AKHIRNYA MEMEGANG TITLE SURI RUMAH SEPENUH MASA

AKHIRNYA MEMEGANG TITLE SURI RUMAH SEPENUH MASA | Antara perancangan umi untuk bersara dari tempat kerja akhirnya tiba jua walaupun umi target 3 tahun lagi nak bersara.

Tetapi memandangkan umi terpaksa berhenti juga atas beberapa perkara, umi redha jelah kan.Mungkin ada lagi rezeki yang lebih baik selepas umi berhenti kerja nanti.Actually plan nak berhenti kerja, mungkin 2 atau 3 tahun lagi, tapi memandangkan keputusan ni bagi umi keputusan yang mungkin baik untuk semua, jadi pencen awal lah umi..hahah.

Orang kata, cukup ke nanti bila berhenti kerja? 

Ye, sukar nak dinyatakan cukup atau tidak, tapi umi tetap berpegang teguh,Insyallah REZEKI TU ADA.

KENAPA PERLU BERHENTI?

Sebab utama of courselah family.Kalau korang sedia maklum tentang entry umi yang lepas, mak mentua umi jatuh sakit sampai doktor kata, kita kena berserah lepas ni.Keluar hospital sampai tak boleh nak bangun.Hanya terbaring sahaja, tanpa boleh berbuat pape pun.

Masa dengar doc kata macam tu pun, umi cuma berdoa pada Allah moga Allah beri umi peluang kedua untuk jaga dia.Yelah, selama ni umi bekerja, dia sendiri yang uruskan diri dia.Sampai kadang-kadang dia tolong masakkan dan basuhkan baju.Bila berkesempatan, biarlah umi pulak yang jaga makan minum dia.

Wallahualam samada Allah yang kabulkan doa umi atau doa anak-anak yang lain.Alhamdulillah mak semakin baik.Walaupun keadaan dia dulu dengan sekarang berbeza, tapi syukur dia dah boleh berjalan, tak perlu pakai pampers, masih kuat bercakap macam dulu.

Cumanya dia tak boleh menyendiri, tak boleh buat kerja sorang-sorang dan tak boleh dibiarkan seorang diri.

Dengan anak-anak pula,, Transit di tutup dek kerana pengusaha taska terpaksa tutup atas sebab kewangan, menguatkan umi dan babah buat keputusan untuk umi berhenti kerja.PDPR anak-anak mungkin akan terabai bila umi bekerja.

Orang lain boleh,kenapa umi tak boleh?

Serius umi tabik spring kepada mereka yang boleh buat semua tu,Tapi bagi umi yang berpenyakit ni, sekejap badan ok, sekejap badan tak ok.Sekejap rasa sihat, sekejap sakit walaupun orang nampak umi sentiasa sihat.

Memang umi tak sihat, memang kadang-kadang umi tak kuat. Tapi anak-anak, suami dan keluarga umi yang buat umi sentiasa kuat walaupun tak tau sampai bila.Doa umi semoga Allah berikan kekuatan untuk umi.

Penyakit Thyroid ni kadang-kadang datang dia, buat kita rasa tak bermaya, buat kita rasa sakit macam nak mati, tapi kadang tu dia ok.Begitulah rutin kehidupan umi.Bila kerja terlalu banyak, umi cepat stress, cepat nak marah orang dan cepat letih.Dari umi mengumpul banyak dosa, baiklah umi belajar untuk menanganinya.

Tak boleh salah sikit umi akan melenting,Sebab tu umi perlukan ubat-ubatan atau makanan tambahan untuk menangani stress disamping berzikir, berdoa dan sebagainya.Umi hanya hambanya yang lemah.Kadang tu mampu tanganinya, kadang tu memang diluar batasan.

Anak-anak pulak, berPDPR masih lagi memerlukan umi disebelah.Bukan hanya mengikut arahan, kalau umi takde kat sebelah memang dia takkan buat.Anak-anak ni lain ragamnya, ada yang mudah terima pembelajaran ada yang lambat, begitulah anak-anak umi.Kalau kakak, dia lambat sikit membaca, jadi umi diperlukan disebelah untuk menyokong dia.

Yang faham mungkin faham.

Jadi, tanggal 30 september 2021, itulah hari terakhir umi berkhidmat sebagai HR Assistant.10 tahun umi berkhidmat untuk Mentrade Marine Equipments Sdn Bhd.Kalau umi tunggu lagi sehingga tahun hadapan, mungkin umi akan dapat service award sebanyak RM1000.Tapi takpelah, umi percaya pada rezeki Allah.

Umi pegang tu.Mungkin Allah nak bagi lebih dari tu nanti kan, siapa tahu.Dah banyak dengar diluar sana, suri rumah sepenuh masa mampu meraih beribu ringgit untuk bisness yang diceburi.Mana tau dengan bisnes part time dahulu umi boleh jadi yang luar biasa hebat dari kerja hari tu kan? Aamin

Dan bolehlah umi teruskan hobi umi dalam bidang blog ni dengan lebih kerap kan? Insyallah

Moga Allah permudahkan urusan umi insyallah.

Dapat bos perempuan yang sangat sporting dan supporting.Rajin mendengar masalah-masalah pekerja dia.Di department HR umi dan dia jelah.Dah beberapa kali memujuk umi supaya tak berhenti, tapi apakan daya, family is number one.Umi kena lebihkan keluarga dahulu kan?

Ikutkan hari last tu umi dah malas nak datang, tapi bos pesan awak kena datang esok, u kan last esok kan?

Jadi umi menurut perintah walau dalam hati ni melonjak-lonjak nak balik ke kampung.Of courselah kan, kita kan dah fully vaccined..hehheeh

Ni pulak antara adik-adik melayu perempuan yang ada.Tak ramai pun pekerja kat sini.Kalau termasuk umi melayu 4 orang je.Umi dah takde tinggal la bertiga tu.

Last day hari tu berjemaah belanja umi makan dominos.Thanks korang!

Alhamdulillah syukur.Kenyang umi untuk hari tu.And last tu, tak sangka pulak dapat hadiah.Patut ler memasing sibuk nau dok tunggu kat meja office.Rupanya ini kejutan diorang.hahaha.Rupanya hadiah tu handbag.Eh!! barulah umi hari tu skodeng handbag.Tak sangka pulak dapat handbag ni.

Warna hijau askar ni cantik.Umi tak pernah pun pakai warna hijau.Sesekali kan guna warna ni ok jugak.Cantik nampaknya.

Thanks Boss dan yang lain-lain.Alhamdulillah, moga bertambah rezeki korang.

Sedih? of courselah sedih.Siapa yang tak sedih kan bila tinggalkan tempat kerja yang dah lebih 10 tahun kita berkhidmat.Meninggalkan suasana pekerjaan.

Tapi i am leaving for good.Gituuu…hahahah.Itulah cerita tentang akhirnya memegang title suri rumah sepenuh masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *