ABC Kampung Melayu Yang Superb

Assalamualaikum
Hai korang…Semalam without any entries dalam blog ni..Uhuk…Kesekian kalinya bertapa di Hospital Sultanah Aminah Untuk Rawatan susulan Pregnancy aku ni.
Alhamdulillah,Doktor sahkan baby dalam perut ok2 je..Sihat dengan degupan jantung yang normal dan terletak elok dalam perut Ummi dia.Hari Ahad tuari pun bertamu kat sini jugak,tapi untuk check Jantung baby samada ok or tak.lepas tu aku lupa apa lagi dia check.Oh ye..semalam aku sempat jugak masuk ceramah Penyusuan susu ibu selama 30 Minit(Update:adik manis sally yang tegur aku tulis 30 jam) ..Banyak juga lah input yang aku dapat dari ceramah tu..
Selesai sahaja jumpa doktor,perut pun dah lapar.Selalunya aku just makan kat kantin hospital tu.Tapi disebabkan nak jugak cari ABC kampung Melayu yang dah bertahun aku tak jamah,so decide ngan husband nak ke sana..Selesai check up pun dah pukul 1 lebih..Nasib baik Nur awfiyah tak meragam.Elok tidur dalam stroller dia.
Alhamdulillah..Sampai kat kedai ABC tu,taklah ramai orang.Cuma cuaca panas tu yang kurang selesa..Mungkin nak hujan..So order 2 abc,satu my husband and 1 lagi aku punya..Nenek cuma minum air sirap je.Makanan pulak kami order nasi ayam,nasi goreng ayam,and soto untuk nenek..Nampak satay mabless,so order 10 cucuk satay je..Takut kang tak habis lak order banyak-banyak kan..
hehehe…Nampak badan sikit pun oklah ye..

Nasi ayam ni memang ringkas..so,rasa pun ringkas jugak

Slurppp….Ni yang best…Memang dah lama mengidam nak makan ni…Akhirnya dapat jugak..
Siapa orang johor,pasti tau tempat ni kat mana..Oh ye..Just nak bagitau,kedai ni terletak di Kampung melayu Johor.Berdepan dengan Masjid
ABC dia ni memang terkenal di sekitar Johor.So kalau korang datang jb,bolehla singgah kan.
Memang syok ,lepas makan hujan turun dengan lebatnya..So terpaksa lah kitorang tunggu hujan redha baru balik.Ingat nak tapau satu lagi,tapi fikir nanti mesti ABC ni cair kan..So terpaksalah cancel tapau..heheh
*** Abaikan wajah blog baru yang belum dikemas kini..

Loading

25 Comments

  1. telan air liur jer tgok abc tu…sedapnyaaa >_<

  2. tengah-tengah panas ni sedap kalau dapat ABC.. slurppp!!

  3. Wahhh rasa dah lama sangat tak masuk blog kak ida, dah bertukar jadi SEO template !

    Air batu campur tu memang nampak superb sangat…. lelagi kalau pekena time panas…. seronok baby dalam peyut layan ABC ye…. hehe

  4. td pun ada order abc…layan time cuaca panas mmg syok sesgt

  5. kitew baru lunch terus terasa lapar kembali..huhuhu

  6. sedapnya ABC 🙂

  7. Waahhh, sedapnya ABC.. Banyak kacang.. hehe.. baby teringin nak makan ka
    umminya ni, hehehe.. semoga sihat2 semuanya, baby dan ummi.. 😀

  8. "ceramah Penyusuan susu ibu selama 30 jam"

    lamanya kak! eh, sedapnya dapat makan bila panas cuaca kan!

  9. Wahh.. saya pernah dngar ttg tempat ni tapi belum pernah sampai lagi. Mmg kena singgah satu hari nanti. Thanks sharing Aida.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *