Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

Assalamualaikum


Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut |
Aku dapat tau cara nak kempis perut ni masa tengah tunggu husband gunting rambut.Nampak majalah wanita dan aku belek-belek sampailah kat satu muka surat ni,dia bagitahu yang air rebusan epal hijau dan serai bagus untuk kempiskan perut.Bila google,memang ramai yang dah buat rupanya..So why not kita try kan…

Mana tau cara ni boleh cepat kurus dengan minum air rebusan epal hijau dan serai kan

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut
Seperti yang korang sedia maklum,Epal Hijau dan serai ni mengandungi khasiatnya yang tersendiri.Dan jika digabungkan haruslah kuasa dua kan khasiatnya.

Khasiat Epal Hijau yang perlu korang tahu

  • Mengatasi masalah sembelit
  • Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
  • Mengandungi karbohidrat
  • Makanan tinggi serat
  • Membantu menurunkan kolestrol jahat 

Khasiat serai yang perlu korang tahu

  • Memutihkan gigi
  • Mengatasi masalah perut
  • Serai sebagai Pain Killer
  • Detoksifikasi
  • Melegakan senggugut
  • Agen pencegah kanser
  • Menurunkan tekanan darah
  • Sebagai Diuretik

Air rebusan epal hijau dan serai ni katanya boleh mengempiskan perut.Boleh mengatasi lutut sakit dan bagus untuk mereka yang sedang diet.
So,apa yang diperlukan untuk buat air rebusan ni.OF courselah bahan utamanya Epal Hijau dan Serai.

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

  1. 3 biji Epal Hijau
  2. 3 batan serai
  3. 1 liter Air


Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut

Cara buat air rebusan epal hijau dan serai 

Potong buah apple kepada beberapa bahagian.Cuci bersih serai dan titik serai tu.Campurkan serai dan epal hijau ke dalam periuk yang berisi air sebanyak 1 liter

Rebus selama 30 minit dan sehingga epal tu lembut.Tutup api.Tuang Air rebusan ke dalam bekas lain.Kemudian,Hancurkan epal dan masukkan isi yang dihancurkan ke dalam bekas rebusan tadi.

Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Untuk Kempis Perut
Sebotol bawa ke office
Boleh diminum suam-suam atau sejuk.Amalkan  pengambilan pagi dan malam.Bagi aku kalau minum suam-suam ni tak kick lagi rasanya…Tak perlu letak gula or madu pun dah sedap.
Macam aku,masukkan je dalam peti ais..Bila-bila nak minum aku minum…Minum sejuk-sejuk ni best.Rasa tak cukup 1 botol ni tau.Insyallah…sekadar mencuba..Mana tau berkesan kan..Kita kenalah ikhtiar..
Selamat mencuba

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

38 Comments

  1. So far, jadi ke tak? Mcm nk try jugak la. Perut ni kian membuncit ikut suka dia je

  2. Waaa bagus ni. Baca je dah rasa kempis la ha ha ha

  3. Senang je nak buat. Sedap ye eda rasa dia. Epal tu ana ok lg tp serai tu haa.

  4. Macam sedap jer..nak try la ..mana tau bleh krus.. Del singgah sini

  5. Menarik nie, boleh lah Kak Sue cuba nanti. Bahan pun tak banyak n senang nak cari..

  6. Nak cuba!!! Belum pernah try lagi epal hijau dengan serai. Sebelum ni Ros pernah cuba eoal hijau dengan kayu manis jer.. sedap jugak airnya.

  7. Gabungab epal hijau dengan serai memang sedap

  8. serios leh kempis ni..insyallah la kan

    nti boleh try kt rumah..perut dah terlajak buncit ni cam manoooooooo haha

  9. nak try juga lah malam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.