Aktiviti Persepsi Visual Bersama Naura

Aktiviti Persepsi Visual Bersama Naura

Aktiviti Persepsi Visual Bersama Naura | Settle kerja sekolah kita buat pulak aktiviti yang menguji minda.

Umi suka kalau cikgu-cikgu share benda-benda yang boleh menguji minda.Bila tengok latihan ni, nampak mudah, tapi kena fokus barulah dapat jawapannya.Kalau hilang fokus dapatlah jawapan yang salah.

So, umi print untuk bebudak ni buat. Korang pernah dengar tak pasal Persepsi Visual.Nak tau tak apa itu persepsi visual dan kenapa ianya perlu?Lagi-lagi ianya untuk anak-anak.Aktiviti persepi visual bersama Naura ni umi selitkan sekali dengan PDPR dia.Jadi dia takdelah bosan kan?

[ Baca Juga : Wakti Terbaik Menghafal sifir ]

Ini apa yang umi baca perkongsian dari Teacher Hanizah iaitu salah seorang dari ejen Mommyhappy.Umi suka follow dia sebab dia suka berkongsi tentang aktiviti dengan anak-anak ni.Kalau korang nak join boleh klik Link ni.

APA ITU PERSEPSI VISUAL

Kemampuan persepsi visual adalah satu proses kognitif penting di mana anak menyerap apa yang dilihatnya, kemudian menganalisa input yang dilihat tersebut dan diterjemahkan dalam bentuk kemahiran motor.

KATEGORI PERSEPSI VISUAL DIKALANGAN ANAK-ANAK 

Menurut terapis kemampuan persepsi visual anak terdiri dari beberapa kategori, iaitu:

1- Diskriminasi Visual

Kemampuan mengenali dan membuat perbandingan sifat sesuatu benda samada ianya sama atau berbeza dengan benda lain.

Contohnya: Membezakan huruf P dan R atau mencari pandanan stokin bersaiz sama tetapi berbeza corak.

2- Visual Figure Ground

Kemampuan mencari sesuatu dalam latar belakang yang penuh atau padat.

Contohnya: Mencari krayon warna hijau di antara mainan lego atau mengenali baju bercorak polkadot di dalam almari yang penuh.

3- Memori Visual:

Kemampuan mengingat sesuatu yang pernah dilihat.

Contohnya : Mengingati cara atau arah untuk membentuk huruf atau membayangkan penjelasan guru ketika menjawab soalan.

4- Pengurutan Visual (Visual Sequencing)

Kemampuan membezakan urutan simbol, huruf, atau perkataan.

Contohnya menulis kembali gabungan sukukata yang dilihat di papan tulis tanpa keliru susunan hurufnya.

5- Visual Closure 

Kemampuan mengenali atau mengagak bentuk sesuatu objek, huruf, atau gambar walaupun hanya melihat sebahagian dari bentuk penuh.

6-Kesedaran Ruang Visual 

Kemampuan memahami posisi dan hubungan sesuatu objek dengan objek lain.

Contohnya: Menjarakkan satu perkataan dengan perkataan yang lain, memahami peta dan grafik berlainan dimensi.

7-Koordinasi Motor Visual

Disebut juga sebagai integrasi motor visual, iaitu kemampuan untuk menghubungkan maklumat yang dilihat mata dengan gerakan yang diakukan oleh bahagian tubuh lain. Misalnya bermain tangkap dan membaling bola.

Kalau tak fokus memang tak dapat jawapannya.Seronok pulak umi tengok diorang ni buat.

Kata Teacher pula, kemahiran visual persepsi ni boleh dilatih dengan banyak cara.Nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita kena usaha sikit kan.

Umi suka kalau diorang buat aktiviti dengan buku maze ni.Korang kena dapatkan buku ni tau sebab ia bukan sekadar buku.Apa yang bestnya buku maze ni?

APA YANG BESTNYA LITTLE MUSLIM MAZE BOOK 

Perasan tak korang? Bila dah dewasa ni pun kadang-kadang ada antara kita cepat stress bila ada problem. Semua org ada problem masing-masing. Cuma cara kita ‘handle’ dan ‘solve the problem’ tu yang SANGAT penting

Lepas banyaaaak research dibuat, ‘problem solving skills’ ni sebenarnya lagi bagus kalau kita dpt terapkan sejak kecik tau mommies. ‘Alah bisa, tegal biasa’ orang-orang dahulu cakap 

Penyelesaiannya, kita perlu tolong anak-anak kita dengan menyediakan aktiviti utk tingkatkan problem solving skill ni. Antaranya adalah, selesaikan MAZE! HA..

Buku LITTLE MUSLIM MAZE BOOK ini sangat bagus dan bermanfaat. Kali ni kami bawakan julung-julung kalinya Islamic Maze Book utk anak-anak mommies belajar tentang:

 Rukun Islam
 Rukun Iman
 Tiga masjid penting dlm Islam
 Bulan-bulan Islam
 25 Rasul
 Prophet Muhammad’s companion
 Prayer times
 Step of wudhu
 Alif ba ta
 Arabic numbers

Buku ni boleh tulis dan padam.Jimat sangat .Boleh share dengan adik beradik yang lain.Umi dah dapatkan dua set untuk adik dan kakak.

Kanak-kanak ni sukakan cabaran.Jadi kita cabar sekali otak diorang ni supaya lebih aktif.Tak gitu?

So, seronokkan Aktiviti Persepsi Visual Bersama Naura ni..Boleh cuba worksheet yang lain lepas ni

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *