beet Root Juice boleh campur dalam nasi goreng.Eh! selalu orang buat juice je untuk kesihatan.Jadi kalau makan nasi goreng letak beet root ni boleh sihatla kan..heheehe..Gurau sis..

Sedap!! sangat tau.Kalah nasi goreng kampung uolss..Umi nak cuba kat rumah la agak-agak menjadi tak nasi goreng tu.Kalau tak jadi nampaknya kena makan dekat Wan Li Chinese Restaurant ni jelah..haha.Harganya pula RM37 untuk saiz kecil dan RM55 untuk saiz besar.

Oklah..Selalunya bila dah mengadap complete menu, mestilah kena ada pencuci mulut kan.

Chilled Mango Puree and Pamelo and Homemade Custard Burn

Serius pencuci mulut ni memang sedap sesangat tau.Licin licon umi kerjakan..Tapi takkan umi lapar lagi sampai habis licin..Eh tak!! Sebab sedaplah..rugi kalau tak habiskan.Cuma pau je umi tak dapat habiskan sebab perut dah terlalu full…Untuk pencuci mulut ni hanya RM22 sahaja.

Hah itulah antara menu yang korang boleh dapatkan dalam New Ala Cart menu di Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Hotel Johor Bahru.

Menu Ala cart boleh tengok di sini ye : http://bit.ly/WLAlaCarte

Umi ada lagi satu berita yang best untuk share dengan korang.Bila korang makan di Wan li Chinese Restaurant dari 11.11 sehingga 12.12 korang boleh dapatkan menu ala carte di sini dengan harga diskaun sebanyak 20% offer tau..Best ke Best!!

Untuk korang yang nak menempah untuk makan disini umi sertakan details untuk tempahan ye.

book via : – http://bit.ly/TableAppWanLi

contact us at +6073813388 OR

WhatsApp at :- https://wa.me/60187800787

#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable

Loading

7 Comments

  1. Terliur udang buttermilk tu..nampak sedap! feveret satu family tu..

  2. Terasa-rasa kesedapan nasi goreng dan mango puree tu haaa…aishhh macam nak pi makan layan sengsorang ajeee…

  3. sedapnya chinese food. k.azni pun suka sungguh. selalu pi cari makanan yang chinesse food halal dekat sini jugak. esp bila dah bosan makanan melayu

  4. sedapnya pencuci mulut tu, bolehla pergi makan ada diskaun tu 20%. sesekali makan besar macam ni memang puashati

  5. Sedap-sedap menu dia, terliur tau! bila nak habis PKPB ni nak jalan-jalan dan nak jjcm sekali… hu hu hu

  6. kak pip suka chinese food, pasal lebih sesuai di tekak kak pip,
    rasa masakan dorang selalu light, tak pedas sangat dan sedap.
    tapi kenalah cari yang halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *