Air batu untuk cantik

Assalamualaikum
Image result for air batuHai korang☺☺ Tak sangkakan.Air batu pun boleh buat wajah kita jadi cantik.Aku ingatkan air batu ni,buat air je.Alahai..kalau kena air batu ni dalam mulut sedaplah rasa kesejukkannya.Tapi kalau dah dekat muka macam mana lah pulak kan.
Tapi jangan tak tau ye,air batu ni boleh digunakan untuk mencantikkan muka tau..Hah,mesti lepas ni korang rajin simpan air batu kat rumah kan.hahaha…Dari pembacaan aku di himpunanceritalawak,ada beberapa tips dan petua menggunakan air batu ni.Meh kita tengok apa yang boleh dibuat oleh air batu ni untuk kulit wajah kita.
1. Menyegarkan kulit wajah yang penat
Apabila anda menekap ais di wajah,secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut,sehingga meningkatkan peredaran darah.Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
2.Mengecilkan Ruang Pori-pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
So next aku akan cuba apply kat muka,mana tau,ruang pori di muka boleh tutup kembali,makin cantik dan senanglah nak apply makeup kan
3. Mengubati Mata sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
4.Meringankan masalah Jerawat.
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5.Mengurangkan bulu-bulu halus.
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
6.Wajah lebih anjal dan lembut.
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7.Meningkatkan peredaran darah.
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8.Mekap menjadi tahan lebih lama.
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.
Ada juga orang kata,air batu mampu merawat mereka yang dalam proses hilangkan ketagih dadah.Dan digunakan juga untuk perubatan islam bagi mengeluarkan benda-benda yang negatif di dalam badan.Wallahualam.
So,why not kita mencuba menggunakan bahan semulajadi ni untuk kulit muka kita kan.Jadi takdelah kulit kita rosak akibat penggunaan skincare yang mengandungi merkuri tu dan sebagainya.

Loading

3 Comments

  1. Old School New Body Review You have probably seen the infomercials talking about eliminating plateaus and now you are wondering are muscle confusion workouts effective or are they a gimmick? This article explains the true meaning of muscle confusion and provides tips you can use now in order to eliminate workout plateaus and use “muscle confusion” to your advantage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *