AKTIVITI BUAT PELANGI GUNA PLASTIK BUBBLE WRAP | Lama betul umi tak share tentang aktiviti homeschooling di rumah musim PKP ni
Banyak je aktiviti dengan budak ni, cuma umi kadang-kadang malas nak pegang phone depan diorang ni.Nak-nak si adik tu, pantang umi jengah handphone, terjengul kepala dia dok sebelah.Sejak PKP ni, umi banyak WFH, jadi bolehlah pantau diorang ni kurangkan tengok gadget dan tv.Jadi kenalah rajin buat aktiviti homeschooling di rumah bila waktu cuti sekolah ni.
Jadi, untuk musim PDPR ni, kena banyakkan bagi latihan kat kakak dengan adik.Si kakak ni kalau bab membaca memang dia payah sikit, tapi kalau buat latihan, main Bank Perkataan.Korang boleh refer entry tu untuk lihat macam mana cara main bank perkataan tuDia memang sukalah mainan macam ni.As long as dia suka nak buat dan ini cara untuk dia pandai membaca, umi redho jelah..Yang tak best mesti nak main denga umi..Nampaknya umi takde chance lah nak buat kerja lain.
[ Baca Juga : Mewarna bekas telur ]
Untuk meningkatkan motor halus diorang ni, umi banyaklah refer group-group homeschooling dan tiktok momycraft tu.Memang banyak aktiviti motor halus yang diorang buat.
Korang boleh cari senarai aktiviti motor halus kanak-kanak di fb mahupun google.Untuk entry ni umi nak cerita tentang macam mana nak buat pelangi guna bubble wrap ni dan tekapkan dekat kertas lukisan.
Cuma aktiviti ni mak pak kenalah tahan sabar ye.Haishhh bukan aktiviti ni jelah, banyak lagi aktiviti dengan anak-anak ni memang perlukan kesabaran yang tinggi..betul ta?
Bila melibatkan aktiviti yang menggunakan water colour ni, memang perlukan kesabaran.Pantang lepa sikit dia dah warna tempat lain.Sampai lantai umi pun dia nak warnakan jugak.
sabar ye…
AKTIVITI BUAT PELANGI GUNA PLASTIK BUBBLE WRAP
Jom kita tengok aktiviti buat pelangi dengan budak berdua n.Nasib baik umi ada lebih bubble wrap kat umah.Jadi umi potonglah sikit untuk mereka.
Bahan yang diperlukan untuk buat pelangi
- Bubble wrap yang dah siap lukis macam kat atas ni
- kertas lukisan
- Water colour
- Berus colour
Warnakan setiap ruang tu dengan warna-warna pelangi macam kat bawah ni
Hah..Warna macam nilah..Ataupun ikutlah korang nak letak warna apa.Umi ok je diorang nak warna apa pun.Cuma umi cakap dengan budak berdua ni nak buat pelangi.Jadi dia tau lah kan warna-warna pelangi tu apa
Umi buat garisan tu siap-siap supaya senanglah diorang nak warnakan kan?Kang kalau tak buat macam tu tak taulah jadi apa.
Kakak dah start mewarna kedua lapisan tu.Adik belum tentu lagi.Haishh..entah mana pi gambar adik yang umi amik tu.Patut ler adik selalu jeles sebab umi rajin amik gambar kakak.Sebab apa kakak, sebab kakak pandai posing.Dia tau gambar macam mana yang umi dia nak..hahaha..Kalau adik selalu sangat merajuk sebab dia ingat umi suka lebihkan kakak.
Siap dah rainbow kita ni.Tapi make sure jangan sampai warna tu kering.Kang kalau kering memang tak melekat lah warna dia dekat kertas lukisan.
Lepas tu dah boleh tepek dekat kertas lukisa.Jadilah macam dekat bawah ni

So dia akan jadi macam ni.Lepas tu korang ambillah marker untuk buat garisan antara warna-warna tu.
Hah..Siap dah aktiviti membuat pelangi menggunakan bubble wrap tu.Settle..Tu pun dok request nak buat lagi.Tapi umi cakap sekali je.Lepas ni buat yang lain pulak.
Kakak dan hasil lukisannya.Siap tampal kat dinding.Kita tengok berapa lama boleh bertahan lukisan tu ditampal di dinding.
idea yang simple tapi memang menarik buat aktiviti mcm ni. anak-anak mesti suka