Akibat Stress Punca Rambut Gugur Dan Botak

Akibat Stress Punca Rambut Gugur Dan Botak

Akibat Stress Punca Rambut Gugur Dan Botak.Itu salah satu punca yang kita dapat bila kita stress.Stress boleh jadi punca kepada banyak masalah pada tubuh badan kita.

Terdapat kaitna yang mungkin agak jelas di antara masalah psikologi dengan masalah fisiologi dan ia akan mengakitbatkan perubahan drastik pada tubuh badan.

Umi mengalami rambut gugur yang teruk walaupun dah jumpa ubat yang boleh membantu umi untuk mengelak dari masalah tu.

Kalau kita tak kawal stress dan tak kawal pemakanan, masalah rambut gugur akan berterusan.Nak-nak bila kita tak kawal stress yang kita hadapi.

Tapi bagaimana rambut boleh gugur dan botak akibat stress? Jom baca artikel dibawah ni

KAITAN ANTARA STRESS DAN MASALAH RAMBUT

Menurut sebuah kajian, jumlah individu yang cenderung untuk mengalami masalah rambut seperti keguguran dan botak akibat stress adalah sekitar 67 ke 97%.

Untuk lebih tepat. jenis stress yang dimaksudkan itu adalah stress psikososial di mana individu akan mula berasa terancam atau tertekan dengan lingkungan sosial mereka.

Contoh situasinya adalah ketika seseorang individu itu mula berasa sakit hati atau iri hati terhadap orang disekeliling yang lebih berjaya berbanding diri mereka sendiri.

Stress jenis ini kemudiannya akan beri kesan buruk terhadap tubuh badan kita khususnya kepada rambut sekali gus menyebabkan masalah rambut gugur serta botak.

Dalam erti kata yang lebih mudah, masalah rambut adalah antara akibat stress yang sebenarnya mungkin boleh dicegah atau dielak asalkan kita tahu cara untuk awal emosi.

BAGAIMANA STRESS BOLEH BUAT RAMBUT GUGUR DAN BOTAK

Untuk pengetahuan korang, stress mungkin boleh menjadi punca masalah rambut dalam 3 cara yang utama.Berikut adalah penjelasan yang lebih lanjut tentangnya:

#1.Alopecia areata

Alopecia areata merupakan kondisi berkaitan penyakit autoimun yang menyebabkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala lantas mengakibatkan masalah rambut.

Ia bukan sahaja boleh menyerang kulit kepala namun juga kawasan kulit lain yang penuh dengan rambut atau bulu seperti tangan, kaki atau ketiak

Masalah keguguran rambut yang boleh dicetuskn oleh stress ini biasanya akan bermula dengan pola kecil dan agresif serta berakhir dengan kebotakan rambut total.

Selain stress, masalah ini turut didalangi oleh genetik di mana ibu bapa dengan kondisi sama juga mungkin akan mengakibatkan si anak mengalami keadaan yang sama.

#2 Telogen efflivium

Telogen effluvium merupakan kondisi berkaitan gangguan pada sistem siklus pertumbuhan rambut yang akan menjejaskan kadar rambut tumbuh atau keguguran normal.

Kebiasaannya, individu mungkin akan kehilangan sekitar seratus helai rambut dalam masa sehari namun stres adalah punca jumlah ini bertambah dengan lebih banyak.

Selepas rambut itu gugur, proses untuk menggantikannya akan berjalan seperti biasa. Namun masalah emosi adalah punca proses ini tidak dapat berjalan dengan baik.

Selain daripada stres, masalah emosi lain yang juga boleh jadi punca permasalahan rambut ini adalah kemurungan, kegelisahan atau lain-lain gejolak emosi dalam diri individu.

#3 Trikotilomania

Trikotilomania merupakan kondisi berkaitan tindak balas di antara psikologi dan fisiologi di mana individu cenderung menarik dan mencengkam rambut mereka sendiri.

Situasi ini mungkin akan berlaku angkara stres sehingga menyebabkan mereka merosakkan rambut sendiri, sekali gus mengakibatkan masalah keguguran dan kebotakan.

Adakah masalah kehilangan rambut ini akan kekal?
Berita baik buat anda, masalah kehilangan rambut akibat stress ini mungkin tidak kekal dan rambut boleh tumbuh semula asalkan kalian mampu untuk mengawal emosi diri.

Jika anda sudah terlambat pula, anda masih boleh menjalani perawatan seperti penanaman rambut di kulit kepala atau penggunaan sebarang tonik yang telah diperakui.

Jika anda perasan bahawa masalah rambut yang didalangi faktor emosi ini makin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut.

CARA ATASI STRESS DENGAN PANTAS

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, kita perlu kawal emosi untuk elak rambut gugur atau botak dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Kita mungkin perlu mendapatkan rehat dan tidur yang lebih cukup untuk emosi lebih sihat. Sekitar 7 ke 8 jam sehari adalah waktu istirehat yang paling ideal.

Kemudian, kita juga perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan nutrisi yang penting dalam diet sehari-harian khususnya mengambil sumber protein dengan secukupnya.

Ini kerana rambut itu dihasilkan daripada sumber protein keratin. Dalam usaha menumbuhkan dan melebatkan rambut, maka protein perlu diambil dengan lebih banyak.

Disebabkan itu, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor tentang bagaimana untuk mendapatkan tidur dan nutrisi yang cukup bagi rambut lebih sihat.

 

harap lepas ni rambut kuranglah gugurnya.Dah semakin botrak dah rambut ni.Lagi bila umi dapat thyroid beberapa bulan lepas.Kadang ok dan kadang rambut gugur dengan banyaknya.

 

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.