drama aku yang kau sakiti

Drama Aku Yang Kau Sakiti (TV3) Sinopsis

Drama Aku yang kau sakiti telah menemui Penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 1 ogos 2023, setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 10 malam.Drama yang diarahkan oleh Riza Baharuddin menampilkan pelakon seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Yasmin Hamid dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.

aku yang kau sakiti

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Watak Pelakon 

Rita Nadira sebagai Amanda

Redza Rosli sebagai Raykal

Zamarul Hisham sebagai Tuan zaki

Fify Azmi sebagai Bella

Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin

Jasmin Hamid sebagai Mak su

Iman Suhana sebagai Sara

Syazwan Zulkifly sebagai Faris

Natasya Mahyan sebgai Cika

Anies Hann sebagai Mia

Ain Yasmin sebagai Suzana

Lagu Tema(OST)

Lagu: Buat Ku Setia

Penyanyi : Syah Putra & Hariz Fayahet

Lirik & Komposer : Firdaus Rahmat, Naim Daniel

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.