Ais Kepal di The Straits Kopitiam Ulu Tiram

Ais Kepal di The Straits Kopitiam Ulu Tiram | Selalunya kalau nak dapat Ais kepal kena pergi Penang kan.Sekarang tak payah dah sebab kat Johor ni pun dah ada Ais Kepal.Ais Kepal dah ada kat Johor guys!

Sebelum tu wajib lah umi order Coffe dari The Straits Kopitiam

 

The Straits Kopitiam yang terletak di NSK Ulu tiram baru-baru ini telah mengadakan Grand Opening mereka.Umi sempatlah join pembukaan mereka tu.Seriously.. umi akan datang dan repeat makan kat sini.

Pernah tak korang teringin nak makan makanan penang seperti Penang Cheong Fun,Mee Siam Kuah,Mee Udang Pineng dan Laksa Penang?

Tak perlu risau kerana The Straits Kopitiam tu ada semua tu.Food For All korang!!

Jom tengok Menu lain yang dihidangkan di sini yang akan menjadi salah satu makanan favourite korang bila ke sini nanti

Antara Menu yang dihidangkan dan semestinya menjadi menu utama pelanggan kat sini yang order kan.

laksa penang the straits kopitiam

Laksa Penang yang lain dari yang lain.Selalunya umi makan ,takdelah nampak ikan sekor dalam tu.Tapi Laksa penang ni mengancam jiwa bila ada ikan sekor weh..

mee udang the straits kopitiam

Antara menu lain iaitu Mee Udang spesial dari Penang terus ke Johor.

Last but not least…Menu wajib adalah Laksa Johor…Mengancam kan.

Apa lagi menu yang wajib korang order selain dari ni.Kat sini pun setakat korang nak minum kopi dan dihidangkan dengan roti bakar, roti mentega, Nasi lemak, Mee hoon siam.Semuanya ada.

Tapi yang menjadi Perhatian umi pada hari tu adalah Ais Kepal dan Cendol.Seriously selama ni umi tengok je orang makan ais kepal.Tapi hari tu umi pulak yang makan Ais Kepal tau.Korang boleh pilih samada nak perasa Blue Coral, Rose Syrup, Green Apple, Strawberry atau Passion Fruit. Harga Ais kepal ni pun tak berapa mahal.Hanya RM2.80 sahaja ye

Umi pun dah tengok macam mana Ais kepal ni dihasilkan , korang boleh tengok di IG Story umi ye nanti.

Oh ya..Selain tu..Korang WAJIB cuba Cendol sedap dari The Straits Kopitiam ni tau.

cendol the straits kopitiam

Mengancam tak tengok Cendol Sedap ni..WAJIB Order tau!!

Dengar cerita The Straits Kopitiam akan buka lagi cawangan mereka di 10 tempat di Johor Bahru ni.Wahhh..Best kan..harap ada lah satu kat Pasir Gudang..Boleh la umi jadi pelanggan tetap..eceh!!

Hah..Apa lagi menarik??? yes…mestilah ada untuk bulan ramadhan yang akan tiba tak lama lagi..

BUFFET RAMADHAN di THE STRAITS KOPITIAM 2019

Korang boleh pilih samada nak berbuka dengan Nasi Ambang ataupun Rewang Beriyani

buffet ramadhan the straits kopitiam ulu tiram

Masa hari pelancaran tu pun pihak The Straits Kopitiam dah menghidangkan kami Nasi Ambang ni.And seriously sedap sangat..Umi tak tipu..

Untuk Ramadhan Special ni, Nasi Ambang  set ini berharga RM9.80 dengan percuma Sirap Limau Selasih.

Ia disajikan di dalam dulang tau.Macam zaman kenduri kendara dulu lah makan dalam dulang

 

buffet ramadhan the straits kopitiam ulu tiram

Ataupun korang boleh pilih Set Ramadhan Rewang Briyani.Untuk set ni korang boleh makan  antara 3-4 orang. Harga untuk set  Ramadhan Rewang Briyani ni adalah RM58.80. Terdapat Nasi Briyani, papadom, Briyani Udang, Briyani Sotong, Briyani Kambing, Ayam dan juga Sirap Limau Selasih. Memang jimat kan.

Dah plan nak ajak laki ke sini nanti. 😀 

 

Untuk korang yang nak mencuba menu istimewa ,boleh la singgah di NSK Ulu Tiram kerana The Straits Kopitiam ni, betul-betul satu bangunan dengan NSK.Belakang MCdonalds Ulu Tiram je tu.Senang sangat nak cari.Untuk Waze, kalau tak jumpa korang boleh cari Mcdonalds Ulu Tiram ye.

Boleh jugak ke Page mereka di

Facebook : https://www.facebook.com/Thestraitskopitiam/

Instagram : https://www.facebook.com/Thestraitskopitiam/

THE STRAITS KOPITIAM

Lot No 16,KM 20,Jalan Kota Tinggi

81800 Ulu Tiram Johor

 

4 Comments

  1. Assalamualaikum eda…mmg best mkn kat sni..bln pose leh la dtg guna voucher berbuka di sni..

  2. Author

    kan ma…insyallah..nanti memang nak berbuka kat sini

  3. Pose nanti bolehlah cuba makan di sini set ramadhan tu…macam nampak sedap beryani dia tu kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *