Aktiviti Fonik Kenal dan Sebut | Extra aktiviti umi cuba buat di rumah untuk bantu Naura kenal dan boleh sebut dengan betul huruf-huruf fonik
Kat sekolah, memang Naura menggunakan kaedah fonik.And sebelum masuk Tadika lagi umi memang nak carikan dia tadika yang mengajar fonik pun.Umi jatuh cinta dengan kaedah fonik masa kenal cikgu azleen di facebook. Terus ke seminar yang Cukgu Azleen anjurkan
[Baca Sini : Umi di Seminar Kaedah Mengajar Membaca dan Kaedah Fonik Gabung Bunyi]
So, bila masuk persekolahan, dia dah tau jugaklah sikit-sikit pasal fonik.Dulu umi kerap bukak lagu Abu Ada Ayam tu.
So bila dah beberapa bulan sekolah, dia dah pun masuk ke buku 2.Bila masuk buku 2 ni, kadang-kadang dia lupa apa yang diajar pada buku satu.Contohnya bunyi Na, Ni Nu. Kadang dia ingat, dan kadang tu jenuh pulak umi nak bukak balik buku 1 untuk dia hafal.
Nak ajar anak pandai cepat baca kan, kenalah struggle sikit.Balik rumah, lepas siap homework, umi ajak dia baca balik mukasurat yang dia dah baca kat sekolah.Kalau tak disuruh baca balik, memang ke sudah takmo baca.
Umi bernasib baik sebab ramai kawan-kawan umi cikgu yang mengajar prasekolah, umi mintak advise dari mereka macam mana nak suruh Auni ni cepat faham apa yang dia ajar.Yes..Aktiviti.Walau buntu umi nak buat aktviti dengan dia, tapi umi gagahkan jugaklah mencari contoh-contoh BBM yang ramai cikgu share di group-group BBM tu.
So, jom tengok apa aktiviti umi dengan dak Auni malam tadi.
Umi print bunyi-bunyi fonik seperti B,N,M,S dan A, I U ni dan gunting kecil-kecil macam ni.Lepas tu untuk bunyi a,i u pelbagai warna umi masukkan ke dalam bekas macam kat atas tu.
Lepas tu bunyi-bunyi atau huruf konsonan nama dia tak silap umi, umi tampal dalam buku. So, umi buka buku bacalah anakku dan suruh dia cari bunyi huruf vokal dalam bekas tu,So tak kisahlah kan warna apa pun.Memang umi buat warna warni supaya dia lagi ada semangat nak buat aktiviti macam tu.Sambil dia tampal sambil suruh dia hafal.
Bila dia dah naik syeh!! eh..entah ek, betul ke tak eja naik syeh tu.Nak buat aktiviti tu semakin seronok, siap untuk huruf N umi suruh dia berhenti dan sambung esok.Kemahin dia nak buat lagi, tapi kena berhenti waktu dia tengah ada mood nak buat.Jadi dia tak bosan nak buat aktiviti untuk keesokkan hari nya.
Itulah aktiviti yang umi buat dengan dia untuk memantapkan lagi daya fikiran dia supaya tak lupa bila cikgu ajar gabungan bunyi yang lain.Makin bertambah ayat dan gabungan, jadi tu yang kalau dia tak boleh nak hafal yang pendek-pendek, macam mana nak buat yang panjang-panjangkan.
Nanti umi share lagi apa bentuk aktviti untuk dia.Jomlah kita cari sumber aktiviti lain lagi.
menarik tips kena berhenti time dia tengah syok nak buat tu…ye la, nanti takut dia bosan pulak kan…good idea