Akhirnya Johor Bahru Pun PKP Juga

Akhirnya Johor Bahru Pun PKP Juga | Tahun kedua raya dalam keadaan PKP.Tapi tetap berbeza tahun ni dengan tahun lepas.

Kalau tahun lepas umi berada di kampung semasa PKP pertama dijalankan.Jadi tak terasa sangat tak dapat balik kampung.Dari bermulanya PKP sehinggalah habis PKP  umi memang berada di rumah mak.Jadi tahun lepas dapatlah beraya dengan mak.Sempat lagi berniaga nasi lemak dan juga Tauhu berlauk.Walaupun kami tak kemana-mana, tapi nikmat berkumpul dan masak sama-sama tu dah beraya bagi kami.

Tak sangka tahun ni pula PKP lagi.Disebabkan PKP kali ni umi bekerja, jadi tak boleh la umi balik ke kampung sebelum tarikah yang diberikan iaitu bermula 7 Mei 2021.Dengan berat hati umi terima jugalah ketentuan dari Nya.Berayalah umi tahun ni dengan keluarga kecil umi ni. dan tahun ni akhirnya Johor Bahru pun pkp juga.Pasghah!!!

Kuih raya umi pun tak beli.Ada la beli kerepek pisang dengan kek buah.Dan buat dahlia 3 bahan yang umi kongsikan resepinya di SINI.Ingatkan minggu ni nak balik kota nak pergi ke kilang kerepek di Sungai Mas tu.Memandangkan memang tak boleh balik, jadi terpaksalah batalkan niat nak memborong kerepek tu.

Cukuplah rasanya kuih yang ada tu.Nak beli banyak-banyak pun bukan orang boleh datang beraya pun.Nak memasak pun rasa dah takde mood je ni.

Umi akur jugaklah bila tak boleh balik ke kampung.Yelah, bila tengok kes makin naik, risau pun ada.Sekolah anak-anak pun banyak yang dah tutup.Hari tu sekolah kakak dan Auni pun ada kes jugak.Syukur budak berdua tu tidak termasuk dengan kontak rapat pelajar yang kena.Kesianlah kat anak-anak yang kena covid ni.

Umi pernah merasa betapa sakitnya kena covid ni.Seriuslah covid ni suka attack malam.Tiba-tiba jantung ko macam kena perah.Boleh baca pengalaman umi menjadi pesakit COVID di SINI . Baru settle part 1, nak bercerita part tu rasanya selepas rayalah ye.Sebab bila umi menaip entry tu, sangat-sangat menyentuh emosi.Kang terbatal pulak puasa umi tu.

Bila kita di daerah yang termasuk dalam PKP banyak benda yang membataskan antaranya : 

Sumber : MKN

Jadi marilah kita meraikan hari raya dengan STAY AT HOME… Terima kasihlah kerana membaca entry sedih Akhirnya Johor Bahru Pun PKP Juga.

1 thought on “Akhirnya Johor Bahru Pun PKP Juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *